Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (314)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (313)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (314)
2021-03-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (314)

Bacaan Bible:

Kol. 3:10   Dan telah memakai manusia baru yang sedang diperbarui sehingga beroleh pengetahuan penuh menurut imej Dia yang menciptanya.

Berdasarkan Kolose 3:10, manusia baru sedang diperbarui “sehingga beroleh pengetahuan penuh”. Sesetengah terjemahan menulis “dalam pengetahuan penuh” dan bukan “sehingga beroleh pengetahuan penuh”. Namun preposisi dalam bahasa Yunani ini seharusnya diterjemahkan sebagai “sehingga”. Terjemahan sebegini menunjukkan bahawa pengetahuan penuh merupakan hasil, kesudahan bagi pembaruan, dan bukan sarana diperbarui. Sebagai contoh, kanak-kanak bertumbuh sehingga beroleh pengetahuan, dan bukan bertumbuh melalui pengetahuan. Semakin kanak-kanak bertumbuh, semakin banyak yang mereka tahu.…Mereka bertumbuh sehingga beroleh pengetahuan, dan pengetahuan bertambah semasa mereka bertumbuh dan berkembang.

Prinsip bertumbuh sehingga beroleh pengetahuan ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan rohani kita. Jika kita mencari hal-hal di bumi dan bukannya hal-hal di atas, kita pasti tidak mempunyai pembaruan manusia baru. Ini bermaksud kita pasti tidak mengalami pertumbuhan manusia baru. Selagi kita mencari hal-hal bumiah, manusia baru susah sekali bertumbuh. Akan tetapi, apabila kita mencari hal-hal di atas, manusia baru bertumbuh dalam kita. Hasil pertumbuhan ini ialah pengetahuan penuh. Dengan itu, manusia baru bertumbuh sehingga beroleh pengetahuan penuh. Beberapa tahun yang lalu, manusia baru dalam kamu tidak banyak bertumbuh. Ini menyebabkan kamu sukar mengetahui hal-hal rohani. Akan tetapi, kini manusia baru telah bertumbuh dalam kamu, kamu lebih mudah memahami hal-hal rohani. Ini menunjukkan pertumbuhan menghasilkan pengetahuan. Atas sebab inilah Paulus mengatakan bahawa manusia baru sedang diperbarui sehingga beroleh pengetahuan penuh.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 3, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (313)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)