Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bukan Lagi "Aku"
Siapakah Kemenangan?
Adakah Anda Berasa, "Saya tidak dapat jayeng"?
Bukan Lagi "Aku"
2021-04-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

7 April 2021

Bukan Lagi "Aku"

Bacaan Bible: 

Galatia 2:20a Aku telah disalibkan bersama dengan Kristus, dan bukan lagi aku yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalamku...

Petikan Bacaan:    

Dikbang dan dikkak, sila beri perhatian, kemenangan mempunyai kaitan dengan hayat yang bertukar ganti, bukan hayat yang berubah. Kemenangan bukan bermaksud saya sudah berubah, tetapi saya telah bertukar ganti. Kita sudah biasa dengan Galatia 2:20, yang berkata, “Aku telah disalibkan bersama dengan Kristus; dan bukan lagi aku yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalamku; dan hayat yang kini aku hidup dalam tubuh, aku hidup dalam iktikad, iaitu iktikad Anak Tuhan.” Apakah maksud ayat Bible ini? Ayat ini bermaksud hayat kita telah bertukar ganti. Hayat kita bukan lagi “aku” dan tidak lagi berkaitan dengan “aku”. Bukan “aku” yang jahat berubah menjadi “aku” yang baik, bukan “aku” yang kotor berubah menjadi “aku” yang bersih, tetapi “bukan lagi aku”. Hari ini kesilapan kita yang terbesar ialah kita menyangka bahawa kemenangan bererti ada kemajuan, manakala kegagalan bererti tidak ada kemajuan. Oleh itu, kita menganggap bahawa jika kita tidak naik marah, segala-galanya adalah baik. Kita menganggap bahawa jika kita mempunyai persekutuan yang intim dengan Tuhan, segala-galanya adalah baik. Jika kita dapat melakukan hal ini dan hal itu, maka kita telah jayeng. Namun demikian, kita harus ingat bahawa kemenangan langsung tidak berkaitan dengan kita. Kita langsung tidak memainkan peranan dalam kemenangan ini.

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 36 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Siapakah Kemenangan?
Adakah Anda Berasa, "Saya tidak dapat jayeng"?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)