Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian “BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 5/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 4/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 6/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 5/6)
2020-08-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (100)

Nota Editor:

“Bible bukan sahaja memberitahu kita hubungan kita dengan Bapa, Bible juga memberitahu hubungan kita sesama sendiri sebagai dikbang dan dikkak...Hari ini jika kamu mempunyai sedikit halangan dengan mana-mana dikbang atau dikkak, dengan serta-merta kamu akan kehilangan berkat Tuhan...Dari segi yang lain, jika dikbang atau dikkak kamu berhutang sesuatu kepada kamu tetapi kamu tidak dapat melupakannya, ertinya kamu tidak mengampunkan hutang mereka. Keadaan ini juga akan menghalang kamu daripada beroleh pengampunan Tuhan...Jika kamu telah melupakan hutang orang lain dari hati, seolah-olah hal itu tidak pernah berlaku, maka dapatlah kamu tampil ke hadapan Tuhan dengan berani dan berkata, ‘Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.’”

“‘Janganlah bawa kami ke dalam godaan.’ Ini merupakan permohonan dari aspek negatif. ‘Selamatkan kami daripada yang jahat itu.’ Ini merupakan permohonan dari aspek positif.”

“Dikbang dan dikkak, semakin kamu mengambil jalan kingdom syurga-syurga, semakin besarlah godaan yang dihadapi...Kita tidak mengetahui bila godaan akan menimpa kita, tetapi kita boleh berdoa kepada Tuhan terlebih dahulu agar kita tidak dibawa ke dalam godaan. Doa ini adalah untuk perlindungan kita...Kita perlu berdoa agar kita hanya akan menemui hal-hal yang diizinkan Tuan untuk menimpa kita, dan tidak menghadapi hal-hal yang tidak diizinkan Tuan untuk menimpa kita. Jika kita tidak berdoa demikian, kita tidak akan mampu bertahan dengan semua godaan dari pagi sampai malam. Akibatnya, kita tidak dapat melakukan apa-apa kerja.”

“Kita memohon agar Tuan memberi kita roti harian bukan hanya kerana kita perlu makan. Kita memohon agar zimah kita tanpa kesalahan juga bukan sekadar kerana kita memerlukan zimah yang baik. Kita memohon agar Tuan menyelamatkan kita daripada yang jahat itu juga bukan sekadar kerana kita ingin diselamatkan daripada musibah yang berpunca daripada yang jahat itu. Tujuan kita berdoa untuk semua perkara ini ialah kita berharap agar kita dapat hidup di bumi ini untuk melakukan kerja doa dengan lebih banyak lagi supaya nama Bapa dikuduskan, kingdom-Nya datang, dan kehendak-Nya terlaksana di bumi sebagaimana di syurga.”

“BERDOALAH BEGINI”
(Bahagian 5/6)

(Ministri Doa Gereja, Bab 2)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mat. 6:12-13a “Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami. Dan janganlah bawa kami ke dalam godaan, tetapi selamatkan kami daripada yang jahat itu.”

Perkara Kedua: “Ampunkan Hutang Kami, Sebagaimana Kami Juga Mengampuni Penghutang Kami” (samb.)

Di sini, kita harus memberikan perhatian terhadap suatu perkara: Bible bukan sahaja memberitahu kita hubungan kita dengan Bapa, Bible juga memberitahu hubungan kita sesama sendiri sebagai dikbang dan dikkak. Jika seseorang dikbang atau dikkak hanya ingat akan hubungannya dengan Tuhan dan lupa akan hubungannya dengan dikbang dan dikkak, tetapi masih menyangka bahawa tidak ada masalah antara dia dengan Tuhan, ini dikatakan menipu diri sendiri. Dikbang dan dikkak, jangan sekali-kali memandang ringan akan hubungan kamu dengan dikbang dan dikkak. Hari ini jika kamu mempunyai sedikit halangan dengan mana-mana dikbang atau dikkak, dengan serta-merta kamu akan kehilangan berkat Tuhan. Begitu juga hari ini jika kamu mempunyai sesuatu yang perlu dilakukan terhadap dikbang dan dikkak tetapi tidak kamu lakukan, atau jika kamu ada kata-kata yang perlu dibicarakan kepada mereka tetapi tidak kamu bicarakan, kamu telah berhutang sungguhpun itu mungkin bukan dosa. Janganlah kamu menyangka bahawa tidak ada masalah asalkan kamu tidak berbuat dosa. Kamu masih perlu tidak berhutang. Dari segi yang lain, jika dikbang atau dikkak kamu berhutang sesuatu kepada kamu tetapi kamu tidak dapat melupakannya, ertinya kamu tidak mengampunkan hutang mereka. Keadaan ini juga akan menghalang kamu daripada beroleh pengampunan Tuhan. Sebagaimana kamu memperlakukan dikbang dan dikkak, begitu juga Tuhan akan memperlakukan kamu. Jika kamu sentiasa ingat akan hutang orang lain, sentiasa berkira-kira dan bersungut, tetapi masih menyangka bahawa Tuhan telah mengampunkan hutang kamu, inilah penipuan diri sendiri yang serius. Tuan dengan jelasnya telah mengajar kita berdoa: “Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.” Kita hendaklah memberikan perhatian kepada kata-kata “sebagaimana kami juga mengampuni”. Jika tidak ada “mengampuni”, maka tidak mungkin ada “sebagaimana...juga”. Jika kamu tidak mengampuni penghutang kamu, maka hutang kamu akan diingati di hadapan Tuhan. Jika kamu telah melupakan hutang orang lain dari hati, seolah-olah hal itu tidak pernah berlaku, maka dapatlah kamu tampil ke hadapan Tuhan dengan berani dan berkata, “Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.” Dengan demikian, Tuhan tidak dapat tidak mengampunkan hutang kamu. Dikbang dan dikkak, kita harus mengampuni penghutang kita secara tuntas, agar perkara ini tidak mempengaruhi pengampunan diri kita di hadapan Tuhan. 

Perkara Ketiga: “Janganlah Bawa Kami ke dalam Godaan, tetapi Selamatkan Kami daripada yang Jahat Itu” 

Perkara pertama adalah berkenaan keperluan benda-benda material kita, perkara kedua berbicara tentang hubungan kita dengan dikbang dan dikkak, dan perkara ketiga ini berbicara tentang hubungan kita dengan Syaitan. “Janganlah bawa kami ke dalam godaan.” Ini merupakan permohonan dari aspek negatif. “Selamatkan kami daripada yang jahat itu.” Ini merupakan permohonan dari aspek positif. Semasa kita hidup di bumi untuk Tuhan dan mempunyai hasrat hati yang kukuh untuk nama Tuhan, kingdom Tuhan dan kehendak Tuhan, dari satu segi, kita mempunyai keperluan benda-benda material, maka kita memohon agar Tuhan membekali kita roti harian. Dari segi yang lain, zimah kita perlu sentiasa bersih dan tanpa kesalahan di hadapan Tuhan, maka kita memohon agar Tuhan mengampunkan segala hutang kita. Namun masih terdapat suatu perkara lain, yakni kita juga memerlukan damai sejahtera, jadi kita perlu memohon agar Tuhan menyelamatkan kita daripada tangan Syaitan. Dikbang dan dikkak, semakin kamu mengambil jalan kingdom syurga-syurga, semakin besarlah godaan yang dihadapi. Kalau begitu, apakah yang harus kamu lakukan? Kamu boleh berdoa dengan memohon kepada Tuhan agar “janganlah bawa kami ke dalam godaan”. Dikbang dan dikkak, kita tidak boleh berkeyakinan diri sehinggakan kita sangka kita tidak takut akan apa-apa godaan. Disebabkan Tuan mengajar kita berdoa begini, maka hendaklah kita memohon kepada Tuhan supaya kita tidak dibawa ke dalam godaan. Kita tidak mengetahui bila godaan akan menimpa kita, tetapi kita boleh berdoa kepada Tuhan terlebih dahulu agar kita tidak dibawa ke dalam godaan. Doa ini adalah untuk perlindungan kita. Tiap-tiap hari kita bukan menunggu godaan menimpa kita, sebaliknya tiap-tiap hari kita memohon kepada Tuan agar kita tidak menemui godaan. Kita perlu berdoa agar kita hanya akan menemui hal-hal yang diizinkan Tuan untuk menimpa kita, dan tidak menghadapi hal-hal yang tidak diizinkan Tuan untuk menimpa kita. Jika kita tidak berdoa demikian, kita tidak akan mampu bertahan dengan semua godaan dari pagi sampai malam. Akibatnya, kita tidak dapat melakukan apa-apa kerja. Kita mesti memohon kepada Tuan supaya kita tidak dibawa ke dalam godaan. Kita harus berdoa agar kita tidak bertembung dengan orang yang tidak sepatutnya kita jumpa, dan kita juga harus berdoa agar kita tidak menemui perkara yang tidak harus kita hadapi. Inilah doa perlindungan. Dikbang dan dikkak, kita harus berdoa agar Tuhan melindungi kita, supaya kita beroleh bekalan roti harian, supaya zimah kita bersih tanpa kesalahan, dan supaya kita tidak dibawa ke dalam godaan. Dalam segala hal, kita harus memohon kepada Tuan agar kita tidak dibawa ke dalam godaan. Kita harus berdoa agar kita tidak menemui apa-apa yang tidak diizinkan Tuan. Setiap hari kita perlu memohon kepada Tuan agar menjauhkan kita daripada godaan. 

Kita bukan sahaja perlu memohon kepada Tuan agar “janganlah bawa kami ke dalam godaan”, tetapi kita juga perlu memohon kepada Tuan agar “selamatkan kami daripada yang jahat itu”. Inilah permohonan yang positif. Tidak kira di mana Syaitan meletakkan tangannya, kita harus memohon kepada Tuan agar menyelamatkan kita daripada yang jahat itu. Dalam roti harian, tuduhan zimah dan apa jua godaan, kita harus memohon agar Tuan menyelamatkan kita daripada yang jahat itu. Dengan kata lain, kita berharap agar dalam apa-apa perkara pun kita tidak jatuh ke dalam tangan yang jahat itu. Jika kita membaca Matius bab 8 dan 9, kita akan melihat bahawa tangan Syaitan melebihi jangkaan dan pengetahuan kita. Tangan Syaitan ada di sebalik penyakit demam yang menyerang tubuh seseorang (8:14) dan di sebalik angin ribut kencang yang melanda laut secara tiba-tiba (8:24). Tangan Syaitan juga menyebabkan demon-demon merasuk manusia dan melemaskan kawanan babi (8:28-32). Tangan Syaitan turut bekerja dalam hati manusia dan menyebabkan dia menolak dan menentang Tuan dengan tidak semena-mena (9:3, 11). Secara ringkasnya, Syaitan membawa musibah kepada orang dan menyebabkan orang menderita. Oleh itu, kita harus berdoa agar Tuan menyelamatkan kita daripada yang jahat itu. 

Tiga hasrat berkenaan Tuhan merupakan doa yang asas, dan tiga perkara yang kita mohon untuk diri sendiri merupakan doa perlindungan. Kita memohon agar Tuan memberi kita roti harian bukan hanya kerana kita perlu makan. Kita memohon agar zimah kita tanpa kesalahan juga bukan sekadar kerana kita memerlukan zimah yang baik. Kita memohon agar Tuan menyelamatkan kita daripada yang jahat itu juga bukan sekadar kerana kita ingin diselamatkan daripada musibah yang berpunca daripada yang jahat itu. Tujuan kita berdoa untuk semua perkara ini ialah kita berharap agar kita dapat hidup di bumi ini untuk melakukan kerja doa dengan lebih banyak lagi supaya nama Bapa dikuduskan, kingdom-Nya datang, dan kehendak-Nya terlaksana di bumi sebagaimana di syurga. (bersambung...)

“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 4/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 6/6)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)