Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Datanglah kepada-Ku, semua yang berjerih dan berbeban berat; Aku akan memberi kamu rehat
Rendah Diri di Bawah Tangan Tuhan yang Perkasa...Menyerahkan Segala Kekhuatiranmu Kepada-Nya
Rehat tanpa kepuasan bukanlah rehat yang sebenar
Datanglah kepada-Ku, semua yang berjerih dan berbeban berat; Aku akan memberi kamu rehat
2020-07-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Matius 11:28-30 "Datanglah kepada-Ku, semua yang berjerih dan berbeban berat; Aku akan memberi kamu rehat. Pikullah kuk Aku padamu dan belajarlah daripada-Ku, kerana Aku lembut-halus dan rendah hati, maka kamu akan beroleh rehat untuk sukmamu. Kerana kuk Aku mudah dan beban-Ku ringan."

Dalam Matius 11:29 dan 30, terdapat jalan untuk beroleh rehat.…Memikul kuk Tuan bererti menerima kehendak Bapa. Ini bukan diatur atau dikawal oleh sebarang kewajipan hukum atau agama, atau diperabdikan oleh sebarang kerja, tetapi didesak oleh kehendak Bapa. Tuan menjalani kehidupan sedemikian, Dia tidak mengambil berat tentang apa jua kecuali kehendak Bapa-Nya (Yoh. 4:34; 5:30; 6:38). Dia tunduk sepenuhnya kepada kehendak Bapa (Mat. 26:39, 42). Oleh itu, Dia meminta kita agar belajar daripada-Nya. Kehendak Tuhan ialah kuk kita. Oleh yang demikian, kita tidak bebas melakukan apa jua menurut kesukaan kita; sebaliknya kita telah dikenakan kuk. Orang muda, jangan beranggapan bahawa kamu begitu bebas atau tanpa sekatan. Dalam pemulihan Tuan, kita semua telah memikul kuk. Betapa baiknya memikul kuk! Kuk Tuan adalah mudah dan beban-Nya adalah ringan. Kuk Tuan ialah kehendak Bapa, dan beban-Nya ialah kerja untuk melaksanakan kehendak Bapa. Kuk sedemikian adalah mudah, tidak pahit, dan beban sedemikian adalah ringan, tidak berat. (Life-study of Matthew, m.s. 390-391)

Dalam Matius 11:29, Tuan memberitahu kita agar belajar daripada-Nya. Dia lembut-halus dan rendah hati.…Dalam semua penentangan, Tuan adalah lembut-halus, dan dalam semua penolakan, Dia adalah rendah hati. Dia tunduk sepenuhnya kepada kehendak Bapa-Nya, tidak ingin melakukan apa-apa untuk diri-Nya atau berharap untuk mendapatkan sesuatu untuk diri-Nya. Oleh itu, tidak mengira apa jua situasi, Dia mempunyai rehat dalam hati-Nya. Dia berpuas hati sepenuhnya dengan kehendak Bapa.

Jika kita memikul kuk-Nya pada kita dan belajar daripada-Nya, kita akan beroleh rehat untuk sukma kita. Rehat yang kita beroleh dengan memikul kuk Tuan dan belajar daripada-Nya adalah untuk sukma kita. Ini ialah rehat dalaman, dan bukan apa-apa yang bersifat luaran.

Sekiranya kita ditentang ketika kita meminister, dan kita melawan, kita tidak akan mempunyai damai sejahtera. Namun sekiranya kita tidak melawan sebaliknya tunduk kepada kehendak Bapa, bersaksi bahawa penentangan ini adalah daripada Bapa, kita akan mempunyai rehat dalam sukma kita. Yohanes Pembaptis tidak menganggap pemenjaraannya adalah daripada Bapa; oleh itu, dia tidak beroleh rehat. Jika dia menyedari bahawa pemenjaraan-Nya adalah disebabkan kehendak Bapa, dia sudah tentu beroleh rehat, biarpun berada di dalam penjara. Kristus, Raja syurgawi, sentiasa tunduk kepada kehendak Bapa, menerima kehendak Tuhan sebagai bahagian-Nya, dan tidak menentang apa jua hal. Oleh itu, Dia selalu beroleh rehat. Kita harus belajar daripada-Nya dan mengambil pandangan ini. Sekiranya kita berbuat demikian, kita akan beroleh rehat dalam sukma kita. (Life-study of Matthew, m.s. 391)

Tuan memanggil semua yang berjerih dan berbeban berat datang kepada-Nya dan Dia akan memberi mereka rehat (Mat. 11:28). Orang Yahudi yang agamawi berjerih dan berbeban berat kerana bekerja di bawah hukum. Di bumi ini, siapakah yang tidak berjerih atau berbeban berat? Dunia ini ialah dunia yang berjerih, penuh dengan beban yang berat; oleh itu, Tuan memanggil kita datang kepada-Nya untuk beroleh rehat. Rehat bermakna damai sejahtera yang sempurna dan kepuasan yang penuh.

Tuan mengarahkan disipal supaya memikul kuk-Nya pada mereka dan belajar daripada-Nya kerana Dia lembut-halus dan rendah hati; dengan demikian, mereka akan beroleh rehat untuk sukma mereka (ay. 29). Lembut-halus bermakna tidak melawan sebarang penentangan, dan rendah hati bermakna tidak memandang tinggi terhadap diri sendiri. Beroleh rehat daripada Tuan adalah untuk sukma kita; ini ialah rehat dalaman, bukan apa-apa yang bersifat luaran. Gangguan dan masalah ada dalam sukma kita. Paulus memberitahu kita agar jangan khuatir dalam apa jua dan memberitahu segala permintaan kita kepada Tuan. Kemudian damai sejahtera Tuhan akan mengawal hati kita dan fikiran kita dalam Kristus Yesus (Flp. 4:6-7).

Tuan meyakinkan disipal-Nya bahawa kuk-Nya mudah dan beban-Nya ringan (Mat. 11:30). Perkataan Yunani bagi mudah bermakna “sesuai untuk digunakan”; oleh itu, baik, ihsan, lemah lembut, sederhana, mudah, menyenangkan, berlawanan dengan keras, kasar, tajam, dan pahit. Kuk ekonomi Tuhan adalah sebegini. Segala-gala dalam ekonomi Tuhan bukanlah beban yang berat tetapi suatu kenikmatan. (CWWL, 1994-1997, jil. 3, “The God-man Living”, m.s. 549-550)

Rendah Diri di Bawah Tangan Tuhan yang Perkasa...Menyerahkan Segala Kekhuatiranmu Kepada-Nya
Rehat tanpa kepuasan bukanlah rehat yang sebenar
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)