Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 3/3)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 2/3)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 1/6)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 3/3)
2020-08-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (95)

Nota Editor:

“Dalam 15:2-4 kita melihat pejayeng yang mengatasi binatang itu...Pada waktu itu, banyak orang Kristian akan jayeng atas binatang itu dan dibunuh. Saya menasihati kamu menjadi pejayeng peringkat awal dan mengasihi Tuan hari ini juga. Jangan tunggu untuk jayeng dengan dibunuh semasa kesengsaraan dahsyat.”

“Dalam 19:7-9, kita melihat gereja sebagai Pengantin Perempuan...Dalam bahagian Sabda ini, kita melihat bahawa Pengantin Perempuan akan memakai pakaian terang, iaitu berpakaian keadilbenaran yang terang lagi bersih, dan akan diundang ke jamuan perkahwinan Anak Domba (ay. 7-9). Perkara ini adalah sangat intim.”

“Gereja juga merupakan angkatan tentera...Selepas selesainya semua kerapturan dan selepas para percayawan telah dihakimi di tempat penghakiman Kristus, semua pejayeng akan kembali ke bumi bersama dengan Kristus sebagai angkatan tentera-Nya untuk berperang dengan Antikristus dan angkatan tenteranya.”

“Akhirnya, kesaksian Yesus ialah Yerusalem Baru...Ini merupakan komposisi hidup bagi semua umat yang ditebus Tuhan, dan juga konsumasi muktamad bagi pembinaan umat Tuhan.”

KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI
(Bahagian 3/3)

(Kajian-hayat Wahi, Mesej 3)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Wahi 15:2 “Dan aku nampak seolah-olah ada laut kaca yang bercampur api dan mereka yang menang atas binatang itu dan patungnya dan angka namanya berdiri di atas laut kaca, memegang harp Tuhan.”

Wahi 19:7 “Marilah kita bergirang dan bersorak riang, dan marilah kita memberi kemuliaan kepada-Nya, kerana perkahwinan Anak Domba sudah tiba, dan isteri-Nya telah mempersiapkan diri.”

Wahi 19:14 “Dan tentera yang ada di syurga mengikut-Nya di atas kuda putih; mereka berpakaian linen halus, putih lagi bersih.”

Wahi 21:2 “Dan aku nampak kota kudus itu, Yerusalem Baru, turun dari langit daripada Tuhan, disediakan bagaikan pengantin yang berdandan untuk suaminya.”

V. PARA PEJAYENG YANG MENGATASI BINATANG ITU

Dalam 15:2-4 kita melihat pejayeng yang mengatasi binatang itu. Tuhan adalah maha penentu. Malah semasa kesengsaraan dahsyat, akan adanya sesetengah pejayeng, iaitu mereka yang dipanggil pejayeng akhir. Para pejayeng ini akan menempuh kesengsaraan dahsyat; dalam masa ini, Antikristus, binatang itu, akan memaksa orang menyembahnya sebagai Tuhan dan menyembah patungnya di bait Tuhan. Kita menjangka akan melihat pembinaan semula bait di Israel, kerana itulah tanda bahawa perkembalian Tuan adalah sangat dekat. Bible bernubuat bahawa Antikristus akan mendirikan patungnya di bait Tuhan dan akan memaksa orang menyembahnya (Mat. 24:15). Pada waktu itu, banyak orang Kristian akan jayeng atas binatang itu dan dibunuh. Saya menasihati kamu menjadi pejayeng peringkat awal dan mengasihi Tuan hari ini juga. Jangan tunggu untuk jayeng dengan dibunuh semasa kesengsaraan dahsyat.

Menurut bab lima belas, pejayeng akhir akan diraptur untuk berdiri di atas laut kaca, yakni “laut kaca yang bercampur api” (15:2), dan akan memuji Tuhan dengan lagu Musa dan lagu Anak Domba (15:3). Mereka yang berada di atas laut kaca ialah orang yang telah “menang atas binatang itu dan patungnya dan angka namanya” (15:2). Inilah mereka yang telah jayeng atas binatang itu, patungnya, dan penyembahan kepada berhala Antikristus. Wahi 20:4 dan 6 menunjukkan bahawa sesetengah raja bersama dengan Kristus akan menjadi pejayeng akhir ini. Saya mengulang bahawa saya memilih untuk menjadi pejayeng awal, bukan pejayeng akhir. Jika kamu malas, kamu akan ditinggalkan untuk menempuh kesengsaraan dahsyat. Kita harus memandang kepada Tuan dan berkata, “Tuan, aku mahu menjadi pejayeng awal.” Kita akan meliputi perinciannya apabila kita sampai Wahi 15 dalam kajian-hayat ini.

VI. PENGANTIN PEREMPUAN

Dalam 19:7-9, kita melihat gereja sebagai Pengantin Perempuan. Efesus 5 mewahikan bahawa gereja ialah Pengantin Kristus, namun tidak mewahikan Pengantin dengan cara yang begitu intim. Namun dalam Wahi 19, kita melihat betapa intimnya gereja sebagai Pengantin Perempuan. Dalam bahagian Sabda ini, kita melihat bahawa Pengantin Perempuan akan memakai pakaian terang, iaitu berpakaian keadilbenaran yang terang lagi bersih, dan akan diundang ke jamuan perkahwinan Anak Domba (ay. 7-9). Perkara ini adalah sangat intim. Kepada musuh Tuhan, kita harus menjadi anak lelaki; demi kepuasan Tuhan, kita harus menjadi buah sulung; dan untuk Kristus, kita harus menjadi Pengantin Perempuan. Apabila kita berhasrat menjadi Pengantin Perempuan, Kristus akan dipuaskan. Bukan sahaja Kristus akan dipuaskan, kita sendiri juga akan bergembira. Wahi 19:7 berkata, “Marilah kita bergirang dan bersorak riang.” Dari segi prinsip, pengantin perempuan ialah orang yang paling menyenangkan dan gembira. Hari ini, sebagai gereja, pasangan Kristus, kita sedang menderita dan mengalami banyak penanggulangan. Namun hari itu akan tiba apabila tidak ada lagi penindasan, penderitaan, atau penanggulangan. Saya tidak pernah melihat seorang pengantin perempuan yang ditanggulangi pada hari perkahwinannya. Oh, kita haruslah menjadi Pengantin! Setelah kita menjadi Pengantin, segala penanggulangan yang sukar akan berakhir.

VII. ANGKATAN TENTERA

Gereja juga merupakan angkatan tentera (19:14-19; 17:14). Bahagian gereja yang akan menjadi anak lelaki untuk berperang dengan musuh di syurga-syurga juga akan menjadi angkatan tentera yang berperang bersama-sama Kristus melawan Syaitan di bumi. Selepas selesainya semua kerapturan dan selepas para percayawan telah dihakimi di tempat penghakiman Kristus, semua pejayeng akan kembali ke bumi bersama dengan Kristus sebagai angkatan tentera-Nya untuk berperang dengan Antikristus dan angkatan tenteranya. Kristus dan Antikristus masing-masing memiliki angkatan tentera. Walaupun seangkatan itu adalah syurgawi dan seangkatan lagi adalah bumiah, kedua-dua akan berperang di bumi. Dengan kata lain, Antikristus akan berperang dengan Kristus dan angkatan tentera-Nya, dan Kristus serta angkatan tentera-Nya akan membalas serangan. Kristus palsu akan menjadi begitu berani untuk menyerang Kristus benar, tetapi Kristus benar akan berperang dengan Kristus palsu. Dalam 17:14, kita melihat bahawa angkatan tentera syurgawi Kristus terdiri daripada semua pejayeng, yakni mereka yang dipanggil dan dipilih. Akhirnya, pada hujung peperangan ini, Kristus akan menewaskan Antikristus.

VIII. YERUSALEM BARU

Akhirnya, kesaksian Yesus ialah Yerusalem Baru (Wahi 21:1—22:5). Bermula dengan kaki pelita dan seterusnya melalui himpunan orang ramai, anak lelaki, buah sulung, para pejayeng akhir, pengantin perempuan, serta angkatan tentera, akhirnya semua orang yang diselamatkan akan menjadi Yerusalem Baru; ini merupakan komposisi hidup bagi semua umat yang ditebus Tuhan, dan juga konsumasi muktamad bagi pembinaan umat Tuhan. Dalam keabadian, Yerusalem Baru akan mengekspresikan Tuhan dalam Anak Domba yang bersama dengan aliran Roh itu buat selama-lamanya. Apabila kita sampai ke bab dua puluh satu dan dua puluh dua, kita akan melihat gambaran yang jelas berkenaan konsumasi muktamad ini.

KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 2/3)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 1/6)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)