Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berdoa Doa yang Sebenar Ialah Doa yang Melibatkan Dua Pihak
Doa dan Kerja Tuhan
BUMI MENGAWAL SYURGA
Doa yang Sebenar Ialah Doa yang Melibatkan Dua Pihak
2020-05-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Roma 8:26 dan 27…memberitahu kita bahawa kita tidak tahu untuk apa kita harus berdoa dengan sewajarnya, tetapi Roh Kudus berdoa-pinta dalam kita menurut tujuan Tuhan. Sebenarnya, kita tidak tahu bagaimana berdoa. Paling banyak kita hanya tahu apa yang biasanya dikenali orang sebagai permohonan, tetapi kita tahu sedikit sahaja tentang doa yang diperkatakan dalam Bible. Kali pertama saya membaca dua ayat ini dalam Roma 8, saya mempersoalkan maknanya. Semasa sakit, saya ingat, bukankah saya berdoa kepada Tuhan untuk meminta Dia menyembuhkan saya? Semasa berkeperluan, bukankah saya berdoa kepada Tuhan untuk meminta Dia memberi bekalan kepada saya? Bagaimana pula Bible boleh mengatakan bahawa kita tidak tahu untuk apa kita harus berdoa dengan sewajarnya? Akhirnya, Tuan menunjukkan kepada saya bahawa kita memang tidak tahu apa-apa tentang jenis doa yang diingini Tuhan…Inilah kelemahan kita. Syukur kepada Tuhan, dalam perkara berkenaan kelemahan kita ini, Roh itu sendiri turut serta untuk membantu kita dan berdoa-pinta untuk kita dengan keluhan yang tidak terungkap.

Dikbang-dikbang, doa yang sebenar ialah Roh Kudus yang berada dalam manusia menyatakan hasrat Tuhan menerusi manusia. Dengan kata lain, doa yang sebenar ialah doa yang melibatkan dua pihak. Doa sedemikian bukan hanya manusia sendiri yang berdoa kepada Tuhan, tetapi Roh itu berbaur dengan manusia, mengenakan manusia, dan menyertai manusia dalam doa. Di luar, manusialah yang sedang berdoa, tetapi di dalam, sebenarnya Roh itulah yang berdoa. Ini bermakna kedua-dua pihak melafazkan doa yang sama pada masa yang sama. Sila ingat bahawa inilah satu-satunya doa yang dibicarakan dalam Kitab. (Lessons on Prayer, m.s. 18-19)

© Gospel Book Centre

Doa dan Kerja Tuhan
BUMI MENGAWAL SYURGA
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)