Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (233)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (232)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (234)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (233)
2020-12-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (233)

Bacaan Bible:

Ibr. 9:22   Hampir semua benda disucikan dengan darah menurut hukum, dan tanpa penumpahan darah, tidak ada pengampunan.

Mat. 26:28   Kerana inilah darah-Ku, darah waadah, yang ditumpahkan untuk banyak orang demi pengampunan dosa-dosa.

Bani Israel memerlukan pengampunan dan…Tuhan bersedia untuk mengampuni mereka. Jika Tuhan tidak sudi mengampuni umat-Nya, Dia boleh mengetepikan korban-korban dan membunuh seluruh umat itu. Namun, darah ditumpahkan sebagai tuntutan yang diperlukan untuk mengampunkan dosa-dosa.

Darah untuk pengampunan dosa-dosa membawa pihak berdosa yang diwaadkan itu, iaitu bani Israel, ke dalam hal-hal yang lebih baik. Kita mengetahui perkara ini melalui hakikat bahawa Tuhan datang untuk mendirikan satu lagi waadah dengan umat-Nya selepas mereka gagal mematuhi hukum.

Imamat 16:11-16…menunjukkan bahawa darah yang ditumpahkan di atas mazbah membolehkan hentar agung masuk ke dalam Tempat Maha Kudus…untuk tinggal dalam hadirat Tuhan dan menerima infusi kemuliaan shekinah-Nya. Inilah maksud menikmati Tuhan berasaskan darah yang ditumpahkan di atas mazbah dan dibawa masuk ke dalam Tempat Maha Kudus.

Ibrani 9:14…[menunjukkan bahawa] darah Kristus membolehkan kita melayan Tuhan yang hidup. Bagaimanakah kita dapat melayan Tuhan jika kita masih mati?…Puji-Nya kerana menerusi darah penebusan, kita beroleh hayat dan telah dibawa masuk ke dalam hadirat-Nya untuk melayan-Nya!

Darah Kristus bukan sahaja ialah darah yang membersihkan, darah yang membasuh kita daripada dosa-dosa kita. Darah Kristus ialah darah waadah yang membawa kita ke dalam Tuhan, ke dalam hayat dan sifat divin, ke dalam hukum hayat dalaman dan keupayaan hayat untuk mengenali Tuhan, dan ke dalam infusi, transfusi, dan kenikmatan terhadap Tuhan pada masa sekarang dan dalam keabadian. Inilah fungsi darah waadah.

Darah waadah terutamanya bukan untuk pengampunan tetapi terutamanya untuk Tuhan menjadi bahagian kita. Tuhan telah menetapkan dan mempratakdirkan kita untuk menikmati-Nya. Kenikmatan ini juga telah diwaadkan kepada kita. Waadah ini digubal dengan apa? Waadah ini digubal dengan darah Yesus Kristus, darah yang membawa kita ke dalam segala berkat divin [Mat. 26:28]. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 12, Hari 3.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (232)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (234)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)