Bacaan Harian untuk Para Pekudus (220)
Bacaan Bible:
Yer. 23:3-4 Maka Aku akan mengumpulkan saki-baki kawanan domba-Ku dari semua negeri yang ke sana Aku mengusir mereka, dan Aku akan membawa mereka kembali ke padang rumput mereka; mereka akan berkembang subur dan berlipat ganda. Dan atas mereka Aku akan membangkitkan gembala-gembala yang akan menggembala mereka, dan mereka tidak akan lagi takut atau gentar, dan juga tidak akan ada yang hilang, isytihar Yehova.
Walaupun Tuan telah menyempurnakan banyak perkara berhubung dengan Israel untuk mempersiapkan Israel bagi perkembalian-Nya, Dia juga perlu mempersiapkan gereja untuk menjadi pengantin perempuan-Nya.…Saya percaya bahawa Tuan tidak mungkin mempersiapkan pengantin perempuan-Nya dalam Kristianiti hari ini dalam sistem keagamaan berserta semua tradisi, ritual, dan bentuknya. Saya juga meragui bahawa mereka yang terperangkap dalam Kristianiti berupaya melakukan apa-apa untuk mempersiapkan pengantin perempuan yang akan membawa Tuan kita kembali.
Kedatangan pertama Tuan bergantung pada perkembalian umat Tuhan daripada penawanan di Babylon ke Tanah Kudus. Menurut Mikha 5:2, Kristus akan dilahirkan di Betlehem yang berdekatan dengan Yerusalem. Oleh itu, demi penggenapan nubuat ini, umat Tuhan perlu berada di Tanah Kudus untuk membolehkan Kristus datang buat kali pertama. Jika umat Tuhan tidak berada di Tanah Kudus, Kristus tidak ada jalan untuk datang ke bumi menerusi inkarnasi.
Selepas tujuh puluh tahun penawanan di Babylon, Tuhan mengarahkan umat-Nya kembali ke Tanah Kudus. Kebanyakan umat kekal berada di Asyur, Mesir, dan Babylon, tetapi sekumpulan saki-baki umat telah kembali ke Tanah Kudus. Tuan Yesus dilahirkan daripada saki-baki tawanan yang kembali ini. Jika saki-baki umat ini tidak kembali ke Tanah Kudus, Tuan tidak mungkin datang buat kali pertama.
Begitu juga, kedatangan kedua Kristus bergantung pada perkembalian saki-baki percayawan Wasiat Baru-Nya daripada penawanan mereka dalam Babylon agamawi, yakni Kristianiti yang jatuh (Wahi 17), ke tapak kesatuan yang wajar bagi memulihkan pembinaan gereja, rumah rohani Tuhan (1 Tim. 3:15; 1 Ptr. 2:5). Kita harus bertanya kepada diri kita di mana kita berada. Adakah kita masih berada dalam penawanan di Babylon, ataupun kita berada dalam kalangan orang yang telah kembali ke Yerusalem, yakni tapak kesatuan yang unik?
Cara Tuan...[ialah] memanggil saki-baki umat-Nya menjadi pejayeng yang rela membayar harga untuk mengikut-Nya bagi menggenapkan tujuan-Nya serta dibina menjadi sebahagian daripada Tubuh-Nya dan dipersiapkan menjadi pengantin perempuan-Nya demi kedatangan-Nya.
**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 10, Hari 4.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.