Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Soalan Injil Dapatkah Manusia Diselamatkan dengan Berbuat Baik?
Siapa itu Tuhan Orang Kristian
Tuhan ialah Roh, manusia ada roh
Dapatkah Manusia Diselamatkan dengan Berbuat Baik?
2016-11-12 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Dapatkah manusia diselamatkan dengan berbuat baik? Jawapan dunia ialah “Ya”. Namun, jawapan Tuhan dalam Bible ialah “Tidak”. Kuasa untuk menentukan penyelamatan kita berada dalam tangan Tuhan, bukan menurut kehendak kita. Jangan anggap bahawa asalkan kamu berbuat baik, kamu akan diselamatkan. Kamu harus mengenali bahawa hal ini ditentukan Tuhan.

Dapatkah moraliti menyelamatkan manusia? Sama sekali tidak. Namun, banyak orang, bahkan orang Kristian, tidak menyedari bahawa manusia bukan diselamatkan dengan berbuat baik. Mereka cuba mematuhi Sabda Tuhan, beribadah, bersedekah, membuat amal, dan membantu gereja dengan harapan agar mereka akan diselamatkan. Namun kita perlu melihat apa yang dikatakan dalam Sabda Tuhan.

“Kami semua menjadi seperti orang yang tidak tahir, dan semua keadilbenaran kami seperti pakaian yang cemar” (Yes. 64:6). Pembaca yang dikasihi, tahukah kamu bahawa kamu seorang pendosa? Tidakkah zimah kamu mengutuk kamu? Jangan diperdaya dan sangka bahawa kamu dapat menghapuskan dosa dengan berbuat baik. Tidak kira bagaimana kamu memperbaiki diri, kamu masih seorang pendosa. Yeremia 13:23 berkata, “Dapatkah orang Kush mengubah kulitnya, atau harimau bintang mengubah tompoknya?” Orang Kush ialah bangsa yang berkulit hitam. Tidak kira berapa banyak kali mereka cuba menyapu bedak atau mencerahkan diri, mereka tetap berkulit hitam.

Akan tetapi, di sini ada berita baik: “Tetapi di mana dosa bertambah banyak, kurnia lebih melimpah-ruah lagi” (Roma 5:20). Kita harus sedar bahawa kita tidak dijustifikasikan Tuhan menerusi kerja baik. Sebaliknya, kita “dijustifikasikan dengan percuma melalui kurnia-Nya menerusi penebusan yang ada dalam Kristus Yesus” (Roma 3:24). “Tetapi jika melalui kurnia, maka bukan lagi berasaskan kerja-kerja; jika tidak, kurnia bukan lagi kurnia” (11:6). Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita dijustifikasikan dan diselamatkan Tuhan bukan berasaskan kerja-kerja, tetapi kerana kurnia-Nya.

Kurnia dan kerja ialah dua prinsip yang sama sekali berlawanan. Kurnia bermaksud Tuhan sudi menyelamat, tidak kira orang itu baik atau jahat. Manusia sebenarnya tidak layak diselamatkan. Akan tetapi, oleh sebab rahmat-Nya, Tuhan memberi penyelamatan dengan percuma kepada manusia. Kerja pula sangat berbeza. Kerja bererti hanya orang baik sahaja yang diselamatkan, tetapi orang jahat akan binasa. Dengan kata lain, manusia perlu berbuat baik untuk menyelamatkan dirinya, dan orang yang tidak dapat menyelamatkan dirinya akan binasa. Mungkin kita tidak melakukan kesalahan seperti membunuh atau membakar, namun sifat kita adalah korup; pemikiran dan gerak laku kita penuh penipuan. Oh, kita memang pendosa! Masakan kita diselamatkan melalui kerja? Puji Tuan, Dia tidak menyelamatkan kita melalui kerja kita. Dia menyelamatkan kita kerana kurnia-Nya yang percuma, iaitu kurnia yang tidak layak kita terima.

Bagaimanakah kita diselamatkan? Bible memberitahu kita bahawa kita diselamatkan melalui dua perkara: (1) kurnia Tuhan dan (2) iktikad manusia. “Melalui kurnia, kamu telah diselamatkan menerusi iktikad” (Ef. 2:8). Tuhan telah menyediakan kurnia. Dia menyediakan Penyelamat (Tuan Yesus) untuk kita. Tuan Yesus mati di atas salib dan menanggung semua penghakiman untuk dosa kita. Dengan menderita dan minum cawan murka Tuhan untuk kita, Tuan Yesus telah menyempurnakan penyelamatan penuh untuk kita. Inilah kurnia Tuhan.

Walaupun Tuhan memberi kurnia agung, namun kita masih tidak dapat diselamatkan sekiranya kita tidak ada iktikad, iaitu percaya kepada-Nya. Percaya bererti menerima (Yoh. 1:12). Jika seseorang memberi kamu sesuatu yang berharga, benda itu hanya menjadi kepunyaan kamu apabila kamu menerimanya. Jika kamu menerima kurnia penyelamatan, kamu akan diselamatkan. Oleh itu, pembaca yang dikasihi, janganlah ragu-ragu tetapi terimalah Tuan Yesus sekarang juga. Kamu hanya perlu menerima-Nya, dan Dia akan menyelamatkan kamu.

Kidung #679

Berbuat amal dan baik
Tak dapat s’lamatkan ku;
Hanya dapat nama baik,
Takkan ubah sukma ku;
Tak selamatkan ku.

Korus:
Yesus wafat bagi ku,
Yesus ampun dosa ku,
Yesus bangkit, bebas ku,
Yesus s’lamatkan ku.

Siapa itu Tuhan Orang Kristian
Tuhan ialah Roh, manusia ada roh
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
martin luther ndruru pada 2021-04-06
tuhan adalah gembalaku takan kekurangan aku oleh karna nama nya