Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Beritakan Sabda itu, Bersedialah semasa Musim dan di luar Musim
Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Perkara Bersaksi
Menyemai dengan Air Mata, Menuai dengan Sorakan Riang
Beritakan Sabda itu, Bersedialah semasa Musim dan di luar Musim
2020-02-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Paulus memberitahu Timotius, “Beritakan sabda itu; bersedialah semasa musim dan di luar musim; insafkanlah, tegur, nasihati orang dengan segala kesabarderitaan dan ajaran” (2 Tim. 4:2). Kita tidak harus mengatakan bahawa sekarang ialah musim sejuk dan kita perlu menunggu sampai musim bunga barulah menyemai benih. Sebaliknya, kita ialah petani yang istimewa; bagi kita, setiap hari adalah untuk menyemai benih dan untuk menuai tuaian. “Semasa musim” ialah masa kita mempunyai peluang, manakala “di luar musim” ialah masa kita tidak mempunyai peluang. Sama ada kita mempunyai peluang atau tidak, kita perlu bersedia. “Bersedia” bermaksud bertindak segera, penuh perhatian, berwaspada. Kita boleh menyamakan jenis kesediaan ini dengan teh atau kopi segera. Apabila kita memerlukan teh atau kopi, ia boleh disediakan dengan segera. Kita perlu menjadi pengkhutbah “segera”, bersedia tanpa memerlukan persediaan selanjutnya. Kita harus bersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kita bersedia di pasar raya, di perhentian bas, pejabat, dan kelas. Kita tidak harus mengatakan bahawa kita belum bersedia atau tidak ada peluang. Setiap waktu—musim bunga, musim panas, musim luruh, dan musim sejuk—ialah masa untuk kita bersiap sedia. Ini bukan cara pemberitaan yang agamawi. Ini ialah kehidupan orang Kristian yang wajar. Tidak ada jalan lain. Kita perlu mempunyai jenis kehidupan injil ini. Kita tidak boleh mengatakan bahawa ini bukan tempat yang betul, bukan masa yang betul, atau bukan orang yang betul untuk memberitakan injil. Setiap tempat ialah tempat yang betul, setiap masa ialah masa yang betul, dan setiap orang ialah orang yang betul. Kita harus bertindak segera, bersedia, cepat, dan penuh perhatian semasa musim dan di luar musim. (The Normal Way of Fruit-bearing and Shepherding for the Building Up of the Church, bab 6)

Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Perkara Bersaksi
Menyemai dengan Air Mata, Menuai dengan Sorakan Riang
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)