Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian “BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 6/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 5/6)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 1/5)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 6/6)
2020-08-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (101)

Nota Editor:

“Akhir sekali, Tuan mengajar kita memuji atas tiga perkara: ‘Kerana kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik-Mu buat selama-lamanya. Amen.’...Tiga perkara yang dipuji di sini berhubung kait dengan hal diselamatkan daripada yang jahat itu yang disebut di atas, dan juga berhubung kait dengan seluruh doa yang diajar Tuan.”

“Berkenaan Tuhan, kita berhasrat agar nama-Nya dikuduskan, kingdom-Nya datang, dan kehendak-Nya terlaksana di bumi sebagaimana di syurga. Berkenaan diri kita, kita memohon kepada Tuhan agar melindungi kita. Berkenaan pujian kita, kita memuji berdasarkan hakikat bahawa kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik-Nya. Disebabkan kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik-Nya, maka nama-Nya harus dikuduskan, kingdom-Nya harus datang, dan kehendak-Nya harus dilaksanakan di bumi sebagaimana di syurga. Oleh sebab kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik-Nya, kita berdoa kepada-Nya untuk roti harian kita, hutang kita, godaan, dan yang jahat itu. Segala doa harus mencontohi doa ini.”

“Sejurus selepas Tuan menyampaikan ajaran tentang doa, Dia seterusnya berkata, ‘Kerana jika kamu mengampunkan kesalahan orang, Bapa syurgawimu juga akan mengampuni kamu; tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.’...Jika orang Kristian tidak membereskan sebarang kedengkian dan tidak mengampuni orang dari hati, masalah akan timbul dalam gereja...Tuan tahu bahawa semakin kita berhubung dengan satu sama lain, semakin kita bersekutu bersama-sama, semakin kita perlu mengampuni satu sama lain. Tuan berhasrat agar kita menyedari betapa besarnya hubung kait perkara ini, jadi Dia perlu menarik perhatian kita terhadap perkara ini. Jika kita tidak dapat saling mengampuni, kita mudah memberikan ruang kepada iblis. Jika kita tidak dapat saling mengampuni, kita bukanlah umat kingdom dan kita tidak dapat melakukan kerja kingdom.”

“Selain itu, semasa Tuan mengajar kita berdoa begini, Dia sentiasa menggunakan ‘kami’ dari mula hingga akhir. Inilah nada gereja, dan inilah doa yang mempunyai perasaan Tubuh. Doa ini amat besar.”

“BERDOALAH BEGINI”
(Bahagian 6/6)

(Ministri Doa Gereja, Bab 2)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mat. 6:13b-15 “Kerana kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik-Mu buat selama-lamanya. Amen. Kerana jika kamu mengampunkan kesalahan orang, Bapa syurgawimu juga akan mengampuni kamu; tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.”

MEMUJI ATAS TIGA PERKARA 

Akhir sekali, Tuan mengajar kita memuji atas tiga perkara: “Kerana kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik-Mu buat selama-lamanya. Amen.” Pujian ini memberitahu kita bahawa kingdom itu milik Bapa, kudrat itu milik Bapa dan kemuliaan juga milik Bapa. Tiga perkara yang dipuji di sini berhubung kait dengan hal diselamatkan daripada yang jahat itu yang disebut di atas, dan juga berhubung kait dengan seluruh doa yang diajar Tuan. Kita memohon kepada Tuan agar menyelamatkan kita daripada yang jahat itu, kerana kingdom milik Bapa, bukan milik Syaitan, kerana kudrat milik Bapa, bukan milik Syaitan, dan kerana kemuliaan milik Bapa, bukan milik Syaitan. Inilah butir penekanan: Oleh sebab kingdom milik Bapa, jadi kita tidak seharusnya jatuh ke dalam tangan Syaitan. Oleh sebab kudrat milik Bapa, jadi kita tidak seharusnya jatuh ke dalam tangan Syaitan. Oleh sebab kemuliaan milik Bapa, jadi kita tidak harus jatuh ke dalam tangan Syaitan. Alasan ini adalah sangat kuat. Jika kita jatuh ke dalam tangan Syaitan, tidak dapatlah kita memuliakan Bapa. Sekiranya Bapa yang berkuasa, maka Syaitan tidak dapat berkuasa atas kita. Memandangkan kingdom syurga-syurga milik Bapa, kita tidak boleh, bahkan tidak harus jatuh ke dalam tangan Syaitan. 

Berkenaan kuasa, kita harus ingat akan kata-kata yang dibicarakan Tuan. Dia berkata, “Lihatlah, Aku telah memberi kamu kuasa untuk menginjak ular dan kala jengking dan mengatasi segala kekuatan musuh; dan pasti tidak akan ada apa-apa pun yang dapat mencederakan kamu” (Luk. 10:19). Ayat ini mengatakan bahawa kuasa yang diberikan Tuan dapat mengatasi segala kekuatan musuh. Dalam kuasa adanya kudrat. Tuan ingin kita mengetahui bahawa dalam kingdom adanya kuasa, dan di sebalik kuasa itu terdapatnya kudrat yang dapat memerintah. Kingdom itu milik Tuhan, bukan milik Syaitan. Sudah tentu kuasa juga milik Tuhan dan bukan milik Syaitan, begitu juga kudrat ialah milik Tuhan dan bukan milik Syaitan. Berkenaan kemuliaan, sudah pasti kemuliaan juga milik Tuhan dan bukan milik Syaitan. Kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik Tuhan. Oleh itu, semua orang yang kepunyaan Tuhan dapat terlepas daripada godaan, daripada tangan Syaitan. 

Dalam Wasiat Baru, nama Tuan mewakili kuasa, dan Roh Kudus mewakili kudrat. Segala kuasa ada dalam nama Tuan, sementara segala kudrat ada dalam Roh Kudus. Roh Kudus ialah kudrat Tuhan. Kingdom menunjukkan pemerintahan syurga dan kuasa Tuhan. Kudrat pula menunjukkan bahawa segala kudrat ada dalam Roh Kudus. Apabila Tuhan bergerak, Roh Kudus merupakan kudrat-Nya. Disebabkan kingdom itu milik Tuhan, Syaitan tidak ada tempat untuk berkuasa; disebabkan kudrat ialah Roh Kudus, Syaitan juga tidak ada cara untuk menyentuh Roh Kudus. Matius 12:28 memberitahu kita bahawa sebaik sahaja demon bertembung dengan Roh Kudus, demon akan diusir keluar. Akhir sekali, kemuliaan juga milik Tuhan. Oleh itu, kita dapat mengisytihar dengan suara yang kuat dan memuji dengan suara yang lantang: “Kerana kingdom, kudrat dan kemuliaan ialah milik-Mu buat selama-lamanya. Amen.” 

Tuan mengajar kita berdoa dengan cara begini. Ini bukan bermakna bahawa kita harus melafazkannya sebagai suatu bentuk upacara, tetapi berdoa menurut contoh ini. Semua doa haruslah mencontohi doa ini. Berkenaan Tuhan, kita berhasrat agar nama-Nya dikuduskan, kingdom-Nya datang, dan kehendak-Nya terlaksana di bumi sebagaimana di syurga. Berkenaan diri kita, kita memohon kepada Tuhan agar melindungi kita. Berkenaan pujian kita, kita memuji berdasarkan hakikat bahawa kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik-Nya. Disebabkan kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik-Nya, maka nama-Nya harus dikuduskan, kingdom-Nya harus datang, dan kehendak-Nya harus dilaksanakan di bumi sebagaimana di syurga. Oleh sebab kingdom, kudrat, dan kemuliaan ialah milik-Nya, kita berdoa kepada-Nya untuk roti harian kita, hutang kita, godaan, dan yang jahat itu. Segala doa harus mencontohi doa ini. Ada orang yang mengatakan bahawa doa ini bukan untuk orang Kristian kerana tidak berakhir dengan ucapan “dalam nama Tuan”. Bodoh betul kata-kata ini. Doa yang diajar Tuan bukan mantera. Ingin saya tanya: Doa manakah dalam Wasiat Baru yang berakhir dengan ucapan “dalam nama Tuan”? Ketika disipal di dalam perahu, mereka berseru kepada Tuan dengan berkata, “Tuan, selamatkan kami, kita binasa!” (Mat. 8:25). Adakah tercatat kata-kata “dalam nama Tuan”? Tuan tidak mengajar kita mengucapkan kata-kata ini. Tuan berhasrat agar kita menurut prinsip ini semasa kita berdoa. Dia mengajar kita agar berdoa berkenaan perkara-perkara yang disebut-Nya; Dia bukan bermaksud bahawa kita harus mengucapkan kata-kata ini sewaktu berdoa. 

PENTINGNYA MENGAMPUNKAN KESALAHAN ORANG 

Sejurus selepas Tuan menyampaikan ajaran tentang doa, Dia seterusnya berkata, “Kerana jika kamu mengampunkan kesalahan orang, Bapa syurgawimu juga akan mengampuni kamu; tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.” Inilah penerangan Tuan untuk ayat 12, yang berkata, “Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.” Orang Kristian mudah gagal dalam hal mengampuni orang. Dalam kalangan anak Tuhan, selagi wujudnya perkara tidak mengampuni orang, maka segala pelajaran, iktikad, dan kudrat akan kebocoran. Inilah sebabnya Tuan berbicara dengan begitu tegas dan jelas. Kata-kata ini mudah sekali. Akan tetapi, anak-anak Tuhan memerlukan kata-kata yang mudah ini. “Kerana jika kamu mengampunkan kesalahan orang, Bapa syurgawimu juga akan mengampuni kamu.” Alangkah mudahnya untuk kita beroleh pengampunan Bapa syurgawi. “Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.” Dalam hal beroleh pengampunan, kita tidak boleh mencuba nasib. Kata-kata ini mudah, tetapi perkara ini tidak mudah. Jika mulut kita mengatakan bahawa kita mengampuni orang tetapi hati kita tidak mengampuninya, hal ini tidak dikira sebagai pengampunan di hadapan Bapa syurgawi. Mengampuni orang dalam mulut sahaja adalah sia-sia dan suatu penipuan yang tidak diambil kira di hadapan Bapa syurgawi. Kita seharusnya mengampunkan kesalahan orang dari hati. Sebagaimana disipal pada masa dahulu memerlukan kata-kata Tuan di sini, begitu juga kita memerlukannya. Jika orang Kristian tidak membereskan sebarang kedengkian dan tidak mengampuni orang dari hati, masalah akan timbul dalam gereja. Jika kita hidup di bumi namun tidak ingin berkelakuan seperti gereja, dan masing-masing mengambil jalan berasingan sebaik sahaja kita berselisih faham, maka tidak perlulah kita saling mengampuni. Akan tetapi, Tuan ingin kita menyedari betapa mustahaknya perkara ini. Oleh itu, pada akhir pembicaraan-Nya, Dia menitikberatkan perkara ini. Tuan tahu bahawa semakin kita berhubung dengan satu sama lain, semakin kita bersekutu bersama-sama, semakin kita perlu mengampuni satu sama lain. Tuan berhasrat agar kita menyedari betapa besarnya hubung kait perkara ini, jadi Dia perlu menarik perhatian kita terhadap perkara ini. Jika kita tidak dapat saling mengampuni, kita mudah memberikan ruang kepada iblis. Jika kita tidak dapat saling mengampuni, kita bukanlah umat kingdom dan kita tidak dapat melakukan kerja kingdom. Tidak ada sesiapa yang tidak mengampuni orang yang boleh berbahagian dalam kerja kingdom, dan tidak ada sesiapa yang tidak mengampuni orang yang boleh menjadi orang dalam kingdom. Ingatlah bahawa setiap kali kita bermasalah dengan dikbang dan dikkak, kita juga bermasalah dengan Tuan. Kita tidak boleh sambil berdoa sambil enggan mengampunkan kesalahan orang. Dikbang dan dikkak, ini bukan suatu perkara yang remeh. Kita harus memberikan perhatian terhadap apa yang diberikan perhatian oleh Tuan. Kita mesti mengampunkan kesalahan orang. 

Akhir sekali, kita perlu mengetahui betapa beratnya Tuan mementingkan hal doa. Sebelum ini Dia hanya menggunakan empat ayat Bible untuk membicarakan hal bersedekah. Dia juga hanya menggunakan tiga ayat Bible untuk membicarakan hal berpuasa. Akan tetapi berkenaan hal doa, Tuan telah berbicara dengan banyak penekanan kerana doa berkait rapat dengan Tuhan. Doa merupakan kerja terpenting seseorang Kristian. Tuan menunjukkan kepada kita bahawa doa mempunyai ganjaran kerana doa merupakan persoalan yang terlalu besar, perkara yang terlalu agung. Orang yang setia dalam kerja doa ini akan mendapat ganjaran pada masa akan datang. Sesiapa yang melakukan kerja ini secara tersembunyi dan memberikan perhatian kepada kerja ini secara tersembunyi pasti akan menerima ganjaran. Semoga Tuhan membangkitkan orang yang berdoa demi kerja Tuan. 

Selain itu, semasa Tuan mengajar kita berdoa begini, Dia sentiasa menggunakan “kami” dari mula hingga akhir. Inilah nada gereja, dan inilah doa yang mempunyai perasaan Tubuh. Doa ini amat besar. Saya tidak tahu berapa orang pekudus di bumi ini yang dapat mengungkapkan doa dan permohonan ini. Dikbang dan dikkak, semoga kita memperbarui persembahan kita untuk berbahagian dalam doa yang besar ini. Dari generasi ke generasi pekudus yang tidak terkira banyaknya telah berbahagian dalam doa yang besar ini. Semoga Tuan merahmati kita agar kita turut berbahagian dalam doa yang besar ini.

“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 5/6)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 1/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)