Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (259)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (258)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (260)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (259)
2021-01-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (259)

Bacaan Bible:

Mat. 24:45-46   Jadi, siapakah abdi yang setia dan bijaksana, yang dipertanggungjawabkan oleh tuan atas keluarganya untuk memberi mereka makanan pada masa yang wajar? Berberkatlah abdi itu yang didapati sedang berbuat demikian apabila tuannya datang.

Dengan cara apakah kita harus setia dalam pelayanan? Apakah yang harus kita lakukan? Pertama-tama, Matius 24:45-51…Tuan mengarahkan kita, mengamanahkan kita, agar meministerkan sesuatu kepada keluarga-Nya, iaitu kepada percayawan dalam gereja. 

Menurut ayat 45, apa yang kita ministerkan ialah makanan.…Pada masa yang wajar kita harus meministerkan makanan, bekalan hayat, kepada umat Tuan. Jangan mengatakan bahawa orang lain mempunyai kurniaan mengajar untuk mengajar kamu Sabda Tuhan dan meministerkan makanan rohani kepada kamu, tetapi kamu tidak mempunyai kurniaan sebegitu. Di sini tidak ada pemikiran sedemikian. Semua hamba Tuan menerima kurniaan untuk amanat mereka.

Sesiapa yang menghidangkan makanan mengetahui masa yang wajar. Jika kamu menghidangkan makanan setiap hari, kamu perlu menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam. Membeli secawan kopi dan sebiji donat untuk sarapan pagi merupakan cara yang malas. Jika kita berbuat demikian dalam alam rohani, kita bukan abdi yang baik; kita tidak meministerkan bekalan hayat kepada anggota keluarga tuan pada masa yang wajar. Masa yang wajar pada waktu pagi ialah waktu sarapan. Begitu juga, isteri yang baik akan menyediakan sandwic yang terbaik untuk dibawa suami ke pejabat sebagai makan tengah hari pada masa yang wajar. Pada kebiasaannya, mereka juga menyediakan makan malam yang istimewa untuk keluarga mereka. 

Demikian juga, pada bila-bila sahaja kita berhimpun, inilah masa yang wajar, masa yang ditetapkan untuk kamu meministerkan makanan yang wajar kepada ahli keluarga Tuan.…Jika saya tidak berjerih dengan secukupnya dalam Sabda namun datang berbicara kepada kamu, saya hanya akan meministerkan kepada kamu “secawan kopi dan beberapa biji donat”. Untuk memasak sarapan yang berkhasiat dan sedap memerlukan ketekunan kamu. Menurut konteks ibarat ini, orang yang setia ialah orang yang tekun. Setia di sini bersamaan dengan tekun.…Kita harus tekun menuntut Sabda supaya kita sentiasa bersedia untuk menghidangkan makanan yang sedap apabila kita datang ke perhimpunan. Waktu makan ialah masa yang wajar, dan waktu perhimpunan ialah masa yang wajar.…Waktu perhimpunan ialah masa yang wajar untuk kita semua meministerkan bekalan hayat kepada ahli keluarga Tuhan, kepada rakan percayawan kita, iaitu kepada harta kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 4, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (258)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (260)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)