Kisah Injil 3
MUKJIZAT BERJALAN DI ATAS LAUT
Setelah Tuan Yesus memberi makan kepada orang ramai, Dia naik seorang diri ke gunung untuk berdoa. Apabila tibanya malam, perahu yang diambil oleh disipal-disipal dipukul ombak. Tuan Yesus datang kepada mereka dengan berjalan di atas laut. Apabila disipal-disipal nampak Yesus berjalan di atas laut, mereka terkejut lalu berkata, Itu hantu! Dan mereka berteriak lalu takut. Tetapi dengan segera Yesus bercakap kepada mereka, berkata, Tabahkan hati! Inilah Aku. Jangan takut. Petrus menjawab-Nya dan berkata, Tuan, jika itu Engkau, perintahkan aku datang kepada-Mu di atas air. Maka Yesus berkata, Marilah. Lalu Petrus turun dari perahu, berjalan di atas air dan pergi ke arah Yesus. Tetapi melihat angin kencang, dia menjadi takut, dan ketika dia mulai tenggelam, dia berteriak sambil berkata, Tuan, selamatkan aku! Dengan serta-merta Yesus menghulurkan tangan dan memegangnya lalu berkata kepadanya, Kamu yang beriktikad kecil, mengapa kamu ragu-ragu? Setelah mereka naik ke perahu, angin pun reda. Mereka yang berada di perahu menyembah-Nya sambil berkata, Sesungguhnya, Engkaulah Anak Tuhan (Mat. 14:22-33).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat angin kencang dan ombak yang bergelora dalam kehidupan kita. Kita menghadapi kesusahan ketika mengikut Yesus bahkan berasa takut untuk meneruskan perjalanan. Namun Tuan menggalakkan disipal dengan berkata, “Tabahkan hati! Inilah Aku. Jangan takut.” Tuan sebagai Pemerintah langit dan bumi sedang berjalan ke arah mereka, Dia menjaga segala kesusahan yang dialami pengikut-Nya semasa mereka mengikut-Nya dalam perjalanan. Apabila kita mempunyai Tuan di dalam perahu kita, angin pun reda. Tanpa mengira apa jua keadaan, Dia dapat membekalkan keperluan kita dan membawa kita mengharungi kesusahan.
Apabila Tuan berkata kepada Petrus, “Marilah” (ay. 29), Petrus terus turun dari perahu dan berjalan di atas air berdasarkan iktikad dalam sabda Tuan. Namun begitu, apabila dia melihat angin kencang, iktikadnya melenyap, dia mula tenggelam. Petrus seharusnya berdiri di atas sabda ini dan tidak ragu-ragu. Dia seharusnya berjalan berdasarkan iktikad dalam sabda Tuan, bukan melihat keadaan sekeliling, iaitu berdasarkan penglihatan. Semasa mengikut Tuan, kita harus bergerak-hidup berdasarkan iktikad, bukan berdasarkan penglihatan. Iktikad datang daripada sabda Tuan dan berdiri atas sabda Tuan.
Yohanes 16:33 berkata, “Hal-hal ini telah Kubicarakan kepadamu, agar dalam Aku kamu mempunyai damai sejahtera. Di dunia, kamu mempunyai kesengsaraan, tetapi tabahkanlah hati; Aku telah jayeng atas dunia.” Pembaca yang dikasihi, kita harus percaya kepada sabda Tuan, tidak ragu-ragu. Hari ini, Tuan berada di atas gunung, yakni di syurga, manakala gereja berada di atas laut. Kita akan menghadapi angin kencang setiap hari, dan gereja perahu ini akan diseksa. Namun hakikatnya, Tuan yang berada di syurga sedang berdoa-pinta untuk kita, dan doa ini menjadi pelipuran dan galakkan kita untuk terus mengikut Tuan. Meskipun kita tidak pernah melihat Tuan, namun kita percaya bahawa Dia sedang berdoa-pinta untuk kita, dan kini Dia sedang berjalan ke arah kita di atas ombak. Kita tidak harus terganggu, sebaliknya dari dalaman kita berasa damai sejahtera dengan adanya sabda Tuan yang kukuh, berjalan di atas laut berdasarkan iktikad.