Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (305)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (304)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (306)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (305)
2021-02-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (305)

Bacaan Bible:

Kol. 1:15   Anak ialah imej Tuhan yang tidak dapat dilihat, Yang Pertama-lahir dalam segala ciptaan.

Kol. 2:2   …Sehingga beroleh pengetahuan penuh tentang misteri Tuhan, iaitu Kristus.

Kol. 2:10   Dan kamu telah dijadikan penuh dalam-Nya; Dia ialah Kepala kepada semua pemerintah dan penguasa.

Kol. 3:4   Apabila Kristus hayat kita termanifestasi, maka kamu juga akan dimanifestasikan bersama dengan-Nya dalam kemuliaan.

Barangkali kamu tertanya-tanya apa perbezaan antara hidup menurut budaya dengan hidup menurut Kristus. Dalam gereja, terdapat orang yang berasal daripada latar belakang budaya yang berbeza. Menurut budaya mereka, sesetengah pekudus bersikap terbuka, terus terang, dan cepat. Mereka amat sukar menyimpan apa jua rahsia. Namun demikian, mereka kekurangan kesabaran. Sesetengah pekudus pula, dengan latar belakang yang berbeza, ber¬sikap berat mulut dan tersembunyi. Memang sukar untuk sesiapa mengatakan apa yang berlaku dalam mereka atau apa perasaan mereka terhadap sesuatu. Sesetengah orang lagi, yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza, mungkin bermuka selamba sahaja. Kamu tidak dapat mengatakan sama ada orang sedemikian berasa gembira dengan kamu atau tidak senang hati dengan kamu. Biarpun selepas orang daripada budaya yang berlainan ini disela¬matkan dan mula mencari Tuan, mereka masih mengekalkan ciri-ciri budaya mereka, bahkan membawa ciri-ciri budaya ini ke dalam kehidupan gereja. Masalahnya ialah dalam gereja, mereka semua hidup menurut budaya mereka jauh lebih banyak daripada hidup menurut Kristus. Mereka mengasihi Tuan Yesus, tetapi mereka masih hidup melalui budaya mereka. Tidak kira apa latar belakang budaya mereka, mereka tidak memberi Kristus banyak kedudukan dalam mereka. Oleh yang demikian, kehidupan gereja harian diduduki oleh budaya dan bukannya Kristus. 

Memang mustahak bagi kita semua melihat visi berkenaan kealmuhitan Kristus. Kristus harus menjadi segala-gala bagi kita dalam kehidupan harian kita. Kristus yang merupakan ekspresi Tuhan dan misteri ekonomi Tuhan kini hidup dalam kita. Kristus yang menghuni kita secara dalaman bukan Kristus yang kecil dan terbatas. Kristus ialah Dia yang merupakan imej bagi Tuhan yang tidak dapat dilihat, perjasadan kepenuhan Tuhan, dan titik fokus ekonomi Tuhan. Kristus sedemikian kini huni dalam kita dan sedang menunggu peluang untuk menyebarluaskan diri-Nya ke dalam seluruh bahagian diri kita. Kita perlu hidup melalui-Nya setiap waktu. Kita tidak harus memberi sebarang kedudukan dalam kehidupan kita kepada budaya. Sebaliknya, semua ruang dalam diri kita harus diberikan kepada Kristus almuhit yang huni dalam kita untuk menjadi harapan kemuliaan kita. Sekiranya kita melihat visi sedemikian berkenaan Kristus almuhit yang huni secara dalaman, secara spontan kita akan meninggalkan budaya kita. Sebelum itu, Kristus digantikan oleh budaya. Akan tetapi, sebaik sahaja kita me¬lihat visi ini, budaya dalam diri kita akan digantikan oleh Kristus. 

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 2, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (304)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (306)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)