Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Cawan Itu
APAKAH ITU HAYAT ABADI?
Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (1)
Cawan Itu
2018-05-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Markus 10:37-40
“Mereka berkata kepada-Nya, Berilah kami duduk, seorang di sebelah kanan-Mu dan seorang lagi di sebelah kiri-Mu, dalam kemuliaan-Mu. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, Kamu tidak tahu apa yang kamu minta. Mampukah kamu minum cawan yang Kuminum, atau dibaptis dengan baptisan yang Kuterima? Dan mereka berkata kepada-Nya, Kami mampu. Yesus berkata kepada mereka, Cawan yang Kuminum itu akan kamu minum, dan dengan baptisan yang Kuterima itu kamu akan dibaptis. Tetapi untuk duduk di sebelah kanan-Ku atau kiri-Ku, bukannya sesuatu yang dapat Aku beri, tetapi adalah untuk orang yang bagi mereka tempat ini telah disediakan.”

Dalam petikan Bible di atas, cawan itu bererti melaksanakan kehendak Tuhan, bahkan melaksanakan kehendak-Nya tidak kira apa jua yang berlaku. Sesetengah hal terikat dengan kehendak Tuhan, namun kita tidak harus diduduki hal-hal itu selain kehendak Tuhan itu sendiri. Cawan itu bererti kita menyerahkan diri secara mutlaknya untuk melaksanakan kehendak Tuhan, tanpa diduduki oleh benda lain yang dikaitkan dengan kehendak-Nya.

Banyak orang mempunyai kesukaran yang praktikal ketika mereka cuba mencari kehendak Tuhan, mereka diduduki oleh hal tersebut. Sebagai contoh, andaikan saya diamanatkan untuk pergi ke India bagi mengadakan perhimpunan di sana. Apabila saya berlutut untuk berdoa, fikiran saya melayang ke India—tempat itu, peluang di sana, kesukaran yang mungkin dihadapi, wang yang akan saya gunakan untuk ke sana, tempat-tempat lain yang saya boleh pergi jika saya tidak pergi ke sana, dan seterusnya. Semua kebaikan dan keburukan terpapar di hadapan saya, dengan serta-merta saya diduduki hal-hal ini, dan bukannya diduduki kehendak Tuhan semata-mata. Inilah caranya Syaitan menghalang kita. Caranya ialah menduduki kita dengan hal-hal atau kesukaran. Akibatnya kita menjadi takut dan tidak dapat mengenali kehendak Tuhan.

Mengenali kehendak Tuhan adalah mudah sekiranya kita tidak ditelan oleh hal-hal lain yang terlibat dalam kehendak-Nya. Jika kita betul-betul mahu kehendak Tuhan dan diduduki kehendak-Nya, maka kudrat Tuhan akan bersama dengan kita. Namun jika kita diduduki kesukaran dan hal-hal lain yang dikaitkan dengan kehendak-Nya, maka Syaitan akan menyusup masuk. Jika kita rela melaksanakan kehendak Tuhan secara mutlaknya dan tidak takut akan apa-apa, maka Dia akan menunjukkan kehendak-Nya kepada kita dengan mudah sekali. Kita akan tahu kehendak Tuhan, dan itu sahaja yang kita perlu!

Tuan diduduki kehendak Tuhan, bukannya salib. Inilah sebabnya Dia dapat memikul salib. Sekiranya minda-Nya penuh dengan fikiran tentang betapa beratnya salib atau betapa dahsyatnya paku, maka Dia tidak akan dapat memikul salib.

Setiap kali kita mencari kehendak Tuhan, kita harus berhati-hati. Kita harus menolak daripada diduduki hal-hal lain. Andai kata kehendak Tuhan menuntut kamu melakukan sesuatu, namun kamu memerlukan wang. Barangkali kamu tertanya-tanya bagaimana kamu dapat hidup sampai esok malam dan dari mana wang akan datang. Inilah keadaan diduduki perkara-perkara, dan Syaitan akan menelan kamu jika minda kamu diletakkan pada perkara-perkara tersebut.

Terdapat seorang kapten dalam suatu peperangan yang dahsyat. Perintah diberi oleh kolonel untuk menyerang tempat tertentu. Perintah ini sememangnya suatu kesilapan, dan kapten ini sedar bahawa kalau dia mematuhi perintah ini dia pasti akan mati. Akan tetapi, dia hanya menanya satu soalan: Adakah ini sememangnya perintah yang dikeluarkan? Apabila dia mendapat kepastian bahawa itu sememangnya perintah yang dikeluarkan, dia tidak mempedulikan apa-apa yang lain. Mereka pergi menyerang, akibatnya semua mati dibunuh. Inilah seyogianya sikap kita. Kita harus mementingkan perintah itu, iaitu kehendak Tuhan; kita tidak harus dipengaruhi oleh perkara-perkara lain atau kesukaran. Jika sikap kita begini, Syaitan tidak akan dapat menyentuh kita.

Pada Syaitan selalu: “Tidak,”
Pada Bapa pasti: “Ya!”
Ini sikap ku s’lamanya,
Mohon Tuan beri kurnia;
Kalau tidak, bila taat,
Syaitan datang menghambat;
Waktu dengar perintah-Mu,
O Tuan, rahmatilah ku.
(Kidung #640, rangkap 2)

APAKAH ITU HAYAT ABADI?
Menikmati Kekayaan Kristus Setiap Hari (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)