Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (258)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (257)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (259)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (258)
2021-01-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (258)

Bacaan Bible:

Mat. 16:25    Kerana barang siapa yang ingin menyelamatkan hayat-sukmanya akan kehilangannya; tetapi barang siapa yang kehilangan hayat-sukmanya kerana Aku, akan mendapatnya.

Mat. 25:23    Tuannya berkata kepadanya, Bagus, abdi yang baik dan setia. Kamu setia atas sedikit hal; aku akan mempertanggungjawabkan kamu atas banyak hal. Masuklah ke dalam kegembiraan tuanmu. 

Dalam buku Injil, Tuan banyak kali memberitahu kita bahawa jika pada zaman ini kita kehilangan sukma kita demi Dia dan demi injil, kita akan memperoleh sukma kita ketika Dia kembali pada zaman akan datang (Mat. 16:25; Luk. 9:24; 17:33).…Sebagai manusia, kita mempunyai roh, tetapi kita merupakan sukma. Seorang manusia ialah seorang sukma. Kehilangan sukma kita pada zaman ini bererti menderita demi Tuan dan demi injil. Ketika kita menderita, seluruh diri kita menderita. Ini bermakna bahawa kita kehilangan sukma kita. Orang yang kaya dan senang-lenang hari ini, serta menikmati kehidupan material mereka, sebenarnya memperoleh kenikmatan untuk sukma mereka. Tidak banyak orang Kristian yang sanggup membayar harga untuk mengikut Tuan secara tegas, kerana mereka tidak mahu menderita dalam sukma; mereka mahu menikmati kehidupan mereka hari ini, menghasratkan kereta mewah, rumah besar, dan banyak benda duniawi.

Kehilangan sukma kita pada zaman ini bererti menderita demi Tuan dari aspek manusia. Jika kita mengikut Tuan hari ini, sudah pasti kita akan menderita demi-Nya. Oleh sebab kamu merupakan pengikut Yesus Kristus yang setia dan lurus, guru kamu mungkin tidak memberi kamu markah yang lebih tinggi, dan kamu mungkin tidak akan mendapat kenaikan pangkat. Banyak hal sedemikian adalah berkaitan dengan kehilangan sukma kita.…Kehilangan sukma kita hari ini ialah syarat untuk pemerolehan sukma kita pada zaman akan datang. Memperoleh sukma kita pada zaman akan datang bererti memasuki kegembiraan dan pemerajaan Tuan. Menurut ibarat dalam Matius 25, Tuan berkata kepada hamba yang setia, “Masuklah ke dalam kegembiraan tuanmu” [ay. 23]. Masuk ke dalam kegembiraan Tuan bererti masuk ke dalam pemerajaan-Nya pada kingdom yang akan datang. Zaman ini adalah untuk kita menderita; zaman akan datang adalah untuk kenikmatan kita. 

Pemerolehan sukma bersamaan dengan kesempurnaan, dan kesempurnaan bersamaan dengan pemuliaan. Dimuliakan, disempurnakan, dan memperoleh sukma kita pada zaman akan datang semuanya merujuk kepada satu perkara — ganjaran.…[Ganjaran] ialah matlamat penyelamatan Tuhan.…Matlamat penyelamatan Tuhan ialah menjadikan kita sama seperti Anak sulung-Nya. Roma 8:29 mengatakan bahawa kita telah, “dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak”.…Di sini kita melihat matlamat Tuhan — agar anak-Nya yang banyak, yang merupakan dikbang Kristus yang banyak, dapat dikonform kepada imej Anak sulung-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 3, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (257)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (259)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)