Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kidung Kidung: O mari dalam Tuan kita bergirang
Kidung: Tuhan Tak Pernah Menjanjikan…
Kidung #571 – Beritahu Dia
Kidung: O mari dalam Tuan kita bergirang
2017-01-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kidung #521

O mari dalam Tuan kita bergirang,
Meski lemah, sakit menyerang;
Ker’na girang-Nya jadi kekuatan mu,
Sandar girang-Nya pasti kuat.

Korus
Selalu bergirang, s’lalu bergirang,
Nyanyi kidung, janganlah berkesah;
Girang ceria mengatasi resah,
Mari selalu bergirang.

Nehemia 8:10b berkata, “Hari ini adalah kudus bagi Tuan kita. Dan janganlah bersedih, kerana kegirangan Yehova ialah kekuatanmu.” Ayat ini bukan berkata, jika kita mempunyai damai sejahtera, maka kita mempunyai kekuatan; Ayat ini mengatakan bahawa kegirangan Yehova ialah kekuatan kita. Kegirangan Dialah yang mengekalkan kita. Dalam 1 Tesalonika 5:16, Paulus mengamanatkan kita supaya bergirang selalu. Bagaimanakah hal ini mungkin? Bagaimanakah kita dapat bergirang dalam kesusahan, kesukaran, dan keresahan? Dari mana datangnya kegirangan ini? Puji Tuan! Paulus memberitahu kita rahsianya dalam Filipi 4:4: “Bergiranglah dalam Tuan selalu.”

Kehidupan yang paling teruk ialah kehidupan yang bertindak balas, iaitu kehidupan yang sepanjang hari dipengaruhi oleh orang atau sekitaran; kehidupan sedemikian menunjukkan bahawa kita hidup terhadap perkara di luar, perkara yang bukan daripada Tuan. Kita sentiasa dipengaruhi oleh hal ini dan hal itu; setiap perkara menyebabkan kita bertindak balas lalu kita berasa gelisah dan tidak tenang. Kehidupan sebegini menunjukkan bahawa kita tidak bergerak-hidup dalam Tuan. Memang benar kita masih berada dalam tubuh daging, oleh demikian kita mempunyai perasaan terhadap banyak hal, namun perasaan itu tidak harus menarik kita turun dan menyebabkan kita hidup menurut perasaan. Kita harus menghentikan kehidupan yang bertindak balas; kita ingin hidup semata-mata menurut kegirangan Tuan.

Apabila kita digoda untuk berasa hampa, kita boleh memandang ke atas dan bertanya, “Adakah hari ini Tuan hilang kegirangan-Nya?” Sekiranya Dia hilang kegirangan-Nya, maka kita boleh berpuas dengan kehidupan yang tidak bergirang. Tidak ada seorang yang masih kuat selepas ditewaskan, namun jikalau kita memuji Tuan, kita akan beroleh kekuatan. Inilah sebabnya Bible memberitahu kita untuk bersyukur dalam segala hal. Semasa kita panjatkan kesyukuran, kita harus bersyukur dengan hati yang rela untuk tunduk kepada kehendak-Nya. “Tuan, aku tidak kisah bagaimana hal ini akan terjadi. Inilah kegirangan-Mu, oleh itu aku bergirang.” Kita harus hidup menurut hasrat hati dalam Tuhan. Ini bukan soal saya mempunyai kegirangan, tetapi soal Dia mempunyai kegirangan; bukan soal saya mempunyai damai sejahtera, tetapi soal Dia mempunyai damai sejahtera. Apabila kita berasa hampa, satu-satunya yang menaikkan kita ialah kegirangan Tuan. Kita perlu belajar untuk hidup melangkaui masalah kita.

Kidung: Tuhan Tak Pernah Menjanjikan…
Kidung #571 – Beritahu Dia
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)