Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan
Penerimaan Hayat Ini- Suatu Mukjizat
Bukan Lagi Aku Tetapi Kristus
Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan
2021-05-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

22 Mei 2021

Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan

Bacaan Bible: 

Filipi 2:12 Oleh itu, yang kukasihi, sebagaimana kamu sentiasa patuh, bukan sahaja semasa aku hadir tetapi sekarang lebih-lebih lagi semasa aku tidak hadir, kerja hasilkan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar. 

Petikan Bacaan:  

Hasil daripada hayat yang jayeng ialah kehidupan yang mengekspresi, bukan kehidupan yang menahan. Persoalannya di sini ialah: Hari ini kebanyakan “kemenangan” kita terhasil daripada penahanan. Terdapat seorang perempuan tua yang selalu menahan kemarahannya ketika dia berasa jengkel. Dia senyum di luar tetapi menahan secara paksa di dalam. Kehidupan yang menahan ini, jika diteruskan beberapa tahun lagi pasti mengakibatkan pendarahan dalaman. Akan tetapi, syukur dan puji kepada Tuhan! Kemenangan kita ialah kehidupan yang mengekspresi, bukan kehidupan yang menahan. Kehidupan yang mengekspresi bermaksud menghidup keluar apa yang telah kita dapat. Inilah apa yang dimaksudkan dalam Filipi 2:12, “Kerjahasilkan penyelamatanmu sendiri.” Dahulu kita menyembunyikan diri sebanyak mungkin, sekarang kemenangan Kristus yang kita katakan ialah sesuatu yang terekspresi, sesuatu yang ternyata. Dahulu lebih banyak kita menahan lebih baik, namun sekarang lebih banyak kita mengekspresi lebih baik. Kristus hidup dalam kita, dan kita menghidup keluar Dia dalam kalangan manusia.


(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 51 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Penerimaan Hayat Ini- Suatu Mukjizat
Bukan Lagi Aku Tetapi Kristus
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)