Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (221)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (220)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (222)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (221)
2020-12-05 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (221)

Bacaan Bible:

Yer. 30:17   Kerana Aku akan membawa pemulihan kepadamu dan akan menyembuhkan lukamu, isytihar Yehova; disebabkan mereka telah memanggil engkau orang yang dibuang, dengan berkata, Dia Zion, yang tidak dihiraukan orang.

Yer. 33:16   Pada hari-hari itu, Yehuda akan diselamatkan, dan Yerusalem akan tinggal dengan aman; inilah nama yang akan dipanggil orang terhadapnya: Yehova keadilbenaran kita.

Perkataan pemulihan bermaksud memperoleh semula sesuatu yang telah hilang, atau mengembalikan sesuatu kepada keadaan normal. Pemulihan bererti restorasi atau kembali kepada keadaan normal selepas berlakunya kerosakan atau kehilangan. Apabila kita berbicara tentang pemulihan gereja, kita bermaksud bahawa pada asalnya gereja mempunyai suatu keadaan, namun keadaan ini telah hilang atau dirosakkan, dan sekarang ia perlu dibawa kembali kepada keadaan asalnya. Oleh sebab gereja telah jatuh selepas melalui sejarah berabad-abad lamanya, maka gereja perlu dipulihkan menurut hasrat asal Tuhan. Berkenaan gereja, visi kita harus dikawal oleh hasrat asal dan standard Tuhan seperti yang diwahikan dalam Bible, dan bukan dikawal oleh situasi sekarang atau amalan tradisional.

Pemulihan gereja ditamsilkan oleh perkembalian bani Israel dari penawanan mereka (Ezra 1:3-11).…Seluruh sejarah bangsa Israel merupakan satu tamsil penuh, tamsil yang menyeluruh, tentang gereja. Bangsa Israel bermula dengan keluaran.…Akhirnya, umat Israel menyeberangi Sungai Yordan dan masuk ke tanah Kanaan, iaitu tanah permai. Selepas menakluki orang di situ dan memperoleh tanah itu, mereka membina bait.…Akan tetapi,…khususnya disebabkan kegagalan Salomo, bait itu dibinasakan, dan bani Israel ditawan ke Babylon.

Dari aspek rohani, disebabkan kejatuhan, gereja berada dalam penawanan. Umat Tuhan telah berpecah belah, terselerak, dan dibawa pergi dari tapak kesatuan yang wajar ke tapak yang salah.…Dalam erti kata yang sebenar, percayawan hari ini lebih berselerak daripada bani Israel. Oleh itu, kita perlu dipulihkan. Kita bukan sahaja memerlukan kepulihbangkitan tetapi juga memerlukan pemulihan.

Babylon hari ini bukan sahaja menawan umat Tuhan tetapi juga merampas segala kekayaan dari bait Tuhan. Wadah-wadah, yang menandakan kekayaan Kristus, telah ditawan. Inilah sebabnya dalam Agama Roman Katolik dan dalam denominasi Protestan, jarang-jarang ada orang yang berbicara tentang kekayaan Kristus yang tidak terduga (Ef. 3:8). Percayawan tidak digalakkan untuk makan Kristus, minum Kristus, menjamu Kristus, menikmati Kristus hingga penuh. Sebab kekurangan atau tidak ada kenikmatan terhadap kekayaan Kristus ialah semua wadah di dalam bait telah ditawan oleh Babylon Besar. Kini Tuan ingin memulihkan pengalaman terhadap kekayaan Kristus. Dia bukan sahaja ingin memanggil umat-Nya yang setia itu keluar dari Babylon dan kembali ke kehidupan gereja yang wajar, bahkan Dia ingin memulihkan dan membawa kembali pelbagai aspek Kristus yang telah hilang.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 10, Hari 5.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (220)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (222)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
R. Ho pada 2020-12-05
Kini Tuan ingin memulihkan pengalaman terhadap kekayaan Kristus, Dia ingin memulihkan dan membawa kembali pelbagai aspek Kristus yang telah hilang! Puji Tuan!