Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Kisah Injil Kisah Injil 1: Ketenangan Dalam Ribut
Mencari Peluang untuk Berbuat Baik
Kisah Injil 2: Pencarian Semula
Kisah Injil 1: Ketenangan Dalam Ribut
2022-08-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kisah Injil 1

KETENANGAN DALAM RIBUT

    Dalam kehidupan kita, kita menghadapi banyak cabaran, ribut yang menimpa dan laut yang bergelora. Namun kita mempunyai seorang yang dapat mengherdik angin dan menenangkan laut. Angin dan ribut mendengar-Nya!

    Markus 4:35-41 berkata, “Pada hari itu, apabila tibanya senja, Yesus berkata kepada mereka, Marilah kita pergi ke seberang. Setelah meninggalkan orang ramai, disipal-disipal membawa bersama-sama Yesus yang masih berada di perahu itu, dan ada perahu-perahu lain menyertai-Nya. Dan ribut angin kencang melanda, gelombang memukul ke dalam perahu, sehinggakan perahu itu sudah mula dipenuhi air. Yesus pula berada di buritan, tidur di atas kusyen. Mereka membangunkan-Nya dan berkata kepada-Nya, Guru, tidak pedulikah Engkau bahawa kita binasa? Setelah bangun, Yesus mengherdik angin itu dan berkata kepada laut, Diam! Senyap! Maka redalah angin dan terjadilah ketenangan besar. Dan Dia berkata kepada mereka, Mengapa kamu begitu kecut hati? Bagaimana pula kamu tidak beriktikad? Maka mereka menjadi amat takut dan berkata kepada satu sama lain, Siapakah sebenarnya orang ini sehinggakan angin dan laut patuh kepada-Nya?” 

    Setelah Tuan mengherdik angin dan laut, Dia juga menegur disipal-disipal-Nya yang kecut hati dan beriktikad kecil. Disipal-disipal-Nya tidak percaya kepada Tuhan yang ajaib ini. Kata-kata Yesus untuk pergi ke seberang sememangnya membuktikan mereka pasti akan sampai di seberang. Mereka tidak perlu risau meskipun terdapat angin dan ombak, bahkan bahaya. Tuan Yesus menyuruh mereka belajar untuk percaya. Apakah itu percaya? Percaya kepada kata-kata Tuan untuk “pergi ke seberang”. Mustahil mereka akan tenggelam selepas mendengar kata-kata Tuan. Namun demikian, disipal-disipal tidak percaya, maka Tuan menegur mereka. 

    Pembaca yang dikasihi, Ibrani 7:25 mewahikan Tuan kita ialah Hentar Agung yang berdoa-pinta untuk kita. Ayat Bible ini mengatakan bahawa Tuhan berupaya menyelamatkan ke tahap sempurna mereka yang datang ke hadapan kepada Tuhan menerusi-Nya, memandangkan Dia sentiasa hidup untuk berdoa-pinta bagi mereka. Tuhan menyelamatkan kita secara lengkap, secara menyeluruh, dengan sepenuhnya, sampai akhir dan hingga keabadian. Dia sebagai Hentar Agung menanggung kes kita dengan berdoa-pinta bagi kita (Roma 8:34). Dia tampil di hadapan Tuhan bagi pihak kita dan berdoa untuk kita supaya kita dapat diselamatkan dan dibawa masuk ke dalam tujuan abadi Tuhan dengan sepenuhnya. Kita hanya perlu rehat dalam-Nya, percaya dan menikmati doa-pinta-Nya. Dia tahu betapa mudahnya kita jatuh, dan kita mudah kekal dalam keadaan yang lemah. Namun, doa-pinta-Nya adalah jayeng, doa-pinta-Nya menakluki kita dan menyelamatkan kita. Dialah Hentar Agung yang berahmat dan setia dalam hal ini. 

    Pembaca yang dikasihi, kita tidak harus kecut hati dan beriktikad kecil, kerana kita mempunyai seorang Tuan Yesus yang boleh mengherdik angin dan laut, yakni Hentar Agung yang berdoa-pinta untuk segala keadaan kita. Percaya kepada-Nya dan mendengar kata-kata-Nya, maka kamu akan sampai di seberang dengan selamat. Baik angin mahupun ombak, kata-kata Tuan akan membawa kita ke seberang. Tidak ada apa-apa yang boleh menggulingkan kata-kata Tuan. Tuan akan bertanggungjawab ke atas kata-kata yang dibicarakan-Nya. Kita percaya dan diselamatkan!

Mencari Peluang untuk Berbuat Baik
Kisah Injil 2: Pencarian Semula
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)