Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (309)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (307)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (310)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (309)
2021-03-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (309)

Bacaan Bible:

Kol. 3:11   Dalamnya, tidak lagi ada orang Yunani dan orang Yahudi, yang bersunat dan yang tidak bersunat, orang gasar, orang Skit, abdi, orang merdeka, tetapi Kristus ialah segala dan dalam segala.

Kol. 2:8   Awas, agar tidak ada orang menjarah kamu menerusi falsafah dan penipuan kosongnya, menurut tradisi manusia, menurut elemen-elemen dunia, dan bukan menurut Kristus.

Punca masalah dalam kalangan percayawan di Kolose ialah budaya, iaitu budaya Yahudi dan budaya Yunani. Saya percaya bahawa semua gereja di Asia Kecil telah ditepui dengan budaya Yahudi, terutamanya ditepui dengan pematuhan adat agama, dan dengan budaya Yunani, yang terutamanya berkaitan dengan falsafah. Pada zaman Paulus, budaya di rantau Laut Mediterranean merangkumi tiga elemen utama: agama Yahudi, falsafah Yunani, dan politik Rom. Dua daripada elemen ini — agama Yahudi dan falsafah Yunani — telah mencerobohi gereja.

Syaitan, yang licik itu, masih menggunakan etika dan agama untuk memperdaya orang Kristian daripada menikmati Kristus. Dengan berkata demikian, saya bukan merujuk kepada orang lain, seperti orang yang berada dalam agama Katolik, tetapi khususnya merujuk kepada kita yang berada dalam pemulihan Tuan.

Jika kita mendalami buku Kolose, kita akan melihat bahawa buku ini bukan menanggulangi dosa atau hukum, tetapi budaya manusia. Budaya merupakan kehidupan bawah sedar setiap manusia. Hal ini benar bagi masyarakat primitif dan juga negara maju. Prinsipnya sama di semua tempat. Orang di seluruh dunia berada di bawah pengaruh budaya mereka.…Menurut buku Kolose, apa yang memperdaya kita daripada menikmati Kristus dan merosakkan kehidupan gereja ialah budaya kita.

Buku Kolose menyatakan keperluan kita pada hari ini. Kita terutamanya bukan diganggu oleh perkara berdosa, seperti dalam 1 Korintus, atau oleh hukum, seperti dalam Galatia. Namun, kita semua secara tidak sedar atau secara separa sedar berada di bawah pengaruh budaya. Semasa kita masuk ke dalam kehidupan gereja, kita membawa bersama-sama budaya kita. Kini, budaya ini menjejaskan kenikmatan kita terhadap Kristus. Budaya ialah kaedah sistematik yang kita perkembangkan untuk hidup dan untuk mengekalkan kewujudan kita. Semakin kuatnya budaya kita, semakin kita bersikap kritikal terhadap orang lain. Berdasarkan budaya yang kita ada, kita memperkembangkan kezahidan kita, iaitu amalan kita sendiri untuk menahan pemuasan nafsu tubuh daging. Kezahidan kita ialah kaedah yang kita reka untuk menahan diri dan mengelak daripada melakukan perkara berdosa.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 3, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (307)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (310)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)