Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Hati ialah pintu masuk dan pintu keluar bagi hayat
Menebus Masa
Prinsip hari Sabat - bekerja bersama dengan Tuan menuntut kita belajar bagaimana berehat bersama dengan-Nya
Hati ialah pintu masuk dan pintu keluar bagi hayat
2020-06-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

1 Tes. 3:13 "Supaya Dia dapat meneguhkan hatimu agar bebas daripada tuduhan dalam kekudusan di hadapan Tuhan dan Bapa kita pada kedatangan Tuan kita Yesus bersama dengan semua pekudus-Nya."

Ef. 5:27 "Supaya Dia dapat mempersembahkan kepada diri-Nya gereja yang mulia, tanpa bintik atau kedut atau apa-apa yang sama seperti ini; sebaliknya, supaya gereja dapat menjadi kudus dan tanpa cacat cela."

Walaupun kita telah menyampaikan banyak mesej berkenaan hati, namun kita tidak begitu menegaskan soal hati sebagaimana kita menegaskan roh. Sekarang, kita ingin bertanya: Mengapakah dalam 1 Tesalonika 3:13, Paulus tidak mengatakan bahawa Tuan akan meneguhkan roh kita atau sukma kita, tetapi hati kita?

Hati kita terdiri daripada semua bahagian sukma kita—minda, emosi, dan tekad—tambah satu bahagian roh kita, iaitu zimah.…Sukma kita ialah keperibadian kita, persona kita, diri kita.

Sebagai manusia, kita mempunyai organ luaran, iaitu tubuh, untuk menghubungi dunia yang fizikal dan nyata. Kita juga mempunyai organ dalaman, iaitu roh, untuk menghubungi Tuhan dan alam rohani. Sukma yang terletak di antara dua organ ini ialah persona kita, diri kita. (Life-study of 1 Thessalonians, m.s. 180-181)

Sukma ialah persona orang itu, manakala hati ialah persona yang mengambil tindakan. Ini bererti bahawa setiap kali kamu bertindak, kamu bertindak melalui hati kamu. Oleh itu, kita dapat mengatakan bahawa hati kita ialah wakil kita dari segi tindakan.…Apabila seorang dikbang berkata kepada isterinya, “Sayang, aku cinta padamu,” ini bermaksud bahawa hatinya mengasihi isterinya. Begitu juga, setiap kali kita membenci sesuatu, itulah hati kita yang membenci. Setiap kali kita menikmati sesuatu atau membenci sesuatu, itulah hati kita yang menikmat atau membenci. Dengan itu, hati kita ialah wakil kita, iaitu pesuruhjaya atau duta yang bertindak, bagi diri dalaman kita.

Aktiviti dan pergerakan tubuh fizikal kita bergantung pada hati fizikal kita. Begitu juga, kehidupan harian kita bergantung pada hati psikologi kita. Cara kita bertindak dan berkelakuan bergantung pada jenis hati yang kita ada.

Disebabkan kita jatuh dan berdosa, hati psikologi kita adalah korup dan licik. Menurut Yeremia 17:9, hati kita lebih licik daripada segala sesuatu dan amat jahat. Terjemahan yang lebih baik bagi bahasa Ibrani ini ialah “tidak dapat disembuhkan” dan bukannya amat jahat. Hati kita adalah korup, rosak, sampai ke tahap tidak dapat disembuhkan. Inilah keadaan hati psikologi semua keturunan Adam.

Walau bagaimanapun, Tuhan dalam penyelamatan-Nya berjanji untuk memberi kita hati yang baru. Yehezkiel 36:26 berkata, “Aku juga akan memberi kamu hati baru, dan Aku akan meletakkan roh baru dalammu; Aku akan menyingkirkan hati batu daripada tubuh dagingmu, dan Aku akan memberi kamu hati daging.” Hati baru dalam ayat ini bukan merujuk kepada hati yang lain, tetapi merujuk kepada hati yang diperbarui.

Dalam penyelamatan Tuhan, pembaruan hati adalah sekali buat selama-lamanya. Akan tetapi, dalam pengalaman kita, hati kita diperbarui secara berterusan, kerana hati ini berubah-ubah. Barangkali semasa kamu diselamatkan, hati kamu berpaling kepada Tuhan dengan amat kuat. Namun selepas suatu jangka waktu, hati kamu mungkin berpaling dan meninggalkan-Nya. Sekurang-kurangnya pada tahap tertentu, hati kamu telah diselewengkan. Kemudian melalui rahmat Tuhan, hati kamu mungkin akan berpaling sekali lagi kepada-Nya dengan sepenuhnya.

[Dalam 1 Tesalonika 3:13,] hati kita diteguhkan agar bebas daripada tuduhan dalam kekudusan, merangkumi makna yang lebih luas daripada hati kita berpaling kepada Tuan dan murni terhadap Tuan semata-mata. Ini bererti hati kita yang berpaling dan murni ini diasingkan kepada Tuan, diduduki Tuan, dan ditepui Tuan. Hati yang sedemikian bukan sahaja telah berpaling kepada Tuan tetapi juga mempunyai motif yang murni. Hati ini diasingkan kepada-Nya, diduduki sepenuhnya oleh-Nya, dan ditepui secara tuntas dengan-Nya. Dalam keadaan inilah hati kita akan diteguhkan. Sebaik sahaja hati kita diteguhkan, hati kita akan menjadi tetap dan tidak lagi akan goyah atau berubah-ubah. Tambahan pula, apabila hati kita berada dalam keadaan ini, hati kita bebas daripada tuduhan. (Life-study of 1 Thessalonians, m.s. 182-184, 186-187)

Menebus Masa
Prinsip hari Sabat - bekerja bersama dengan Tuan menuntut kita belajar bagaimana berehat bersama dengan-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)