Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (260)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (259)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (261)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (260)
2021-01-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (260)

Bacaan Bible:

Mat. 24:48-50   Tetapi jika abdi yang jahat itu berkata dalam hatinya, Tuan aku lambat datang, dan mula memukul rakan seabdinya serta makan dan minum dengan pemabuk, tuan abdi itu akan datang pada hari yang tidak disangka-sangka dan pada waktu yang tidak diketahuinya. 

Apabila kita menganiayai sesama percayawan dengan mengkritik, menentang, atau memandang rendah terhadapnya, di mata Tuan, ini bererti memukulnya. Kami perlu membicarakan kata-kata yang tegas di sini. Kita mudah terjerumus ke dalam bahaya ini tanpa disedari. Kita mungkin terjerumus ke dalam hal mengkritik dikbang dan dikkak. Kadangkala, kita mungkin menentang atau memandang rendah terhadap pekudus yang tertentu. Malah kita mungkin melawan mereka. Inilah maksud memukul abdi Tuan yang merupakan rakan seabdi kita.

Kita semua harus menjadi orang yang memberi makan kepada umat Tuan pada masa yang wajar (Mat. 24:45) dan menggunakan talenta Tuan dengan sepenuhnya (25:20, 22). Dari aspek negatif, kita tidak harus menjadi orang yang memukul rakan seabdi kita (24:49). Kamu mungkin tidak menjalankan tugas untuk melaksanakan pelayanan kamu. Sebaliknya kamu mengkritik dan kadangkala menentang dikbang-dikbang kamu dengan kuat. Kamu bukan melakukan kerja, tetapi memukul rakan seabdi kamu. Sesetengah dikkak sering sibuk berbual di telefon. Apabila mereka terdengar sesuatu yang baik tentang dikbang, mereka tidak ingin membiarkan orang lain mengetahuinya. Apabila mereka terdengar sesuatu yang buruk tentang dikbang tertentu, terutamanya penatua, mereka sibuk berbual di telefon. Inilah sebabnya banyak penatua dalam gereja-gereja lokal takut melakukan apa-apa kesalahan. Sebaik sahaja mereka melakukan sesuatu yang salah, hampir semua orang mengetahuinya menerusi telefon. Panggilan telefon sedemikian semuanya ialah memukul orang.

Kamu membuang masa pelayanan kamu dengan memukul. Kamu tidak melakukan pelayanan; sebaliknya kamu memukul dikbang, iaitu rakan seabdi. Banyak dikbang yang dapat bersaksi bahawa mereka tidak pernah mendengar bahawa saya memukul orang lain dengan mengkritik atau mendedahkan mereka. Satu-satunya beban saya ialah menyampaikan mesej. Walaupun saya tidak berniat mendedahkan sesiapa, namun banyak orang yang didedahkan oleh cahaya dalam mesej yang saya sampaikan. Itu bukan kerja saya tetapi kerja Tuan. Kita semua perlu menghentikan kritikan, penghakiman, penentangan, dan sungutan yang merupakan sejenis cara memukul. Kita harus menggunakan masa, tenaga, dan segala-gala kita untuk melayan secara positif demi kepentingan Tuan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 4, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (259)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (261)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)