Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berdoa Doa—Memperoleh Tuhan & Diperoleh Tuhan
“Tuhan Tidak Akan Mendengar Doa Kamu”
Doa—Melatih Roh untuk Bersekutu dengan Tuan
Doa—Memperoleh Tuhan & Diperoleh Tuhan
2017-07-01 | 355 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Doa yang sebenar ialah manusia menghirup Tuhan sebagaimana dia menghirup udara. Semasa kamu menghirup Tuhan, dengan serta-merta kamu memperoleh Tuhan, sebagaimana semasa kamu menghirup udara kamu menerima udara. Hasilnya, bukan sahaja kamu memperoleh Tuhan untuk menjadi kenikmatan kamu, tetapi juga seluruh diri kamu tunduk kepada Tuhan, berpaling kepada Tuhan dan diperoleh Tuhan dengan sepenuhnya. Semakin banyak kamu berdoa, semakin banyak kamu akan dipenuhi Tuhan, dan semakin kamu akan menundukkan diri kamu kepada Tuhan dan diperoleh-Nya. Jika kamu tidak berdoa untuk seminggu atau, lebih teruk lagi, untuk sebulan, maka kamu akan menjadi jauh daripada Tuhan. Apakah maksudnya menjadi jauh daripada Tuhan? Ini bermaksud kamu tidak dapat memperoleh Tuhan dan diperoleh-Nya. Satu-satunya cara untuk memulihkan situasi ini adalah dengan berdoa; dan berdoa untuk dua atau tiga minit adalah tidak memadai. Kamu harus berdoa berulang-ulang kali sehingga kamu benar-benar menghirup Tuhan dan betul-betul diperoleh Tuhan, dan juga kamu memperoleh Tuhan. Oleh itu, dikbang dan dikkak, doa yang sebenar adalah sangat mustahak bagi kehidupan rohani seorang Kristian.

Jangan anggap bahawa doa adalah sekadar meminta sesuatu daripada Tuhan. Misalnya, kamu memerlukan sebuah rumah dan kamu meminta Tuhan agar menyediakan sebuah rumah untuk kamu. Selepas berdoa, kamu menerima kata-kata daripada Tuan bahawa apa-apa yang kamu minta akan digenapkan. Pada hari seterusnya, seorang dikbang datang kepada kamu dan berkata, “Adakah kamu memerlukan rumah? Jiran saya mempunyai dua buah rumah untuk disewa; lokasinya bagus dan yuran sewa juga murah.” Dengan itu, kamu dengan serta-merta bersyukur dan memuji Tuan, berkata, “Haleluya, Tuan sememangnya Tuhan yang benar dan hidup; Dia telah menjawab doa saya.” Ini bukan doa yang memadai. Pekudus sekalian, jika kamu benar-benar telah mempelajari pelajaran berkenaan doa, sama ada kamu dapat mencari rumah bukan hal yang paling penting; hal utama yang harus kamu prihatin adalah sama ada kamu telah memperoleh lebih banyak Tuhan dan sama ada kamu telah diperoleh lebih banyak oleh Tuhan menerusi doa sebegini.

Sila pertimbangkan, adakah pengalaman doa kamu begini? Walaupun sering kali kita mungkin tidak mengetahui makna doa dan masih berdoa kepada Tuhan untuk sesetengah hal, tetapi Tuhan tetap membawa kita ke dalam diri-Nya menerusi doa kita atas hal-hal tersebut. Contohnya, seorang dikkak yang merupakan seorang ibu amat mengasihi anaknya namun kurang mengasihi Tuan. Tidak kira berapa banyak kamu cuba membantunya, dikkak ini tetap tidak mencari Tuan. Walau bagaimanapun, pada suatu hari anaknya jatuh sakit. Selepas beberapa kali berjumpa dengan doktor, anak itu tetap sakit. Dikkak ini tidak berdaya lagi dan tidak mempunyai pilihan lain selain menaruh keyakinannya kepada Tuan. Apabila dia berdoa, dia hanya meminta Tuan untuk menyembuhkan anaknya. Dia langsung tidak mempunyai keinginan untuk mencari diri Tuan. Siapakah yang dapat bayangkan bahawa menerusi doa sedemikian dia sebenarnya akan menemui Tuan, menyentuh-Nya malah menikmati-Nya? Disebabkan doa ini, dikkak ini yang sudah bertahun-tahun lamanya enggan diperoleh Tuan secara spontannya telah masuk ke dalam Tuhan dan pada masa yang sama, diperoleh Tuhan. Namun demikian, dia masih tidak faham apa yang telah berlaku. Selepas tiga hari anaknya disembuhkan, dia datang ke perhimpunan dan membuat kesaksian tentang betapa setianya Tuhan, bagaimana Tuhan menjawab doanya, dan bagaimana anaknya telah disembuhkan. Meskipun dia telah memperoleh realiti dalam doa, namun dia masih tidak menyedarinya. Kerap kali kita juga begitu. Apabila kita melihat ketandusan gereja lalu pergi kepada Tuan untuk berdoa, kita berasa bahawa kita sedang berdoa untuk keadaan gereja, tetapi di mata Tuhan tujuan doa kita ialah kita menyentuh-Nya, menghirup-Nya, memperoleh-Nya, dan membenarkan Tuan memperoleh kita.

Dalam tahun-tahun yang akan datang, Tuhan akan menyebabkan setiap orang daripada anak-anak-Nya lebih jelas tentang doa yang sebenar; doa yang sebenar bukan doa berkenaan hal, meminta sesuatu, atau berdoa-pinta untuk orang. Doa yang sebenar adalah untuk menghirup Tuhan sendiri, memperoleh Tuhan, dan diperoleh Tuhan. Semua doa untuk orang, urusan dan hal-hal yang di luar Tuhan, bukanlah esens doa tetapi sekadar permukaan luaran atau alat tambahan kepada doa. Doa sebenar, doa yang mempunyai esens, merupakan doa yang dalamnya kamu betul-betul menghubungi Tuhan, menghirup-Nya, menikmati-Nya, memperoleh-Nya, dipenuhi-Nya, dan membenarkan Dia memperoleh diri kamu. Jika anak-anak Tuhan melihat hal ini, mereka akan mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang makna doa yang sebenar.

“Tuhan Tidak Akan Mendengar Doa Kamu”
Doa—Melatih Roh untuk Bersekutu dengan Tuan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)