Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Gereja Bagaimana Tubuh Kristus Dibina?
Mengenali Mazhab-mazhab (II)
GEREJA—Misteri Tersembunyi dalam Ekonomi Abadi Tuhan
Bagaimana Tubuh Kristus Dibina?
2016-12-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KRISTUS MEMBINA GEREJA, IAITU TUBUH-NYA

Matius 16:18 …di atas batuan ini, Aku akan membina gereja-Ku…

Tuan Yesus berkata secara terang-terang dalam Matius 16:18 bahawa Dia akan membina gereja-Nya di atas batuan ini. Batuan ini merujuk kepada Kristus sendiri dan juga kepada wahi berkenaan Kristus. Oleh itu, gereja dibina di atas Kristus dan di atas wahi berkenaan Kristus. Efesus 1:22-23 mengatakan bahawa gereja ialah Tubuh Kristus. Dengan kata lain, Tuan ingin membina Tubuh-Nya.

Akan tetapi, Tuan Yesus tidak membina gereja secara langsung. Prinsip untuk membina gereja secara praktikal diwahikan terutamanya dalam Efesus 4:8-16.

KRISTUS MEMBERI BERIAN KEPADA TUBUH

Efesus 4:8 Dalam kenaikan-Nya ke puncak tinggi, Dia menawan orang yang telah ditawan dan memberikan berian kepada manusia.

Melalui kudrat penyaliban dan kebangkitan-Nya, Kristus menawan banyak pendosa daripada penguasaan Syaitan, dengan itu menyelamatkan mereka daripada Syaitan dan maut. Kemudian dalam kenaikan-Nya ke syurga, Dia menjadikan pendosa yang sudah diselamatkan itu berian-berian, dan memberikan mereka kepada Tubuh-Nya untuk pembinaan Tubuh. Oleh itu, berian di sini bukan benda atau perkara, tetapi orang yang mempunyai berian khusus. Siapakah berian-berian yang diberikan Kristus ini?

Efesus 4:11 Dia sendiri memberi sesetengah sebagai dutus, sesetengah sebagai penyabda, sesetengah sebagai penginjil, sesetengah sebagai gembala dan pengajar.

Berian-berian ini ialah dutus, penyabda, penginjil, serta gembala dan pengajar. Dutus menerima wahi berkenaan rancangan (ekonomi) Tuhan dalam Wasiat Baru, terutamanya tentang Kristus dan gereja. Mereka juga memberitakan injil dan menyelamatkan pekudus. Selepas itu, dutus akan mendirikan gereja-gereja lokal dan melantik penatua-penatua dalam setiap gereja lokal. Selain itu, dutus juga berupaya mengesahkan doktrin Bible dan menyampaikan kebenaran. Penyabda merupakan orang yang berbicara untuk Tuan, berbicara keluar Tuan, dan membicarakan Tuan ke dalam orang. Penginjil pula mengkhabarkan Kristus dan kekayaan Kristus yang tidak terduga kepada pendosa supaya mereka diselamatkan. Gembala dan pengajar menggembala dan mengajar para percayawan. Keempat-empat jenis berian ini bekerja untuk membina Tubuh Kristus. Akan tetapi mereka juga tidak membina Tubuh secara langsung.

BERIAN-BERIAN MEMBINA GEREJA SECARA TIDAK LANGSUNG

Efesus 4:12 Untuk menyempurnakan para pekudus demi kerja ministri itu, demi pembinaan Tubuh Kristus.

Semua jenis berian yang disebut di atas bekerja untuk menyempurnakan pekudus. Menyempurnakan bermaksud mengambil suatu bahan yang tidak berguna dan menjadikannya berguna. Oleh itu menyempurnakan pekudus bererti melengkapkan pekudus dan membekali mereka dengan fungsi, supaya mereka menjadi wadah yang berguna. Dengan erti kata lain, dutus, penyabda, penginjil serta gembala dan pengajar menyempurnakan semua pekudus yang lain supaya mereka juga dapat melakukan perkara-perkara sama yang dilakukan mereka. Dengan demikian semua anggota dalam Tubuh Kristus dapat berfungsi dengan wajar. Hasilnya, Tubuh Kristus akan dibina!

SEMUA PEKUDUS YANG TELAH DISEMPURNAKAN MEMBINA GEREJA SECARA LANGSUNG

Efesus 4:16 Daripada-Nya seluruh Tubuh, apabila digabungkan bersama dan dikaitkan bersama menerusi setiap sendi yang kaya bekalannya serta menerusi operasi yang ada pada ukuran setiap bahagian, menyebabkan Tubuh bertumbuh sehingga membina dengan sendiri dalam kasih.

Selepas para pekudus disempurnakan oleh berian-berian khusus, mereka dapat berfungsi sebagai anggota Tubuh yang hidup dan aktif. Apabila semua anggota beroperasi menurut ukuran masing-masing, Tubuh Kristus akan bertumbuh sehingga membina dengan sendiri dalam kasih. Dengan demikian, gereja akan dibina secara spontan.

Inilah rumusan yang ringkas tentang bagaimana Tubuh Kristus dibina. Atas sebab ini, semua pekudus harus mempunyai kerelaan untuk disempurnakan, dilatih, dan dilengkapi oleh berian-berian dalam Tubuh, supaya kita semua dapat berbahagian dalam kerja agung membina Tubuh Kristus.

Mengenali Mazhab-mazhab (II)
GEREJA—Misteri Tersembunyi dalam Ekonomi Abadi Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)