Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 5/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 4/5)
APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 1/2)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 5/5)
2020-08-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (106)

Nota Editor:

“Berdiri di hadapan Tuhan dalam nama Tuan Yesus bererti kamu berdiri bukan kerana diri sendiri, tetapi kerana nama Tuan. Kamu berdiri bukan atas sebab apanya kamu, atau bagaimana akan kamu jadi, tetapi atas sebab nama Tuan. Banyak orang berdoa dengan mengharapkan doa itu dimakbulkan pada masa hadapan...Hal ini kerana mereka berharap dapat menjadi lebih baik beberapa tahun kemudian, dan disebabkan mereka lebih baik, doa mereka akan dimakbulkan. Walau bagaimanapun, kita harus melihat bahawa doa kita dimakbulkan kerana nama-Nya, bukan kerana nama kita. Dari segi lain pula, kita harus menolak tubuh daging dengan sepenuhnya. Kita harus berada dalam nama Tuan Yesus.”

“Dikbang dan dikkak, mengenali Tuan Yesus ialah soal wahi, bukan soal doktrin. Hari itu akan tiba apabila Tuhan membuka mata kita untuk melihat kudrat dalam nama ini, melihat keagungan dalam nama ini. Kita akan melihat alangkah ajaibnya Tuhan menyerahkan nama ini kepada kita!”

DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN
(Bahagian 5/5)

(Ministri Doa Gereja, Bab 3)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Yoh. 14:13-14 “Dan apa jua yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dapat dimuliakan dalam Anak. Jika kamu meminta daripada Aku apa-apa dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya.”

Yoh. 15:16 “Kamu tidak memilih Aku, tetapi Aku memilihmu; Aku menetapkan kamu supaya kamu mara dan menghasilkan buah, dan supaya buah kamu kekal, agar apa jua yang kamu minta daripada Bapa dalam nama-Ku, dapatlah Dia memberikannya kepadamu.”

Yoh. 16:23-24 “Pada hari itu, kamu tidak akan bertanya kepada-Ku apa-apa lagi. Sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepada kamu, Apa jua yang kamu minta daripada Bapa dalam nama-Ku akan diberikan-Nya kepadamu. Sampai sekarang, kamu belum meminta apa-apa dalam nama-Ku; mintalah dan kamu akan menerima, agar kerianganmu dapat dijadikan penuh.”

Kesan terhadap Tuhan

Kita perlu melihat satu lagi perkara, iaitu: Nama Tuan Yesus diserahkan kepada kita bukan sahaja untuk menanggulangi orang, menyelamatkan orang, dan menyembuhkan orang. Nama Tuan Yesus diserahkan kepada kita bukan juga sekadar untuk mempunyai kuasa menanggulangi demon dan memerintahkan demon agar keluar dari orang. Lebih berharga lagi, nama Tuan Yesus membolehkan kita pergi ke hadapan Bapa untuk berbicara kepada Bapa. Bapa harus menjawab kita apabila kita pergi ke hadapan-Nya dengan cara ini. Dalam Yohanes bab 14 hingga 16, nama Tuan disebut tiga kali. Dengan penuh takwanya kita berkata bahawa alangkah beraninya Tuan Yesus! Apakah yang dikatakan-Nya? “Apa jua yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dapat dimuliakan dalam Anak. Jika kamu meminta daripada Aku apa-apa dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya” (Yoh. 14:13-14). Oh, nama ini ialah nama yang mengatasi setiap nama! Nama ini menyebabkan setiap lidah yang berada di langit dan di bumi serta di bawah bumi mengaku secara terang-terang bahawa Yesus Kristus ialah Tuan dan setiap lutut sujud terhadap-Nya! Selain itu, nama ini berkudrat di hadapan Tuhan. Tuhan menghormati nama ini. Oleh itu, apabila kita melakukan hal dalam nama ini, Tuhan menghormatinya. Tuan berkata, “Kamu tidak memilih Aku, tetapi Aku memilihmu; Aku menetapkan kamu supaya kamu mara dan menghasilkan buah, dan supaya buah kamu kekal, agar apa jua yang kamu minta daripada Bapa dalam nama-Ku, dapatlah Dia memberikannya kepadamu” (15:16). Dia berkata selanjutnya, “Pada hari itu, kamu tidak akan bertanya kepada-Ku apa-apa lagi. Sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepada kamu, Apa jua yang kamu minta daripada Bapa dalam nama-Ku akan diberikan-Nya kepadamu. Sampai sekarang, kamu belum meminta apa-apa dalam nama-Ku; mintalah dan kamu akan menerima, agar kerianganmu dapat dijadikan penuh” (16:23-24). Dikbang dan dikkak, dapatkah kita memikirkan apa-apa janji lain yang lebih besar daripada ini?

Sehubungan itu, apakah maksudnya berdoa dalam nama Tuan Yesus? Berdoa dalam nama Tuan Yesus bermakna berkata kepada Tuhan, “O Tuhan, aku tidak boleh dipercayai, aku tidak berguna, namun aku berdoa dalam nama Tuan Yesus.” Misalnya, kamu mengutus seseorang untuk menghantar sepucuk surat kepada seorang kawan dan menyuruh kawan itu mengembalikan sejumlah wang menerusi penghantar surat itu. Selepas kawan kamu memastikan tandatangan itu adalah betul, dia pun menyerahkan wang itu kepada penghantar surat itu. Adakah perbuatannya betul? Ya, memang betul. Dia tidak perlu menyoal penghantar surat itu, “Pernahkah kamu menerima pendidikan? Apakah latar belakang keluarga kamu? Siapakah ahli keluarga kamu? Bagaimanakah perangai kamu?” Tidak. Dia tidak mempedulikan siapa orang itu, dia hanya perlu memastikan sama ada tandatangan itu ialah tandatangan kamu atau bukan. Penghantar surat itu datang dalam nama kamu; kamulah yang mengamanatkan penghantar itu. Haleluya! Berdiri di hadapan Tuhan dalam nama Tuan Yesus bererti kamu berdiri bukan kerana diri sendiri, tetapi kerana nama Tuan. Kamu berdiri bukan atas sebab apanya kamu, atau bagaimana akan kamu jadi, tetapi atas sebab nama Tuan. Banyak orang berdoa dengan mengharapkan doa itu dimakbulkan pada masa hadapan. Banyak orang berdoa dengan harapan doa itu akan dimakbulkan dalam beberapa bulan atau beberapa tahun yang akan datang. Hal ini kerana mereka berharap dapat menjadi lebih baik beberapa tahun kemudian, dan disebabkan mereka lebih baik, doa mereka akan dimakbulkan. Walau bagaimanapun, kita harus melihat bahawa doa kita dimakbulkan kerana nama-Nya, bukan kerana nama kita. Dari segi lain pula, kita harus menolak tubuh daging dengan sepenuhnya. Kita harus berada dalam nama Tuan Yesus. Segala kedudukan yang kita miliki adalah kerana Dia. Kita dapat berdiri di hadapan Tuhan kerana Dia, bukan kerana kita, bukan atas keadilbenaran kita tetapi atas darah-Nya, juga bukan menurut kehendak kita tetapi kehendak-Nya. Kita berada dalam nama Tuan. 

Dikbang dan dikkak, mengenali Tuan Yesus ialah soal wahi, bukan soal doktrin. Hari itu akan tiba apabila Tuhan membuka mata kita untuk melihat kudrat dalam nama ini, melihat keagungan dalam nama ini. Kita akan melihat alangkah ajaibnya Tuhan menyerahkan nama ini kepada kita! Oleh sebab Tuhan menyerahkan nama Anak-Nya kepada kita, kita dapat berkata di hadapan Tuhan, “Tuhan, kami berada dalam nama Anak-Mu Yesus.” Maksudnya, “Tuhan, Engkau mempercayai kami, Engkau meyakini kami. Tuhan, Engkau bertanggungjawab atas segala-gala yang kami lakukan.” Dikbang dan dikkak, nama ini diletakkan dalam tangan kita untuk tujuan berurusan dengan manusia, iblis, dan Tuhan. Oleh itu, kita harus menghidup keluar sejenis hayat supaya kita mempunyai kudrat untuk menggunakan nama ini. Atas sebab ini, tiap-tiap hari kita harus belajar mengenali salib. Kemudian barulah kita dapat menerapkan nama ini. Dikbang dan dikkak, ingatlah bahawa salib dan nama ini tidak boleh berpisah. Semoga kita mengalami kerja salib dengan cukup mendalam sehingga kita tahu bagaimana menerapkan nama ini pada orang, bagaimana menggunakan nama ini untuk menanggulangi iblis, dan bagaimana memohon kepada Bapa menerusi nama ini. Semoga Tuan memberi gereja pengetahuan yang kaya terhadap nama ini supaya nama ini dipulihkan dari segi kedudukannya, kuasanya, dan kudratnya pada hari ini juga, dan supaya gereja memperoleh kekayaan rohani menerusi nama Tuan.

DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 4/5)
APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 1/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)