Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (311)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (310)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (312)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (311)
2021-03-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (311)

Bacaan Bible:

Kol. 3:4   Apabila Kristus hayat kita termanifestasi, maka kamu juga akan dimanifestasikan bersama dengan-Nya dalam kemuliaan.

Kol. 1:18   Dan Dia ialah Kepala kepada Tubuh, iaitu gereja; Dia ialah permulaan, Yang Pertama-lahir daripada yang mati, supaya Dia sendiri dapat menduduki tempat pertama dalam segala sesuatu.

Dalam Kolose 1:9 — 3:11 kita melihat tujuh aspek utama Kristus: Kristus ialah bahagian para pekudus (1:9-14), Dia ialah yang pertama dalam ciptaan dan dalam kebangkitan (1:15-23), Dia ialah misteri ekonomi Tuhan (1:24-29), Dia ialah misteri Tuhan (2:1-7), Dia ialah jasad segala bayangan (2:8-23), Dia ialah hayat para pekudus (3:1-4), dan Dia ialah konstituen manusia baru (3:5-11). Aspek-aspek Kristus ini dipersembahkan dalam urutan yang menakjubkan. Pertama, kita melihat bahawa Kristus ialah bahagian para pekudus dan akhir sekali, Dia ialah konstituen manusia baru. Ini menunjukkan bahawa hasil muktamad kita menikmati Kristus sebagai bahagian kita ialah kita mengalami Dia sebagai isi kandungan dan konstituen manusia baru.…Kenikmatan terhadap Kristus sebagai bahagian para pekudus menghasilkan pengalaman terhadap Kristus sebagai konstituen manusia baru; pernyataan ini menunjukkan bahawa kenikmatan terhadap Kristus menghasilkan kehidupan gereja.…Kristus ialah bahagian yang serba merangkumi bagi para pekudus; ini ditamsilkan oleh tanah permai. Jika kita menikmati Kristus sebagai bahagian ini, hasilnya ialah manusia baru yang mengambil Kristus sebagai isi kandungannya.…Dalam manusia baru ini Kristus ialah segala dan dalam segala. Oleh itu, memang sangat mustahak untuk kita belajar bagaimana berhidupkan Kristus sebagai konstituen manusia baru.

Di kawasan geografi di antara Rom dan Kolose terdapat berbagai jenis orang. Akan tetapi, di kawasan berdekatan dengan Laut Mediterranean ini, manusia baru telah diwujudkan dan hidup secara praktikal. Walaupun perjalanan tidak sebegitu mudah, tetapi terdapat perhubungan yang agak banyak dalam kalangan gereja di sana. Di sini terdapat satu pengajaran untuk kita. Walaupun kita menikmati segala kemudahan moden dan kaedah pengangkutan, namun perhubungan dalam kalangan gereja hari ini mungkin tidak sebegitu banyak seperti pada zaman Paulus.…Saya tidak pernah menulis sepucuk surat yang mengandungi sebegitu banyak salam peribadi seperti yang ada dalam buku Kolose. Cuba fikirkan berapa banyak nama yang disebut dalam 4:7-17.…Paulus juga menyebut tentang dikbang-dikbang di Laodikia, gereja yang berada di rumah Nimfa, dan gereja orang Laodikia.…Semua nama ini menunjukkan bahawa Paulus mempunyai perasaan, kesedaran terhadap manusia baru.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 3, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (310)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (312)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)