Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (256)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (255)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (257)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (256)
2021-01-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (256)

Bacaan Bible:

1 Ptr. 1:7-9   Agar pengujilulusan iktikadmu,…meskipun diuji dengan api, boleh didapati membawa kepada pujian dan kemuliaan dan kehormatan sewaktu penampakan Yesus Kristus; meskipun kamu tidak pernah melihat-Nya, namun kamu mengasihi-Nya; meskipun kamu tidak dapat melihat-Nya pada masa sekarang, namun kerana percaya ke dalam-Nya, kamu bersorak riang dengan keriangan yang tidak terkata dan penuh kemuliaan. Menerima kesudahan iktikadmu, iaitu penyelamatan sukmamu.

Satu Petrus 1:7 memberi sebab kita diletakkan dalam cubaan [ay. 6]. Kita diletakkan dalam cubaan kerana iktikad kita perlu diuji, diujiluluskan. Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai “pengujilulusan” bermakna menguji supaya lulus. Ini bukanlah iktikad itu sendiri, tetapi pengujilulusan atau pengujian iktikad supaya boleh didapati membawa kepada pujian. Ini sama seperti peperiksaan pembelajaran seorang pelajar di sekolah: Apa yang didapati teruji lulus ialah peperiksaan, bukan pembelajaran pelajar itu sendiri. Sudah tentu pengujilulusan iktikad itu berasal daripada iktikad yang wajar. Penekanan di sini bukanlah pada iktikad kita, tetapi pada pengujilulusan iktikad kita melalui cubaan yang datang menerusi penderitaan.

Satu Petrus 1:9 ialah kelanjutan langsung bagi ayat 7. Pengujilulusan iktikad kita yang didapati membawa kepada pujian, kemuliaan, dan kehormatan, membolehkan kita menerima kesudahan iktikad kita, iaitu penyelamatan sukma kita. Penyelamatan dalam ayat 9 ialah penyelamatan penuh yang terdiri daripada tiga peringkat — peringkat permulaan, peringkat kemajuan, dan peringkat penyempurnaan. Kita terdiri daripada tiga bahagian: roh, sukma, dan tubuh. Roh kita diselamatkan menerusi kelahiruan (Yoh. 3:5-6). Tubuh kita akan diselamatkan, ditebus, menerusi transfigurasi yang akan datang (Roma 8:23; Flp. 3:21). Sukma kita akan diselamatkan daripada penderitaan agar kita dapat menikmati Tuan dengan sepenuhnya sewaktu penampakan-Nya, iaitu kedatangan-Nya kembali. Lantaran itu, kita harus menyangkal sukma kita, iaitu hayat sukmawi kita berserta segala keseronokannya pada zaman ini supaya kita dapat memperoleh sukma dalam kenikmatan terhadap Tuan pada zaman akan datang (Mat. 10:37-39; 16:24-27; Luk. 17:30-33; Yoh. 12:25). Sewaktu penampakan Tuan, menerusi tempat penghakiman-Nya sesetengah percayawan akan masuk ke dalam kegembiraan Tuan (Mat. 25:21, 23; 24:45-46), dan sesetengah pula akan menderita dalam tangisan dan kertakan gigi (Mat. 25:30; 24:51). Masuk ke dalam kegembiraan Tuan ialah penyelamatan sukma kita (Ibr. 10:39).

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 3, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (255)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (257)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)