Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kidung Kidung: Satu Perbuatan yang Luhur
Menghayati Kidung 311: Kedambaan untuk Bebas daripada Diri
Kidung: TUAN YESUS, KU RINDU HIDUP DEPAN-MU
Kidung: Satu Perbuatan yang Luhur
2016-11-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

S’panjang du-a puluh abad,
Ribu juta jiwa bernilai, harta tersayang,
Darjat yang tinggi, dan masa depan cerah,
Dibazirkan ke atas Tuan Yesus.
Bagi yang kasihi-Nya,
Dialah yang menawan,
Dia yang layak t’rima
S’gala persembahan kita.

Kita curah ke atas-Nya bukan bazir
Tapi kesaksian harum Persona-Nya yang manis,
Kita curah ke atas-Nya bukan bazir
Tapi kesaksian harum Persona-Nya yang manis.

Lirik kidung ini dipetik daripada nota kaki bagi Matius 26:8 dalam Bible Wasiat Baru Versi Pemulihan. Kidung ini berdasarkan sebuah kisah dalam Matius bab 26. Masa itu sudah hampir dengan masa Yesus ditangkap dan disalibkan. Seorang pesakit kusta yang bernama Simon telah disembuhkan oleh Yesus. Disebabkan rasa syukur, dia pun mengadakan jamuan untuk Tuan Yesus dan disipal-disipal-Nya. Simon sudah tentu tahu bahawa Tuan akan disalibkan. Dia mungkin berfikir bahawa masa sudah suntuk, dan inilah peluang terakhir bagi dia menunjukkan kasihnya kepada Tuan. Maka dia mencari peluang untuk berdamping dengan Tuan dengan menjemput Tuan dan disipal-disipal-Nya berjamu bersama-sama.

Dalam jamuan itu, datanglah seorang perempuan yang bernama Maria kepada Tuan. Dia mempunyai sebuah bekas pualam berisikan minyak yang amat bernilai, lalu mencurahkannya di atas kepala Yesus ketika Dia duduk makan. Tetapi apabila disipal-disipal melihat hal ini, mereka naik berang lalu berkata, “Mengapa begitu membazir? Kerana minyak ini boleh dijual dengan mahal dan diberikan kepada orang miskin” (Mat. 26:7-9).

Apabila Yesus mengetahui reaksi disipal-disipal-Nya, Dia berkata, “Mengapa kamu menyusahkan perempuan ini? Dia telah melakukan perbuatan yang luhur pada-Ku. Kerana orang miskin ada bersama denganmu selalu, tetapi kamu tidak selalu ada Aku” (ay. 10-11). Ini menunjukkan bahawa kita harus mengasihi Tuan dan merebut peluang untuk menunjukkan kasih kita kepada-Nya.

Dalam ayat 12, Tuan berkata, “Dengan mencurahkan minyak ini ke atas tubuh-Ku, dia telah melakukannya untuk penguburan-Ku.” Maria menerima wahi tentang kematian Tuan daripada sabda-Nya, oleh itu dia merebut peluang untuk mencurahkan yang terbaik ke atas Tuan. Kita memerlukan wahi tentang Tuan supaya kita dapat mengasihi-Nya dengan kasih yang terbaik.

Ayat 13 berkata, “Sesungguhnya Aku berkata kepada kamu, Di mana sahaja injil ini diberitakan di seluruh dunia, apa yang telah dilakukan oleh perempuan ini juga harus dikisahkan sebagai kenangan terhadapnya.” Sebelum ini Tuan mewahikan penguburan-Nya, menunjukkan bahawa Dia akan mati dan bangkit untuk menebus kita. Inilah “injil ini” yang dirujuk ayat 13. Kisah injil ialah Tuan mengasihi kita, manakala kisah Maria ialah dia mengasihi Tuan. Kita harus memberitakan Tuan mengasihi kita, dan juga memberitakan kita mengasihi Tuan. Satu adalah untuk penyelamatan kita, dan satu lagi adalah untuk persembahan diri kita. Injil memberitahu kita betapa banyaknya Tuan mengasihi kita, tetapi kisah Maria mendorong kita agar mengasihi Tuan. Semoga kita menjadi orang yang mengasihi Tuan dengan segenap hati, memberi Dia yang terbaik, seperti yang tertulis dalam kidung di atas.

Rencana berkaitan: Matlamat Utama Pemberitaan Injil adalah untuk Memuaskan Tuan

Menghayati Kidung 311: Kedambaan untuk Bebas daripada Diri
Kidung: TUAN YESUS, KU RINDU HIDUP DEPAN-MU
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)