Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Biarlah Permintaan Kita Diberitahukan Kepada Tuhan (2)
Biarlah Permintaan Kita Diberitahukan Kepada Tuhan (1)
Meluangkan Masa Dengan Tuan Mengikut Rutin
Biarlah Permintaan Kita Diberitahukan Kepada Tuhan (2)
2020-11-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Filipi 4:6 nampaknya seperti ayat yang mudah kerana ia menasihati kita agar jangan khuatir dan membiarkan Tuhan mengetahui permintaan kita. Namun, realiti kata-kata ini sebenarnya bukan begitu mudah atau cetek. Arus elektrik nampaknya juga sangat mudah. Jika kamu memerlukan haba atau cahaya, kamu hanya perlu menekan butang lalu kamu akan menerima haba atau cahaya. Jika kamu mahu udara sejuk, kamu hanya perlu menekan butang yang satu lagi. Penerapan arus elektrik sangat mudah, tetapi sains elektrik tidak begitu mudah. Jika arus elektrik didispenkan ke dalam kamu tanpa batasan, kamu akan mati disebabkan arus elektrik itu. Semakin tinggi arus elektrik, semakin cepat kamu akan mati. Namun bagi “elektrik divin”, pendispenan divin, semakin banyak kamu menerima Tuhan, semakin kamu menjadi hidup. Dari satu segi, semasa kamu menerima elektrik divin ini, manusia lama mati, tetapi dari segi yang lain, manusia baru menjadi hidup. Pendispenan divin ini juga merupakan sains, dan kita tidak dapat habis mengkaji pendispenan divin ini. 

Biarlah Permintaan Kita Diberitahukan Kepada Tuhan (1)
Meluangkan Masa Dengan Tuan Mengikut Rutin
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)