Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (310)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (309)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (311)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (310)
2021-03-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (310)

Bacaan Bible:

Kol.3:10-11   Dan telah memakai manusia baru yang sedang diper¬barui sehingga beroleh pengetahuan penuh menurut imej Dia yang menciptanya; dalamnya, tidak lagi ada orang Yunani dan orang Yahudi, yang bersunat dan yang tidak bersunat, orang gasar, orang Skit, abdi, orang merdeka, tetapi Kristus ialah segala dan dalam segala.

Dalam Kolose 3:15 dan 16 Paulus memesan kita supaya membiarkan damai sejahtera Kristus menimbang tara dalam hati kita dan membenarkan sabda Kristus huni dalam kita dengan kayanya. Jika kita membenarkan damai sejahtera Kristus menimbang tara dalam hati kita, damai sejahtera ini akan menyelesaikan semua pertikaian dalam kalangan kita.…Sebagaimana seseorang pengadil diperlukan untuk menyelesaikan pertikaian dalam suatu perlawanan atau pertandingan, orang Kolose juga memerlukan seorang pengadil, seorang penimbang tara, untuk meredakan semua perbezaan pendapat. Hanya dalam buku Kolose, sebuah buku yang menang-gulangi budaya serta fahaman dan amalannya, Paulus berbicara berkenaan penimbangtaraan damai sejahtera Kristus secara dalaman; ini amat bermakna. Penimbang tara ini meredakan semua pendapat yang berpunca daripada budaya kita.

Apabila damai sejahtera Kristus meredakan pendapat-pendapat kita, sabda Kristus yang huni dalam kita dengan kayanya akan menggantikan semua pendapat. Kita mempunyai sabda Kristus, bukan pendapat kita. Wasiat Baru jelas mewahikan bahawa sabda Kristus ialah Roh itu. Tambahan pula, hari ini Kristus ialah Roh beri-hayat. Kehidupan Kristian kita sama sekali bergantung pada Kristus yang merupakan Roh hidup. Kita tidak memerlukan fahaman, falsafah, amalan, atau pematuhan adat. Kita memerlukan pengalaman terhadap Kristus sebagai Roh beri-hayat. Dikbang tidak perlu cuba mengasihi isteri mereka; dikkak juga tidak perlu cuba tunduk kepada suami mereka. Sebaliknya, kita semua harus menghubungi Kristus dan membenarkan Dia menjadi kasih dan ketundukan kita. Hari ini Kristus sebagai Roh beri-hayat berada dalam roh kita. Kita perlu berkata, “Tuan Yesus, aku bersyukur kerana Engkau di sini. Engkau berada dalam aku sepanjang masa untuk menjadi segala yang aku perlukan.” Jika kita ingin mengamalkan perkara ini, kita memerlukan visi yang jelas berkenaan Kristus sebagai segala-gala bagi kita. Visi sedemikian akan membunuh falsafah, kezahidan, pendapat, dan fahaman kita, bahkan akan menamatkan pengaruh budaya dalam pengalaman kita terhadap Kristus. Dengan itu, kita bukan menjadi orang yang berbudaya; sebaliknya kita menjadi orang yang dikuasai, diduduki, dan ditepui oleh Kristus.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 3, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (309)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (311)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)