Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Kelahiruan—Mukjizat Terbesar
Dua Roh Menjadi Satu Roh
Hukum Roh Hayat
Kelahiruan—Mukjizat Terbesar
2020-09-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pengalaman hayat kita agak misterius kerana Tuhan kita sama sekali merupakan suatu misteri. Dia yang misterius sekarang ada dalam kita, menjadikan kita suatu misteri. Kita ialah suatu misteri. Memandangkan kita mempunyai Tuhan yang misterius dalam kita, kita tidak harus berfikir bahawa kita begitu lemah, tidak berupaya mengatasi dosa seperti kemarahan kita. Semakin kita mengatakan kita tidak dapat jayeng, semakin kita tidak dapat jayeng. Tanpa mengira situasi kita sekarang, kita harus sentiasa percaya bahawa kita berupaya jayeng atas semua jenis situasi. Kita harus percaya kepada semua perkara yang positif daripada Kristus dan tidak percaya kepada kekalahan. Tuhan yang misterius beroperasi melalui iktikad. Setiap kali kita memberitakan injil, kita harus melatih roh iktikad kita (2 Kor. 4:13).

D. L. Moody mengatakan bahawa mukjizat terbesar dalam alam semesta ialah kelahiruan. Saya bersetuju dengannya. Pada saat ini seseorang mungkin merupakan pendosa yang terkenal jahatnya, namun pada saat berikut dia mungkin menjadi seorang pekudus. Injil yang kita beritakan berkudrat dan dinamik. Injil bukan semata-mata doktrin dalam kata-kata. Apabila kita pergi memberitakan injil kepada orang lain secara dinamik, kita mengalami Kristus, Tuhan Tritunggal, dan hayat. Mengalami hayat bererti mengalami Tuhan Tritunggal mendispenkan diri- Nya ke dalam diri tripartit kita. Apabila kita mengalami pen- dispenan ini, roh kita ialah hayat, minda kita ialah hayat, dan tubuh kita juga hayat.

(Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 7)

Dua Roh Menjadi Satu Roh
Hukum Roh Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)