Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Berkenaan Ministri Kita
Meluangkan Masa Dengan Tuan Mengikut Rutin
Roh Terkonsumasi
Berkenaan Ministri Kita
2020-11-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Perasaan kita adalah seperti cuaca-selalu berubah-ubah dan tidak boleh dipercayai. Berkenaan ministri kita, kita harus hanya pergi dan meminister, dan jangan terlalu banyak menganalisis. Kita harus berjerih lelah dalam perhimpunan rumah, perhimpunan kecil, dan perhimpunan besar. Akhirnya, kita akan melihat berkat Tuan dan kita akan mencapai matlamat. Berdasarkan pengalaman saya, semasa saya meminister di sesuatu tempat, saya selalu berfikir bahawa apa yang saya sempurnakan sangat sedikit. Mengikut perasaan saya, ia satu kegagalan. Setelah beberapa tahun kemudian, banyak pekudus dari tempat itu berkongsi dengan saya bahawa mereka memang banyak dibantu oleh mesej yang saya sampaikan sebelum ini. Sebaliknya, semasa saya bersekutu pada masa yang lain, saya mempunyai perasaan bahawa saya telah mencapai syurga ketiga. Akhirnya, hasilnya tidak sebesar menurut sangkaan saya.

Walaupun banyak orang Kristian mengejar apa yang digelar kerohanian, namun kita perlu menyedari bahawa akhirnya kita akan menjadi seorang yang penuh dengan keinsanan. Kita juga harus menyedari bahawa bau kita akan bersama dengan kita bahkan semasa kita masuk ke dalam Yerusalem Baru. Wasiat Baru ditulis oleh banyak penulis. Semasa kita membaca penulisan Petrus, kita mengetahui bahawa inilah Petrus kerana penulisannya itu mempunyai bau Petrus. Demikian juga, semasa kita membaca penulisan Paulus, ia mengandungi bau Paulus. Kita tidak akan kehilangan ciri peribadi dan bau kita bahkan dalam Yerusalem Baru.


Meluangkan Masa Dengan Tuan Mengikut Rutin
Roh Terkonsumasi
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)