Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian “BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 2/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 1/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 3/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 2/6)
2020-08-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (97)

Nota Editor:

“Tuan berkata, ‘Maka kamu, berdoalah begini.’ Tuan tidak bermaksud bahawa kita hanya perlu mengulangi kata-kata ini. Tuan bermaksud bahawa kita harus berdoa begini. Dengan kata lain, Tuan sedang mengajar kita berdoa. Dia bukan mengajar kita meniru kata-kata-Nya, tetapi mengajar kita mengikut cara ini.”

“Nama Tuhan dijunjung tinggi dalam kalangan malaikat. Namun di bumi, orang telah menggunakan nama Tuhan dengan sewenang-wenangnya, malahan berhala juga menggunakannya...Tuhan ingin anak-anak-Nya berdoa, ‘Dikuduskanlah nama-Mu.’ Dikbang dan dikkak, jika kamu mengasihi Tuhan dan mengenali Tuhan, maka keinginan kamu agar orang menguduskan nama Tuhan akan semakin bertambah.”

“Nama Tuhan bukan sekadar gelaran yang kita ucapkan dalam mulut, bahkan suatu wahi besar yang kita peroleh daripada Tuan. Dalam Bible, nama Tuhan digunakan untuk menandakan wahi Tuhan kepada manusia berkenaan diri-Nya, iaitu menunjukkan segala pengetahuan kita berkenaan diri-Nya. Nama Tuhan menerangkan sifat-Nya dan menyatakan kepenuhan-Nya.”

“Nama Tuhan dikaitkan dengan kemuliaan Tuhan...Nama Tuhan harus dikuduskan terlebih dahulu dalam hati kita, barulah hasrat kita ini akan semakin mendalam. Salib harus bekerja secara mendalam pada kita, barulah kita dapat memuliakan nama Tuhan.”

“BERDOALAH BEGINI”
(Bahagian 2/6)

(Ministri Doa Gereja, Bab 2)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mat. 6:9-10 “Maka kamu, berdoalah begini: Bapa kami yang berada di syurga-syurga, dikuduskanlah nama-Mu; datanglah kingdom-Mu; terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.”

“BERDOALAH BEGINI” 

Marilah kita melihat doa yang diajar Tuan kepada kita. Lazimnya orang menggelar doa ini sebagai “Doa Tuan”. Gelaran ini salah kerana doa ini bukan doa Tuan sendiri, tetapi doa yang diajar Tuan kepada kita. Lukas 11 memberitahu kita hal ini dengan jelas sekali (ay. 1-4). Kita harus mempelajari doa ini dengan baik-baik. 

Tuan berkata, “Maka kamu, berdoalah begini.” Tuan tidak bermaksud bahawa kita hanya perlu mengulangi kata-kata ini. Tuan bermaksud bahawa kita harus berdoa begini. Dengan kata lain, Tuan sedang mengajar kita berdoa. Dia bukan mengajar kita meniru kata-kata-Nya, tetapi mengajar kita mengikut cara ini. 

Sejak pengasasan dunia, manusia selalu berdoa kepada Tuhan. Generasi demi generasi, zaman demi zaman, banyak orang yang berdoa di hadapan Tuhan. Namun demikian, sukar untuk mencari orang yang doanya kena pada tempatnya. Banyak orang memberikan perhatian terhadap kemahuan mereka, dan tidak memberikan perhatian terhadap kemahuan Tuhan. Oleh itu, di sini Tuan Yesus membuka mulut dan mengatakan kita harus “berdoalah begini”. “Berdoalah begini” merupakan sesuatu yang amat penting, amat besar, dan amat mendalam. Dikbang dan dikkak, jika kita betul-betul ingin belajar berdoa, hendaklah kita “berdoalah begini”. Sejak Tuhan datang ke bumi untuk menjadi manusia, inilah kali pertama Dia memberitahu kita cara untuk berdoa begini, dan doa beginilah yang kena pada tempatnya. 

Tuan memberitahu kita bahawa kita harus berdoa kepada “Bapa kami yang berada di syurga-syurga”. Gelaran “Bapa” ini ialah gelaran baharu manusia terhadap Tuhan. Pada masa dahulu, manusia menggelar Tuhan sebagai “Tuhan Maha Perkasa”, “Tuhan Maha Tinggi”, “Tuhan yang hidup”, atau “Tuhan Yehova”. Tidak ada seorang pun berani menggelar Tuhan sebagai “Bapa”. Di sinilah kali pertama gelaran “Bapa” digunakan. Ini menunjukkan kepada kita dengan jelas bahawa doa ini adalah untuk orang yang telah diselamatkan dan yang beroleh hayat abadi. Apabila seseorang diselamatkan, dia boleh menggelar Tuhan sebagai Bapa. Hanya mereka yang dilahirkan daripada Tuhan merupakan anak-anak Tuhan, dan hanya merekalah yang boleh menggelar Tuhan sebagai Bapa. Doa ini ditujukan kepada “Bapa kami yang berada di syurga-syurga”. Oleh itu, doa ini diungkapkan di atas kedudukan anak. Dikbang dan dikkak, apabila kita datang ke hadapan Tuan dan menyeru-Nya “Bapa kami yang berada di syurga-syurga”, alangkah manis dan alangkah besarnya pelipuran. Asalnya hanya Tuan Yesus kita yang boleh menggelar Tuhan sebagai Bapa, kini Tuan juga menyuruh kita menggelar Tuhan sebagai Bapa kita. Wahi ini amat besar. Jika bukan kerana Tuhan mengasihi kita dan memberi kita Anak tunggal-Nya, bagaimanakah kita dapat menggelar Tuhan sebagai Bapa kita? Syukur kepada Tuhan, Anak-Nya telah mati dan bangkit untuk kita supaya kita menjadi anak-anak Tuhan dan beroleh kedudukan baharu ini. Mulai sekarang kita dapat berdoa kepada Bapa kita yang berada di syurga-syurga. Alangkah mesra, bebas dan tinggi! Semoga Roh Tuan terus mengajar kita agar kita semakin mengenali Tuhan sebagai Bapa, dan mempercayai Bapa itu pengasih dan bersabar-tahan. Bukan sahaja Dia mendengar doa kita, Dia juga akan menyebabkan kita beroleh kegirangan doa. 

Doa ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama berkenaan hal-hal Tuhan, yakni doa yang mengungkapkan tiga hasrat berkenaan Tuhan (Mat. 6:9-10). Ini merupakan asas. Bahagian kedua berkenaan hal-hal kita sendiri, yakni permohonan kita untuk perlindungan Tuhan (ay. 11-13a). Bahagian ketiga merupakan pengisytiharan kita, yakni pujian kita kepada Tuhan (ay. 13b). Marilah kita melihat bahagian-bahagian ini satu demi satu. 

TIGA HASRAT BERKENAAN TUHAN 

Bahagian pertama menunjukkan tiga hasrat berkenaan Tuhan. 

Hasrat Pertama: “Dikuduskanlah Nama-Mu”

“Dikuduskanlah nama-Mu!” Hari ini Tuhan mempunyai satu harapan, iaitu kita semua berdoa agar nama Tuhan dikuduskan orang. Nama Tuhan dijunjung tinggi dalam kalangan malaikat. Namun di bumi, orang telah menggunakan nama Tuhan dengan sewenang-wenangnya, malahan berhala juga menggunakannya. Sewaktu manusia menggunakan nama Tuhan dengan sia-sia, Tuhan tidak pernah menunjukkan kemurkaan-Nya terhadap manusia dengan mengguruh dari langit. Tuhan menyembunyikan diri-Nya seolah-olah Dia tidak wujud. Orang menggunakan nama-Nya dengan sia-sia, namun Tuhan tidak melakukan apa-apa untuk menanggulangi orang sedemikian. Akan tetapi, Tuhan ingin anak-anak-Nya berdoa, “Dikuduskanlah nama-Mu.” Dikbang dan dikkak, jika kamu mengasihi Tuhan dan mengenali Tuhan, maka keinginan kamu agar orang menguduskan nama Tuhan akan semakin bertambah. Jika ada siapa-siapa yang menggunakan nama Tuhan dengan sia-sia, kamu akan berasa terluka, dan keinginan kamu semakin kuat, dan kamu akan berdoa dengan lebih terdesak: “Dikuduskanlah nama-Mu.” Pada suatu hari nanti, orang akan menguduskan nama ini, dan sesiapa pun tidak berani lagi menggunakan nama-Nya dengan sia-sia. 

“Dikuduskanlah nama-Mu!” Nama Tuhan bukan sekadar gelaran yang kita ucapkan dalam mulut, bahkan suatu wahi besar yang kita peroleh daripada Tuan. Dalam Bible, nama Tuhan digunakan untuk menandakan wahi Tuhan kepada manusia berkenaan diri-Nya, iaitu menunjukkan segala pengetahuan kita berkenaan diri-Nya. Nama Tuhan menerangkan sifat-Nya dan menyatakan kepenuhan-Nya. Hal ini bukan sesuatu yang difahami sukma manusia, tetapi sesuatu yang diwahikan Tuan kepada kita (Yoh. 17:6). Tuan berkata, “Dan Aku telah memberitahukan nama-Mu kepada mereka dan akan memberitahukannya lagi, agar kasih yang dengannya Engkau mengasihi Aku dapat berada dalam mereka, dan Aku dalam mereka” (17:26). Ayat ini memberitahu kita bahawa untuk mengenali nama Tuhan, kita memerlukan Tuan memberitahukannya kepada kita berulang kali. 

“Dikuduskanlah nama-Mu!” Ini bukan sahaja hasrat kita tetapi juga penyembahan kita kepada Bapa. Kita harus memberikan kemuliaan kepada Tuhan. Kita seharusnya memulakan doa kita dengan pujian. Sebelum kita berharap untuk menerima rahmat dan kurnia daripada-Nya, kita harus memberikan kemuliaan kepada Tuhan. Apabila Dia beroleh pujian yang penuh berkenaan diri-Nya, barulah kita beroleh kurnia daripada-Nya. Dikbang dan dikkak, kita harus ingat bahawa butir utama dan matlamat terakhir segala permohonan kita ialah Tuhan beroleh kemuliaan. 

“Dikuduskanlah nama-Mu!” Nama Tuhan dikaitkan dengan kemuliaan Tuhan. Yehezkiel 36 berkata, “Tetapi Aku mengambil berat akan nama kudus-Ku, yang dicemari kaum Israel dalam kalangan bangsa yang ke sana mereka pergi” (ay. 21). Ini bermakna bahawa bani Israel tidak menguduskan nama Tuhan, sehinggakan mereka mencemari nama-Nya dalam kalangan bangsa yang ke sana mereka pergi. Namun Tuhan mengambil berat akan nama kudus-Nya. Tuan kita menuntut kita mempunyai hasrat ini. Dengan kata lain, Dia menghendaki nama-Nya dimuliakan melalui kita. Nama Tuhan harus dikuduskan terlebih dahulu dalam hati kita, barulah hasrat kita ini akan semakin mendalam. Salib harus bekerja secara mendalam pada kita, barulah kita dapat memuliakan nama Tuhan. Jika tidak, hasrat ini tidak dapat diambil kira sebagai hasrat, sebaliknya hanya suatu impian yang kosong. Dikbang dan dikkak, jika demikian halnya, betapa banyaknya kita perlu menerima penanggulangan dan pencantasan. (bersambung...)

“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 1/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 3/6)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)