Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (306)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (305)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (307)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (306)
2021-02-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (306)

Bacaan Bible:

Kol.1:27   Kepada mereka, Tuhan berhasrat untuk menyingkapkan apa itu kekayaan kemuliaan misteri ini dalam kalangan bangsa Asing, iaitu Kristus dalam kamu, harapan kemuliaan.

Dalam perhimpunan gereja, kita mungkin seronok bernyanyi, “Ya, Kristus hidup, hidup dalam ku.” Namun demikian, apabila perhimpunan bersurai, kitalah yang hidup, bukan Kristus. Kristus tidak hidup dalam kita, sebaliknya diri dalaman kita diduduki oleh diri kita. Akan tetapi, sekiranya kita melihat visi tentang Kristus hidup dalam kita, kita akan menghentikan segala perbuatan kita. Betapa berberkatnya kita tidak melakukan apa-apa tetapi membiar¬kan Kristus hidup dalam kita! Tuan tidak mahu kita cuba memper¬baiki tingkah laku kita. Dia tidak mahu kita cuba menjadi seorang suami atau isteri yang baik. Kehidupan Kristian ialah Kristus hidup dalam kita. Dalam kehidupan sedemikian, kita dan Kristus mempu¬nyai satu hayat dan satu kehidupan. Kristus hidup dalam kehidupan kita. Oh, kita sangat perlu melihat visi ini! Kita perlu berdoa, “Tuan, tunjukkanlah kepadaku visi bahawa Tuhan hanya menginginkan satu persona. Dia mahu Kristus hidup dalamku.” Visi ini secara spontan akan menamatkan segala usaha dan perbuatan kita. Hal ini akan memalingkan kita daripada usaha kita kepada Kristus yang huni secara dalaman.

Kristus turun dari syurga ke bumi, kemudian dalam jangka waktu antara kematian dengan kebangkitan-Nya, Dia turun ke Hades. Dalam kebangkitan, Dia naik dari Hades ke bumi, kemudian dalam kenaikan-Nya ke syurga, Dia naik dari bumi ke syurga-syurga. Sebagai hasil daripada perjalanan universal yang sedemikian, Kristus memenuhi segala sesuatu. Oleh itu, Kristus ialah Dia yang luas tidak terbatas. Sebagai Dia yang luas tidak terbatas ini, Dia ialah hayat kita, dan kita dapat berhidupkan-Nya. Paulus mempersem¬bahkan Kristus yang begitu luas tidak terbatas dalam buku Kolose untuk memberi kita tanggapan yang dalam terhadap hakikat ba¬hawa Kristus ini harus menggantikan budaya kita. Jangan cuba tinggalkan budaya kamu....Hanya berhidupkan Kristus, dan Kristus akan menggantikan budaya kamu dengan diri-Nya.

Kita tidak harus menghargai apa jua fahaman, kerana semua fahaman berkaitan dengan budaya. Kita tidak harus hidup menurut fahaman, sebaliknya kita harus berhidupkan Kristus, yakni Persona hidup, yang merupakan bahagian para pekudus, imej bagi Tuhan yang tidak dapat dilihat, Yang Pertama-lahir dalam ciptaan lama dan juga ciptaan baru, Dia yang dalam-Nya dan untuk-Nya segala sesuatu dicipta, dan Dia yang merupakan hayat kita dalam manu¬sia baru. Kristus yang luas tidak terbatas ini ialah pengganti bagi budaya kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 2, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (305)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (307)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)