Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Bergerak-hidup dalam Kristus
“Di sinilah makananku!”
Merebut Peluang bagi Bekerja untuk Tuan
Bergerak-hidup dalam Kristus
2019-10-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kolose 2:6-7
Oleh itu, memandangkan kamu telah menerima Kristus, iaitu Yesus Tuan itu, bergerak-hiduplah dalam-Nya, setelah berakar dan sedang dibina dalam-Nya serta diteguhkan dalam iktikad sebagaimana kamu diajar, melimpah-ruahlah dengan ucapan syukur.

Memandangkan kita telah menerima Kristus, maka kita harus bergerak-hidup dalam-Nya. Dalam Kolose 2:6, bergerak-hidup bererti hidup, bertindak, bertingkah laku, dan membawa diri. Kita harus bergerak-hidup, hidup, dan bertindak dalam Kristus agar kita dapat menikmati kekayaan-Nya, sama seperti umat Israel tinggal di tanah permai, menikmati segala hasil yang kaya daripada tanah. Tanah permai hari ini ialah Kristus sebagai Roh almuhit (Gal. 3:14) yang huni dalam roh kita (2 Tim. 4:22; Roma 8:16) untuk menjadi kenikmatan kita. Bergerak-hidup menurut Roh ini (Roma 8:4; Gal. 5:16) ialah perkara utama dan penting dalam Wasiat Baru. (Kol. 2:6, nota kaki 2)

Seperti tumbuh-tumbuhan, kita ialah organisma hidup dan telah berakar dalam Kristus, tanah kita, bumi kita, supaya kita dapat menyerap segala kekayaan-Nya sebagai khasiat. Kekayaan ini menjadi elemen dan substan yang membolehkan kita bertumbuh dan dibina. Berakar adalah untuk pertumbuhan dalam hayat. Proses berakar ini telah dilengkapkan. Dibina adalah untuk pembinaan Tubuh Kristus. Pembinaan ini masih berlangsung. Kedua-dua perkara ini ada dalam Kristus. (Kol. 2:7, nota kaki 1)

Jika kamu melihat bahawa kita telah berakar dalam Kristus sebagai tanah yang kaya, kamu akan dilipurkan dan digalakkan. Jangan diganggu oleh kelemahan kamu. Pertimbangkan tanah yang kaya, yang dalamnya kamu berakar. Dalam tanah ini, bukankah kamu ada kepenuhan, penyunatan, pengebumian, kebangkitan, pemberian hayat, penghapusan ordinan, dan pelucutan kuasa gelap? Lupakan situasi, keadaan, kegagalan, serta kelemahan kamu dan hanya meluangkan masa untuk menikmati Tuan. Luangkan masa untuk menyerap-Nya, mengasimilasikan elemen yang kaya daripada Dia yang merupakan tanah. Jika kamu meluangkan masa untuk menyerap Tuan, kamu akan dapat bersaksi bahawa dalam Kristus tidak ada kekurangan.

Setiap pagi kita perlu meluangkan masa yang secukupnya untuk menyerap Tuan. Walaupun sepuluh minit memang baik, namun meluangkan masa tiga puluh minit untuk menikmati-Nya pada permulaan hari yang baru setiap hari adalah lebih baik. Jika kamu meluangkan masa tiga puluh minit untuk menyerap Tuan dan menikmati Dia pada waktu pagi, kamu tidak akan diganggu oleh hal negatif sepanjang hari. “Lalat” dan “kala jengking” tidak akan mengganggu kamu, kerana elemen dalam tanah akan menghalaunya. Namun jika kamu gagal menyerap Tuan pada waktu pagi, kamu mudah diganggu oleh “lalat” dan “kala jengking”. Banyak pekudus dapat bersaksi bahawa menyerap Tuan pada waktu pagi membekalkan penghalau serangga yang terbaik bagi mereka. Akan tetapi, kita bukan hanya harus meluangkan masa bersama dengan Tuan pada waktu pagi, malah sepanjang hari. Jika kita mempunyai waktu yang indah bersama dengan Tuan pada waktu pagi, tengah hari, dan malam, kita bukan sahaja akan dibekali dengan penghalau serangga yang paling berkesan, malah kita juga akan menikmati jamuan. Akan tetapi, jika kita tidak setia meluangkan masa untuk menyerap Tuan, keadaan kita akan beransur-ansur merosot. Pengalaman kita mengesahkan hal ini. Semoga kita berpaling daripada pemikiran, emosi, serta tujuan kita dan membuka diri kita kepada Tuan, melatih roh kita dengan berkata, “O Tuan Yesus, aku mencintai-Mu, aku menyembah-Mu, dan aku menyanjung puji-Mu. Tuan, aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku menyerahkan hatiku dan segala-gala berkenaan hari ini kepada-Mu.” Apabila kamu menghubungi Tuan secara demikian, jangan tergesa-gesa. Luangkanlah masa, lebih lama lebih baik. Apabila kamu meluangkan masa untuk menghubungi Tuan, secara spontan kamu akan menyerap kekayaan tanah ke dalam kamu.

Jika kita ingin menyerap kekayaan Kristus sebagai tanah, kita perlu mempunyai akar yang lembut dan baru. Jangan biarkan diri kamu menjadi tua; sebaliknya jadilah segar dan diperbarui setiap hari. Berdoalah kepada Tuan, “Tuan, aku inginkan persembahanku segar, dan aku ingin buka kepada-Mu sekali lagi. Aku inginkan akarku menjadi lembut agar aku dapat menyerap kekayaan-Mu. Tuan, jangan biarkan akarku menjadi tua.” Jika akar kita lembut dan baru untuk menyerap kekayaan Kristus, kita akan bertumbuh secara automatik dengan kekayaan yang kita asimilasikan. Inilah maksud menikmati Kristus dan mengalami Dia secara subjektif setiap hari dan setiap masa. (Life-study of Colossians, m.s. 468-469, 487)

“Di sinilah makananku!”
Merebut Peluang bagi Bekerja untuk Tuan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)