Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Berberkatlah Orang yang Murni Hatinya (1)
Orang yang paling gembira ialah orang yang paling tidak mementingkan diri
Adakah kamu berjalan di jalan yang sesak?
Berberkatlah Orang yang Murni Hatinya (1)
2020-03-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Matius 5:8 Berberkatlah orang yang murni hatinya kerana mereka akan melihat Tuhan.

Berhati murni ialah tulus dalam tujuan, mempunyai satu matlamat untuk menyempurnakan kehendak Tuhan demi kemuliaan-Nya (1 Kor. 10:31). Ini adalah untuk kingdom syurga-syurga. Roh kita ialah organ yang kita gunakan untuk menerima Kristus (Yoh. 1:12; 3:6), manakala hati kita ialah tapak pertumbuhan Kristus sebagai benih hayat (13:19). Demi kingdom syurga-syurga, kita perlu miskin dalam roh, kosong dalam roh kita, supaya kita dapat menerima Kristus. Kita juga perlu murni dan tulus dalam hati kita supaya Kristus dapat bertumbuh dalam kita tanpa halangan. (Wasiat Baru Versi Pemulihan, Mat. 5:8 nota 1)

Jika kita berhati murni mencari Tuhan, kita akan melihat Tuhan. Melihat Tuhan ialah ganjaran kepada orang yang murni hatinya. Berkat ini adalah untuk hari ini dan untuk zaman yang akan datang. (Wasiat Baru Versi Pemulihan, Mat. 5:8 nota 2)

Setiap aspek [daripada sembilan aspek sifat umat kingdom dalam Matius 5:3-12] bermula dengan kata, “Berberkatlah.”…Perkataan “berberkat” tidak menterjemahkan maksud perkataan Yunani dengan sepenuhnya, kerana perkataan Yunani mengandungi maksud berberkat dan gembira….Namun begitu, kita tidak harus menggunakan perkataan gembira secara semberono. Berberkat dan bergembira di sini bukan perkara yang ringan, tetapi sesuatu yang agak berat. (Life-study of Matthew, mesej 13)

Apakah jenis hati yang membolehkan seseorang itu melihat Tuhan? Orang yang murni hatinya akan melihat Tuhan. Apakah maksudnya berhati murni? Hati yang murni ialah hati yang hanya menghasratkan Tuhan dan hati yang berfokus pada Tuhan. Hati yang murni ialah hati yang bukan untuk apa-apa di alam semesta melainkan untuk Tuhan. Hanya orang yang berhati murni ini yang dapat melihat Tuhan dan cahaya. (The Collected Works of Watchman Nee, set 2, jil. 37, bab 13)

Matius 5:8 berkata, “Berberkatlah orang yang murni hatinya kerana mereka akan melihat Tuhan.” Tuhan ialah matlamat orang yang murni hatinya, dan berhati murni bererti tidak menginginkan apa-apa yang lain daripada Tuhan. Kita harus menginginkan Tuhan sahaja, bukan berkat, untung, damai sejahtera, harta yang banyak, pujian manusia, masa depan yang cerah, kedudukan, atau apa-apa benda yang lain. Jika hati kita murni sebegini, kita akan terpelihara. Akan tetapi, jika hati kita mencari apa-apa yang lain daripada Tuhan, kita akan terpedaya dan sesat. (CWWL, 1966, jil. 3, “The Revelation of Christ and the Reality of the Church,” bab 14)

Disebabkan apa yang [kita] inginkan di dalam ialah Tuhan sendiri, maka apa yang [kita] lihat juga ialah Tuhan sendiri. Oleh yang demikian, penekanan pada hati yang murni bukan hati yang tidak memikirkan perkara jahat atau cemar tetapi hati yang menginginkan Tuhan sahaja, bukan apa-apa yang lain, iaitu hati yang secara tulusnya menginginkan Tuhan sendiri dan hasrat hati-Nya.

Sila ingat bahawa hati yang tidak tulus atau tunggal ialah hati yang tidak sejati. Sering kali hati kita nampaknya ikhlas, namun sebenarnya ia tidak murni kerana masih menghasratkan banyak benda selain Tuhan. Hati kita nampak ikhlas di hadapan manusia, namun ia masih tidak ikhlas di mata Tuhan kerana kita tidak murni dan tidak tunggal di dalam. Untuk menjadi ikhlas, seseorang itu perlulah murni, dan untuk menjadi murni, seseorang itu juga perlu menjadi ikhlas. Akhirnya, kita melihat bahawa kedua-dua butir ini menunjukkan bahawa hati kita haruslah menginginkan Tuhan sahaja. Jika hati kita menghasratkan apa-apa yang lain daripada Tuhan, timbullah masalah dari segi kemurnian hati kita. (CWWL, 1959, jil. 4, “Lessons on Prayer,” bab 10)

Orang yang paling gembira ialah orang yang paling tidak mementingkan diri
Adakah kamu berjalan di jalan yang sesak?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)