Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (257)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (256)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (258)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (257)
2021-01-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (257)

Bacaan Bible:

Ibr. 10:35   Oleh itu, janganlah buang keberanianmu, yang akan mendatangkan ganjaran besar. 

Ibr. 10:39   Tetapi kita bukan orang yang berundur balik kepada kemusnahan tetapi orang yang beriktikad demi pemerolehan sukma.

Pemerolehan sukma adalah untuk seluruh diri kita menikmati rehat Sabat yang akan datang, iaitu berbahagian dalam kegembiraan dan kemuliaan Kristus dalam kingdom yang akan datang (Ibr. 4:9). Diri kita terdiri daripada tiga bahagian — roh, sukma, dan tubuh (1 Tes. 5:23), dan sukma kita berbeza daripada roh kita. Ketika kita percaya kepada Tuan Yesus dan diselamatkan, roh kita dilahirukan dengan Roh Tuhan (Yoh. 3:6). Namun kita harus menunggu Tuan Yesus kembali agar tubuh kita ditebus, diselamatkan, dan ditransfigur (Roma 8:23-25; Flp. 3:21). Berkenaan penyelamatan atau pemerolehan sukma kita, hal ini bergantung pada bagaimana kita menanggulangi sukma kita semasa mengikut Tuan selepas kita diselamatkan dan dilahirukan. Jika kita kehilangan sukma kita sekarang demi Tuan, maka kita akan menyelamatkannya (Mat. 16:25; Luk. 9:24; 17:33; Yoh. 12:25; 1 Ptr. 1:9), dan sukma kita akan diselamatkan atau diperoleh ketika Tuan kembali (Ibr. 10:37). 

Pemerolehan sukma kita pada zaman akan datang merupakan ganjaran besar (Ibr. 10:35) kepada penderitaan kita kerana mengikut Kristus pada zaman ini. Jika kita mementingkan kenikmatan sukma kita, keseronokan psikologi, dan tidak mengikut Kristus dengan setia pada hari ini, kita akan menderitai disiplin Tuan dalam sukma kita pada zaman akan datang. Jika kita sanggup kehilangan kenikmatan sukma kita demi Tuan hari ini, kita akan memperoleh kenikmatan penuh terhadap Tuan untuk seluruh diri kita, terutamanya untuk sukma kita, pada zaman akan datang. Itu merupakan ganjaran kepada penderitaan kita hari ini.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 3, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (256)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (258)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)