Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian GODAAN, KEGAGALAN, DAN KEMAJUAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAYENG (Bahagian 2/2)
GODAAN, KEGAGALAN, DAN KEMAJUAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAYENG (Bahagian 1/2)
NADA KEHIDUPAN YANG JAYENG
GODAAN, KEGAGALAN, DAN KEMAJUAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAYENG (Bahagian 2/2)
2020-07-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (66)

Nota Editor:

“Kehidupan yang jayeng ialah kehidupan iktikad. Tuan mahu kita sentiasa menetapkan mata kita pada-Nya. Tidak kira bagaimana sekitaran di luar, kita harus mempercayai-Nya. Tuan hendak menyelamatkan kita dari kehidupan perasaan ke dalam kehidupan iktikad.”

“Wasiat Baru mengatakan bahawa kita harus bertumbuh dalam kurnia (2 Ptr. 3:18). Apakah yang dimaksudkan dengan bertumbuh dalam kurnia? Kurnia ialah Tuhan melakukan kerja untuk manusia. Apabila manusia melakukan kerja untuk Tuhan, itulah hukum; apabila Tuhan melakukan kerja untuk manusia, itulah kurnia. Bertumbuh dalam kurnia bererti membenarkan Tuhan melakukan lebih banyak kerja lagi untuk kita. Apabila kebenaran menyinari kita, kekurangan kita akan terdedah. Kemudian kurnia datang membekali kita. Kebenaran ialah Tuhan mendedahkan keperluan kita, sedangkan kurnia ialah Tuhan membekali kita dengan kekuatan. Semakin banyak cahaya yang kita terima, semakin banyak keperluan yang kita dapati, maka semakin banyak kita menerima dan bertumbuh dalam kurnia.”

“Terdapat tiga cara untuk menerima kurnia. Yang pertama adalah menerusi Bible...Kedua, kita dapat menerima kurnia secara langsung daripada Tuhan...Ketiga, kita dapat menerima kurnia menerusi bantuan daripada dikbang dan dikkak yang lain.”

GODAAN, KEGAGALAN, DAN KEMAJUAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAYENG
(Bahagian 2/2)

Tarikh: 18 November, 1935, 9 pagi
Tempat: Chuenchow

(CWWN, SET 2, JIL 21, BAB 15)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Yoh. 1:16 “Daripada kepenuhan-Nya, kita semua telah menerima, dan kurnia atas kurnia.”

PERTUMBUHAN HAYAT YANG JAYENG

Sesetengah orang mungkin berkata, “Memandangkan seseorang itu telah jayeng, masakan dia berbuat dosa lagi?” Kita harus tahu apa itu iktikad. Kehidupan yang jayeng ialah kehidupan iktikad. Tuan mahu kita sentiasa menetapkan mata kita pada-Nya. Tidak kira bagaimana sekitaran di luar, kita harus mempercayai-Nya. Tuan hendak menyelamatkan kita dari kehidupan perasaan ke dalam kehidupan iktikad. Dia mahu kita maju langkah demi langkah melalui iktikad dan dalam kurnia. Sekarang kita perlu melihat bagaimana kita bertumbuh dalam kehidupan yang jayeng.

Kemenangan merupakan pintu dan juga laluan. Kemenangan pertama-tamanya mempunyai sebuah pintu gerbang, diikuti dengan sebuah perjalanan. Jika kita terus menempuh jalan ini, masa depan kita akan tidak terbatas. Sesetengah orang bertanya, “Memandangkan Tuan ialah hayat saya, dan Dia hidup dalam saya, masakan saya dapat bertumbuh lagi? Adakah kamu bermaksud hayat-Nya tidak sempurna? Adakah kamu bermaksud hayat-Nya perlu bertumbuh?” Memang benar bahawa Tuan tidak berubah; Dia tidak maju dan tidak juga mundur. Akan tetapi, kita mempunyai tekad bebas, dan kita mempunyai kerasionalan dan emosi kita sendiri. Kemenangan kita ialah jayeng atas dosa-dosa yang kita tahu, bukan jayeng atas dosa-dosa yang tidak kita ketahui. Ini sama seperti persembahan kita; kita hanya mempersembahkan apa yang kita tahu. Banyak lagi perkara yang tidak kita ketahui, dan kita hanya dapat mempersembahkan semuanya secara beransur-ansur. Bahkan persembahan tidak mempunyai apa-apa standard yang mutlak. Contohnya, saya mungkin tahu bahawa saya tidak terdaya dalam perkara bersabar-tahan. Setelah saya mempersembahkan diri, kesabartahanan Tuan akan diekspresikan menerusi saya. Dari segi kesabartahanan itu sendiri, kita tidak dapat bertumbuh lebih banyak lagi kerana Tuan adalah sempurna. Akan tetapi, pertumbuhan bermaksud di samping kesabartahanan, kita dapat mengalami kelembuthalusan juga. Pertumbuhan bererti memperluas lingkungan dan mendalami ukuran. Kelembuthalusan atau kesabartahanan itu sendiri tidak bertumbuh, kerana kelembuthalusan dan kesabartahanan ialah Kristus. Akan tetapi, dalam pengalaman kita, lingkungan dan ukuran boleh diperluas dan diperdalam. Inilah maksudnya pertumbuhan hayat yang jayeng.

Kita telah mengatakan bahawa Tuan ialah pengudusan kita. Namun terdapat satu ayat yang mengatakan bahawa kita dikuduskan oleh kebenaran (Yoh. 17:17). Ini bermaksud bahawa kita mungkin mempunyai satu dosa yang tidak kita sedari, oleh itu kita masih berasa diri kita agak baik dan zimah kita juga aman damai. Kemudian kita mungkin mendapati daripada kebenaran Bible bahawa kita telah bersalah. Dengan demikian, kita menyedari satu lagi dosa, dan kita dapat mengaku dosa tersebut. Selepas kebenaran mendedahkan dosa kita menerusi pencahayaan Tuhan dan selepas kita sedar akan dosa itu, kita perlu menanggulanginya. Cara menanggulanginya sama seperti cara sebelumnya. Kita harus berkata kepada Tuan, “Tuan, aku mendapati satu lagi dosa. Syukur kepada-Mu kerana sekarang aku mengetahui satu lagi dosa dan dapat mengalami lebih banyak kurnia serta lebih mengenali hayat yang jayeng.” Wasiat Baru mengatakan bahawa kita harus bertumbuh dalam kurnia (2 Ptr. 3:18). Apakah yang dimaksudkan dengan bertumbuh dalam kurnia? Kurnia ialah Tuhan melakukan kerja untuk manusia. Apabila manusia melakukan kerja untuk Tuhan, itulah hukum; apabila Tuhan melakukan kerja untuk manusia, itulah kurnia. Bertumbuh dalam kurnia bererti membenarkan Tuhan melakukan lebih banyak kerja lagi untuk kita. Apabila kebenaran menyinari kita, kekurangan kita akan terdedah. Kemudian kurnia datang membekali kita. Kebenaran ialah Tuhan mendedahkan keperluan kita, sedangkan kurnia ialah Tuhan membekali kita dengan kekuatan. Semakin banyak cahaya yang kita terima, semakin banyak keperluan yang kita dapati, maka semakin banyak kita menerima dan bertumbuh dalam kurnia.

KURNIA DAN KEBENARAN

Bagaimanakah kita menerima kurnia? Terdapat tiga cara untuk menerima kurnia. Yang pertama adalah menerusi Bible. Semakin kita membaca Bible, semakin Bible akan menambah ukuran kita, dan semakin kita akan mengenali diri kita. Semakin kita mengenali diri kita, semakin kita akan merasakan keperluan kita, dan kurnia akan semakin bertambah banyak. Kedua, kita dapat menerima kurnia secara langsung daripada Tuhan. Apabila kita mendengar mesej, berdoa, atau bersekutu dengan Tuhan, kita menerima kurnia secara langsung daripada-Nya menerusi pencahayaan-Nya. Ketiga, kita dapat menerima kurnia menerusi bantuan daripada dikbang dan dikkak yang lain. Jika seseorang dikbang menanggulangi dosanya, dan dosa itu juga dosa sama yang membelit saya, maka saya dapat menerima bantuan daripada dikbang itu untuk mencapai kemenangan. Dengan cara ini, saya menerima lebih banyak kurnia. Kurnia yang kita terima dihadkan oleh kebenaran yang kita terima. Jumlah kurnia yang diterima seseorang itu menyatakan jumlah kebenaran yang telah diterimanya. Semakin seseorang itu mengenali apa itu dosa, semakin banyak kurnia yang akan diterimanya.

Contohnya, dengan membaca Bible, kita mendapati bahawa kita tidak harus khuatir. Sebaik sahaja kita memperoleh kebenaran ini, kita menyedari bahawa kekhuatiran ialah satu dosa. Ada seorang dikkak membaca Filipi 4:6, yang mengatakan bahawa jangan khuatir, dan dia berpendapat bahawa mustahil dia dapat melakukannya. Kemudian dia berfikir bahawa ini sabda Tuhan yang tidak sepatutnya silap. Jika Bible tidak salah, maka dia semestinya sudah salah. Dia membawa perkara ini kepada seorang lagi dikkak yang mempunyai sembilan orang anak, antaranya dua orang sudah meninggal. Dikkak yang kedua itu menjawab, “Mana mungkin seorang ibu tidak khuatir? Seorang ibu yang tidak khuatir barulah berdosa. Saya telah khuatir sampai dua anak saya telah pergi ke syurga, dan masih tinggal tujuh orang anak lagi untuk saya khuatiri.” Dikkak yang pertama itu bertambah keliru selepas dia mendengar kata-kata ini. Selepas itu, dia dicahayai untuk melihat bahawa sesungguhnya kekhuatiran ialah dosa, dan dia berdoa agar Tuan akan membolehkan dia jayeng atas dosa tersebut. Akhirnya dia telah jayeng. Inilah yang dimaksudkan dengan kebenaran dan kurnia. Kebenaran memberitahu kita apa itu dosa, dan kurnia pula membolehkan kita jayeng atas dosa tersebut. Sebelum kita memperoleh kebenaran, kita mungkin beranggapan bahawa sesuatu perkara itu remeh sahaja. Akan tetapi, selepas kita menerima kebenaran dan dicahayai, kita akan mengetahui apa itu dosa. Pada masa dahulu, Pulau Kulangsu adalah milik orang British. Selepas itu, semakin banyak tanah ditambak dan ditebus guna dari laut, dan kawasan sempadan British pun bertambah luas. Menurut prinsip yang sama, semakin banyak kebenaran, semakin banyak juga kurnia. Kebenaran menunjukkan kepada kita apa itu dosa, dan apabila kita menerapkan kurnia, kita mengalami kemenangan penuh atas dosa tersebut.

Ada seorang dikkak yang mempunyai seutas jam tangan, yang dihadiahkan oleh ibunya pada hari jadinya yang kedua puluh. Pada jam tangan itu ada satu salib emas. Dia telah menyimpan jam itu selama lapan belas tahun. Pada suatu hari dia membaca 1 Timotius 2:9 yang mengatakan bahawa perempuan tidak harus mendandani diri mereka dengan emas. Dia berfikir bahawa sedikit hiasan pada jam tangan itu bukanlah apa-apa. Namun pada hari itu Tuhan menuding ke jam tangan itu dan menghendaki dia menanggulanginya. Dia mula memberi alasan kepada Tuhan bahawa perkara remeh itu tidak menjadi masalah, tetapi akhirnya Tuan yang menang. Dia telah menanggulangi perkara remeh itu. Hari ini kita harus berani mencari dosa-dosa kita dan menanggulanginya. Pada masa yang lampau, kita mungkin telah menanggulangi dosa-dosa kasar, dosa-dosa luaran, dosa-dosa yang ketara, dan dosa-dosa yang kotor. Hari ini, kita harus menanggulangi dosa-dosa yang kecil, halus, dalaman, dan tersembunyi yang tidak memuliakan Tuhan. Penanggulangan ini akan membolehkan kita memperoleh lebih banyak kurnia untuk mengalami lebih banyak kemenangan dalam kehidupan harian kita.

MENERIMA KEBENARAN, MENIKMATI KURNIA, DAN MENGALAMI KEMENANGAN

Sama ada kamu dapat maju dalam kehidupan harian kamu atau tidak bergantung pada sama ada kamu melihat kebenaran atau tidak. Terlebih dahulu kamu perlu mencari jenis dosa yang ada pada kamu dan kemudiannya melihat bagaimana Tuan menyempurnakan kerja yang jayeng dalam kamu. Ada seorang penginjil perempuan yang bekerja untuk China Inland Mission. Dia selalu bertentangan pendapat dengan Cik Fischbacher dan sering membusukkan namanya di khalayak ramai. Apabila Cik Fischbacher hendak melaporkan sesuatu perkara, dikkak itu akan menafikannya. Apabila Cik Fischbacher hendak menafikan sesuatu, dikkak itu akan menegaskan perkara itu memang berlaku. Pernah sekali Cik Fischbacher menulis surat ke negara asalnya untuk melaporkan kerjanya di China. Dikkak ini akan cuba mencari kepada siapa dia menulis, dan dia juga menulis kepada orang yang sama untuk menyangkal perkara yang dikatakan Cik Fischbacher. Dia seolah-olah sentiasa hendak membuktikan kepada orang bahawa Cik Fischbacher tidak jujur. Selepas suatu ketika, Cik Fischbacher mula memendam rasa benci terhadapnya. Selepas itu, dia terbaca 1 Petrus 1:22, yang mengatakan bahawa kita harus mengasihi satu sama lain daripada hati yang murni dengan penuh mesra. Manusia memang suka memberi alasan kepada Tuhan. Dia memberitahu Tuan, “Mustahil bagi aku mengasihi dikkak ini. Malah mustahil bagi aku mengasihi dia dengan penuh mesra.” Dia berdoa selama dua minggu tetapi tidak berguna. Dia berpuasa sehari suntuk dan bertekad agar tidak meninggalkan biliknya sehinggalah dia mengatasi perasaan pahit ini. Sungguhpun begitu, dia masih tidak dapat lalu. Selepas itu, dia mengalah kerana paling-paling pun dia hanya dapat tidak membenci dikkak itu, tetapi mustahil dia dapat mengasihinya. Dia berpuasa sehari lagi, tetapi masih tidak berkesan.

Akhirnya, dia menyedari bahawa dia tidak dapat melakukannya melalui dirinya, maka dia berkata kepada Tuhan, “O Tuhan, aku harus mengasihi dikkak ini tetapi aku tidak dapat melakukannya. Ini merupakan dosa. Aku tidak akan membiarkan Engkau pergi melainkan Engkau menyebabkan aku mengasihinya.” Keesokan harinya dia terus berdoa selama tiga jam. Pada kira-kira pukul sembilan pagi, kasih Tuan memenuhinya. Rasa pahit itu sudah lenyap dan kasih datang tanpa dijangka. Dia berasa bahawa malah dia dapat mati untuk dikkak itu. Dia terus berdoa semalaman untuk dikkak itu. Apabila dia nampak dikkak itu pada hari berikutnya, perasaannya sama sekali berlainan. Selepas satu hari lagi dikkak itu juga berubah. Hayat yang jayeng mempunyai Sabda Tuhan sebagai standardnya. Tuhan telah mengatakan banyak perkara. Jika kita tidak dapat patuh kepada apa yang dikatakan-Nya, kita telah berbuat dosa. Kita hidup di dunia ini hanya untuk suatu jangka masa yang amat pendek, tetapi kita menghadapi banyak perkara dalam hidup ini. Dalam kehidupan sebeginilah kita mengekspresikan kemenangan Kristus.

Ada tiga orang dikkak di Shansi yang sama-sama bekerja sebagai mubaligh. Dua daripada mereka memilih untuk membujang, manakala yang seorang lagi sudah bertunang. Akan tetapi, dia merupakan yang paling tidak gembira antara mereka bertiga. Dia sering berasa sunyi. Walaupun tunangnya kerap kali menulis surat kepadanya, dia masih berasa sunyi apabila berseorangan di dalam bilik. Pada suatu hari dia menangis lagi. Dua orang dikkak yang lain masuk ke bilik untuk melipurkan hatinya. Mereka berkata, “Mengapakah kamu berasa sunyi? Kamu mempunyai tunang yang selalu menulis kepadamu! Kamilah yang sepatutnya berasa sunyi!” Selepas itu mereka berdua masuk ke dalam bilik mereka, dan mereka turut berasa kesunyian dan mula menangis. Sedang mereka berdukacita, mereka terfikir akan Sabda Tuan: “Dalam hadirat-Mu terdapatnya keriangan penuh; / Di sebelah kanan-Mu terdapatnya kegirangan buat selama-lamanya” (Mzm. 16:11). Mereka menyedari bahawa perasaan sunyi sebenarnya ialah dosa. Tuan mengatakan bahawa dalam hadirat-Nya terdapatnya keriangan penuh, namun mereka mengatakan bahawa mereka kesunyian. Maka inilah dosa. Mereka berlutut dan berdoa untuk menanggulangi dosa ini, lalu kesunyian itu lenyap. Sembilan tahun telah berlalu, dan mereka tidak pernah berasa sunyi lagi.

Kemenangan dapat terus bertumbuh menerusi Tuhan mendedahkan dosa-dosa kita secara berterusan. Jangan kita takut apabila orang lain mendedahkan kesilapan kita. Ini akan memberi kita peluang untuk jayeng. Semakin kita mengenali kebenaran, semakin kita akan mengalami kemenangan Kristus. Saya berharap agar pada tahun depan, sesetengah orang akan berdiri membuat kesaksian tentang bagaimana kebenaran telah sampai kepada mereka dan bagaimana kurnia juga menyusul. Ini sesuatu yang amat berharga. Kita semua harus menerima kebenaran secara riang agar kurnia dapat sampai kepada kita dengan lebih banyak lagi. Dalam semua perhimpunan, perlunya lebih banyak orang yang berdiri untuk bersaksi bagaimana kebenaran tertentu telah menjadi berkesan pada mereka. Jangan risau bahawa orang lain akan mengatakan kita sombong kerana itu perbuatan Tuan. Kita sekadar menghuraikan kerja Tuan dalam kita dan bagaimana Dia telah menang dalam kita. Dengan berbuat demikian, orang yang berada dalam masalah yang serupa atau orang yang belum mengalami penanggulangan yang wajar akan dapat berkongsi kurnia yang telah kita terima.

Kehidupan yang jayeng adalah ajaib kerana hayat yang jayeng adalah ajaib. Tuan dapat melakukan segala-galanya dalam kita. Tidak ada apa-apa yang tidak dapat dilakukan-Nya. Kita hanya perlu datang kepada-Nya secara berterusan dan membenarkan Dia mencahayai kita dengan kebenaran dan menerima Dia sebagai kemenangan kita. Jika kita bergerak-hidup dengan cara ini, tidak ada apa-apa yang tidak dapat kita lakukan. Selepas setahun kita akan menyedari bahawa kita jayeng dengan lebih banyak lagi, dan kita akan berupaya mengikuti pimpinan Tuan dan maju dalam jalan yang ditetapkan di hadapan kita. 

GODAAN, KEGAGALAN, DAN KEMAJUAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAYENG (Bahagian 1/2)
NADA KEHIDUPAN YANG JAYENG
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)