Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan (2)
Bukan Lagi Aku Tetapi Kristus
Masih Kurang Seperkara Lagi
Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan (2)
2021-06-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

5 Jun 2021

Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan

Petikan Bacaan:  

Terdapat seorang dikbang yang berumur lima puluh tahun dan telah membaca banyak buku Konfusius seumur hidupnya. Dia telah menjadi orang Kristian selama tiga tahun. Walaupun dia percaya bahawa Tuan menumpahkan darah untuk membasuh dosa, namun dia masih tidak mengetahui perbezaan antara Kristianiti dan ajaran Konfusius. Cara memperbaiki diri mengikut ajaran Konfusius ialah cara kawalan kendiri, iaitu cara menahan dan memupuk diri agar menjadi orang alim. Oleh itu, setelah dikbang itu menjadi orang Kristian, dia masih menggunakan cara menahan dan memupuk diri; dalam segala hal, dia selalu cuba tidak memandang kepada masalah, malah memperkecil masalah sampai masalah itu tidak menjadi masalah. Pada suatu hari, dia mengalami cara jayeng. Sekarang dia bersaksi bahawa kemenangan langsung tidak berkaitan dengan dirinya. Kristianiti sama sekali berbeza dengan semua agama yang lain. Yang berbeza itu bukan sahaja salib, malahan yang berbeza itu ialah Kristus hidup yang hidup dalam kita. Kita bukan sahaja memberitakan doktrin penebusan, malah kita juga memberitakan Kristus hidup yang berada dalam kita. Dahulu dikbang tersebut benar-benar seorang pengikut Konfusius; dalam segala hal dia amat berhati-hati agar tidak menimbulkan masalah dan tidak mendedahkan apa-apa yang ada di dalamnya. Namun kini dia bersaksi bahawa dia dapat melepaskan dirinya dan langsung tidak menahan dirinya, dan masalah juga tidak lagi timbul.

 

Dikbang dan dikkak, saya berkata haleluya atas hal ini! Jika kamu dapat melepaskan diri dan mengekspresikannya, maka itulah jayeng. Hayat yang jayeng tidak lain dan tidak bukan ialah Kristus sendiri.

 

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 53-54 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Bukan Lagi Aku Tetapi Kristus
Masih Kurang Seperkara Lagi
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)