Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (302)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (301)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (303)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (302)
2021-02-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (302)

Bacaan Bible:

Ef. 3:17   Agar Kristus dapat berumah dalam hatimu menerusi iktikad, agar kamu, dengan berakar dan berasas dalam kasih.

Gal. 4:19   Anak-anakku, untukmu, aku sekali lagi menderitai sakit bersalin, hingga Kristus terbentuk dalam kamu.

Hasrat Tuhan ialah mendispenkan Kristus ke dalam kita agar Dia dapat menjadi hayat dan segala-gala bagi kita. Tuhan mahu Kristus menjadi keadilbenaran, kekudusan, kerendahan hati, dan kesabaran kita. Disebabkan Kristus ialah segala-gala, maka kita tidak perlu bertekad untuk melakukan apa-apa atau menjadi apa-apa. Sebaliknya, kita hanya harus berpaling kepada Tuan dan berkata, “Tuan, syukur kepada-Mu. Engkaulah hayatku dan segala-galaku.Engkaulah Tuhan yang benar dan manusia yang benar. Apabila aku memerlukan kasih, Engkaulah kasih. Apabila aku memerlukan kerendahan hati, Engkau, Tuan, ialah kerendahan hati. Segala apa yang aku perlukan, Engkau adalah.”

Kita perlu melihat visi syurgawi bahawa dalam ekonomi-Nya, Tuhan tidak menginginkan apa-apa melainkan Kristus. Kristus adalah ajaib. Sebagai Dia yang merupakan Tuhan dan manusia, Dia telah melalui inkarnasi, kehidupan insani, penyaliban, kebangkitan, kenaikan ke syurga, dan pertabalan. Segala apanya Kristus dan segala apa yang telah diperoleh dan dicapai-Nya telah disebatikan ke dalam Roh yang almuhit. Kini sebagai Roh beri-hayat yang almuhit, Dia hidup dalam kita. Betapa jahilnya kita tidak memberikan semua kedudukan dalam kehidupan kita kepada-Nya! Meskipun kita mengasihi-Nya, kita mungkin masih mengehadkan dan menyekat-Nya dengan berusaha menjadi suami atau isteri Kristian yang baik. Dalam diri kita, kita masih cuba menjadi rendah diri, sabar, baik hati, dan penyayang. Selagi kita berbuat demikian, Kristus sama sekali tidak dapat hidup dalam kita.

Kita harus melupakan perihal berusaha menjadi suami atau isteri yang baik, sebaliknya kita harus hanya memberi perhatian kepada perihal berhidupkan Kristus. Semoga kita mengasihi-Nya, menghubungi-Nya, dan menjadi satu dengan-Nya. Dia amat dekat dan tersedia ada! Dia berada dalam kita dan menjadi satu roh dengan kita, menunggu agar diberi peluang untuk hidup dalam kita. Sekiranya kita ingin memberi Kristus kedudukan untuk hidup dalam kita, kita harus menghentikan segala usaha kita. Kita tidak harus memohon Tuan agar membantu kita dalam usaha kita, sebaliknya kita harus berdoa, “Tuan Yesus, aku tidak dapat melakukan apa-apa terpisah daripada-Mu. Betapa jahilnya aku kerana berusaha dengan begitu keras! Kini, Tuan, aku melihat visi bahawa aku tidak dapat melakukan apa-apa tanpa-Mu. Tuan, aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau huni dalamku. Aku memohon Engkau, Tuan, agar bekerja dalamku. Tuan, aku memuji-Mu kerana Engkaulah hayatku dan Engkau sedang menunggu peluang untuk hidup dalamku. Tuan, aku bersyukur kepada-Mu kerana aku berada dalam-Mu. Kini aku rela memberi Engkau semua kedudukan untuk melakukan segala-gala dan menjadi segala-gala dalamku.” Inilah maksud Kristus hidup dalam kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 2, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (301)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (303)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)