Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 1/5)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 6/6)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 2/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 1/5)
2020-08-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (102)

Nota Editor:

“Semoga Tuan membuka mata kita untuk melihat bahawa nama Tuan Yesus mengalami perubahan yang besar selepas kenaikan-Nya ke syurga. Kita tidak dapat menanggap-faham perubahan ini dalam minda. Nama ini dianugerahkan oleh Tuhan, dan nama ini nama yang mengatasi setiap nama.”

“Nama ini menandakan apa? Nama ini menandakan kuasa dan kudrat. Mengapakah nama ini menandakan kuasa dan kudrat? Filipi 2:10-11 berkata, ‘Supaya dalam nama Yesus setiap lutut harus sujud, iaitu segala yang berada di langit dan di bumi serta di bawah bumi, dan setiap lidah harus mengaku secara terang-terang bahawa Yesus Kristus ialah Tuan agar kemuliaan diberi kepada Tuhan Bapa.’ Inilah kuasa. Setiap lutut harus sujud kepada nama Yesus, dan setiap orang harus memanggil Yesus sebagai Tuan kerana nama-Nya. Oleh yang demikian, nama Yesus menunjukkan hakikat bahawa Tuhan telah memberi-Nya kuasa dan kudrat yang melangkaui segala-gala.”

DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN
(Bahagian 1/5)

(Ministri Doa Gereja, Bab 3)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Flp. 2:9-11 “Oleh itu juga, Tuhan menjunjung-Nya dengan tinggi dan menganugerahi-Nya nama yang mengatasi setiap nama, supaya dalam nama Yesus setiap lutut harus sujud, iaitu segala yang berada di langit dan di bumi serta di bawah bumi, dan setiap lidah harus mengaku secara terang-terang bahawa Yesus Kristus ialah Tuan agar kemuliaan diberi kepada Tuhan Bapa.”

Kita harus jelas sekali tentang suatu hal di hadapan Tuhan, iaitu berkenaan nama Tuan Yesus. Tidak ada seorang di bumi yang boleh diselamatkan tanpa nama Tuan Yesus, dan tidak ada seorang di bumi yang boleh menjadi berguna dalam tangan Tuhan tanpa mengenali nama Tuan Yesus. Oleh itu, kita harus mengenali makna nama Tuan Yesus. Alangkah menyedihkan kerana nama Tuan Yesus telah menjadi begitu biasa dalam percakapan manusia! Mereka menyebut frasa dalam nama Tuan Yesus secara berulang-ulang sehinggakan nama ini menjadi tidak lagi bermakna! Orang sering membaca dan mendengar ungkapan ini sehinggakan mereka tidak tahu apa maksudnya berada dalam nama Tuan Yesus. Kita memohon kepada Tuhan agar memimpin kita ke dalam pemahaman yang segar terhadap makna nama yang amat biasa kita dengar ini, iaitu nama Tuan Yesus.

SATU 

Nama Tuan Yesus ialah sesuatu yang istimewa. Nama ini tidak dimiliki Tuan semasa Dia berada di bumi. Matius 1 memberitahu kita bahawa ketika Tuan Yesus berada di bumi, nama-Nya bergelar Yesus. Namun Filipi 2 mengatakan bahawa Dia menjadi patuh sehingga mati bahkan mati di atas salib, maka Tuhan menjunjung-Nya tinggi dan menganugerahi-Nya nama yang mengatasi setiap nama. Apakah nama ini? Filipi 2:10-11 berkata, “Supaya dalam nama Yesus setiap lutut harus sujud, iaitu segala yang berada di langit dan di bumi serta di bawah bumi, dan setiap lidah harus mengaku secara terang-terang bahawa Yesus Kristus ialah Tuan agar kemuliaan diberi kepada Tuhan Bapa.” Nama ini ialah “nama Yesus”. Dia tidak menerima nama ini ketika Dia berada di bumi. Dia hanya menerima nama ini selepas Dia naik ke syurga. Jikalau nama ini diperoleh-Nya tatkala Dia di bumi, maka awal-awal lagi Dia patut dianugerahi nama ini. Bagaimanapun, menerusi kepatuhan-Nya sehingga mati, bahkan mati di atas salib, Tuhan menjunjung-Nya tinggi. Apabila Dia dijunjung tinggi, Tuhan menganugerahi-Nya nama yang mengatasi setiap nama. Nama yang mengatasi setiap nama ini ialah “nama Yesus”.

Bukan Paulus seorang sahaja yang menerima wahi tentang perubahan sebegini berkenaan nama Tuan, bahkan Tuan Yesus sendiri juga berbicara tentang perubahan besar nama-Nya dalam injil Yohanes. Dia berkata, “Sampai sekarang, kamu belum meminta apa-apa dalam nama-Ku; mintalah dan kamu akan menerima...Pada hari itu, kamu akan meminta dalam nama-Ku” (Yoh. 16:24, 26). “Pada hari itu”, bukan pada masa Tuan berbicara, tetapi perlu tunggu sampai pada hari itu, barulah kita meminta dalam nama-Nya. Pada waktu Tuan membicarakan sabda ini, Dia masih belum menerima nama yang mengatasi setiap nama. Sampai hari itu barulah Dia menerima nama yang mengatasi setiap nama. Sampai hari itu barulah kita dapat meminta Bapa dalam nama-Nya.

Semoga Tuan membuka mata kita untuk melihat bahawa nama Tuan Yesus mengalami perubahan yang besar selepas kenaikan-Nya ke syurga. Kita tidak dapat menanggap-faham perubahan ini dalam minda. Nama ini dianugerahkan oleh Tuhan, dan nama ini nama yang mengatasi setiap nama.

DUA

Nama ini menandakan apa? Nama ini menandakan kuasa dan kudrat. Mengapakah nama ini menandakan kuasa dan kudrat? Filipi 2:10-11 berkata, “Supaya dalam nama Yesus setiap lutut harus sujud, iaitu segala yang berada di langit dan di bumi serta di bawah bumi, dan setiap lidah harus mengaku secara terang-terang bahawa Yesus Kristus ialah Tuan agar kemuliaan diberi kepada Tuhan Bapa.” Inilah kuasa. Setiap lutut harus sujud kepada nama Yesus, dan setiap orang harus memanggil Yesus sebagai Tuan kerana nama-Nya. Oleh yang demikian, nama Yesus menunjukkan hakikat bahawa Tuhan telah memberi-Nya kuasa dan kudrat yang melangkaui segala-gala.

Dalam Lukas 10:17 disipal berkata kepada Tuan, “Tuan, bahkan demon-demon juga tunduk kepada kami dalam nama-Mu.” Disipal-disipal mengusir demon dalam nama Tuan; ini merupakan perkara besar. Demon-demon tidak takut akan nama yang banyak di bumi. Namun apabila disipal melakukan sesuatu dalam nama Tuan Yesus, demon tunduk kepada mereka. Selepas itu Tuan Yesus menjelaskan sebab nama-Nya dapat menundukkan demon. Tuan berkata, “Aku telah memberi kamu kuasa untuk menginjak...segala kekuatan musuh” (ay. 19). Dengan itu, nama bersamaan dengan kuasa. Di mana ada nama, di situ adanya kuasa.

Bukan itu sahaja, malah pemimpin orang Yahudi juga mengetahui hal ini. Selepas peristiwa Petrus mengarahkan orang yang lumpuh itu bangun dan berjalan, pemimpin-pemimpin menyuruh dutus berdiri di hadapan mereka pada keesokan hari lalu menyoal, “Dengan kudrat apa atau dalam nama siapakah kamu melakukan hal ini?” (Kis. 4:7). Dengan kata lain, dengan kuasa apakah mereka mengarahkan orang itu bangun dan berjalan? Mereka mengetahui bahawa dengan setiap nama hadirnya kuasa. Oleh itu, nama Yesus menandakan semua kuasa yang telah diamanatkan Tuhan kepada-Nya. Bukannya nama itu sendiri ialah kuasa, tetapi kesan nama itu ialah kuasa. (bersambung...)

“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 6/6)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 2/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)