Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Kisah Injil Kisah Injil 2: Pencarian Semula
Kisah Injil 1: Ketenangan Dalam Ribut
Kisah Injil 3: Mukjizat Berjalan di Atas Laut
Kisah Injil 2: Pencarian Semula
2022-09-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kisah Injil 2

PENCARIAN SEMULA

    Pernahkah kamu kehilangan sesuatu sehingga kamu tergesa-gesa ingin mencari sehingga menjumpainya? Setelah kemu menjumpainya, dengan girang kamu bersama-sama dengan jiran dan bersuka ria. Begitu juga dengan Tuhan kita, mencari pendosa sehingga menjumpainya dan Dia amat girang.  

    Lukas 15 membicarakan tiga ibarat berkenaan menjumpai sesuatu yang hilang. Ibarat pertama membicarakan kehilangan domba, ibarat kedua membicarakan duit syiling yang tercicir, ibarat ketiga membicarakan anak yang memboros, iaitu anak yang hilang. Ketiga-tiga ibarat ini memberitahu kita bahawa domba tercicir, duit syiling tercicir, dan anak tercicir; ketiga-tiga ibarat ini juga memberitahu kita bahawa domba dijumpai, duit syiling dijumpai, dan anak dijumpai. Tuan Yesus mengilustrasikan tiga ibarat ini kepada kita bahawa bagaimana kita sebagai seorang yang tercicir di hadapan Tuhan, juga bagaimana kita dijumpai dan dibawa kembali ke rumah Bapa. 

    Ketiga-tiga ibarat ini menyingkapkan kasih yang menyelamat pendosa daripada Tuhan Tritunggal. Pembaca yang dikasihi, seluruh Tuhan Tritunggal yakni Bapa, Anak dan Roh itu sedang mencari kamu! Triniti Divin bekerja menerusi Anak dan melalui Roh untuk membawa pendosa kembali kepada Bapa. Anak datang dalam keinsanan-Nya sebagai Gembala untuk mencari pendosa yang merupakan domba yang sesat dan membawanya balik ke rumah. Roh itu mencari pendosa sebagaimana perempuan mencari dengan teliti sekeping duit syiling yang hilang sehingga menjumpainya. Bapa pula menyambut pendosa yang bertaubat itu kembali. Seluruh triniti divin menghargai pendosa dan mengambil bahagian dalam tindakan membawanya balik kepada Tuhan. Ketiga-tiga ibarat ini menekankan kasih Triniti Divin lebih daripada keadaan jatuh dan pertaubatan pendosa yang insaf. Kasih divin diekspresikan sepenuhnya dalam jagaan Anak yang lembut sebagai gembala baik, dalam pencarian Roh yang teliti sebagai pengasih harta, dan dalam penyambutan Bapa yang mesra sebagai bapa pengasih. 

    Pembaca yang dikasihi, mungkin kamu tertanya-tanya, pendosa seperti aku perlu membayar harga yang betapa besar untuk kembali ke rumah Bapa, berjalan lama untuk tiba di rumah Bapa. Domba yang tercicir tidak ingat jalan kembali ke kawanan, bahkan domba itu tidak mempunyai peta untuk mencari jalan balik. Namun, Bible memberitahu kita bahawa gembalalah yang mencari domba, gembalalah yang memikulnya di atas bahu dan membawanya balik. 

    Oleh itu, bukannya kamu yang mencari Tuhan, tetapi Tuhan penyelamat yang mencari kamu. Inilah kerja Tuhan. Inilah injil. Gembala kita yakni Tuhan turun dari syurga, menjalani kehidupan manusia, mati untuk menebus dosa kita, bangkit untuk kita, supaya dosa kita dihapus dan menjadi anak-anak Tuhan.

    Pembaca yang dikasihi, Tuan Yesus telah datang mencari kamu, kamu tidak perlu melakukan apa-apa, hanya menerima-Nya. Roma 10:9 mengatakan bahawa jika kamu mengaku dengan mulutmu Yesus sebagai Tuan dan percaya dalam hatimu bahawa Tuhan telah membangkitkan-Nya daripada yang mati, kamu akan diselamatkan. Tuhan tidak jauh dari kita, Dia berada dalam mulut kita (Roma 10:8). Hari ini, jika kamu betul-betul ingin diselamatkan, kamu tidak perlu melakukan apa-apa, kamu hanya perlu datang ke hadapan Tuan, dengan hati yang percaya kepada segala apa yang dilakukan-Nya, dan membuka mulut untuk mengaku Yesus sebagai Tuan, maka kamu akan diselamatkan.


Kisah Injil 1: Ketenangan Dalam Ribut
Kisah Injil 3: Mukjizat Berjalan di Atas Laut
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)