Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (191)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (190)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (192)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (191)
2020-11-05 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (191)

Bacaan Bible:

Yer. 2:13   Kerana umat-Ku telah melakukan dua kejahatan: Mereka telah meninggalkan Aku, sumber air hidup, untuk memahat bagi diri mereka takungan, takungan pecah yang tidak dapat menakung air.

Kej. 2:8-9   …Di situ diletakkan-Nya manusia.…Dan dari tanah, Yehova Tuhan mempertumbuhkan setiap pohon yang menarik dipandang dan baik untuk dimakan, dan juga pohon hayat di tengah-tengah taman itu…

Prinsip dalam Bible ialah: Tuhan tidak mahu umat pilihan-Nya menerima apa-apa yang lain selain diri-Nya sebagai sumber mereka. Setelah Tuhan mencipta manusia, Dia menempatkan manusia di hadapan pohon hayat yang menandakan Tuhan sebagai hayat. Dengan berbuat demikian, Tuhan menunjukkan bahawa Dia menghendaki manusia berbahagian dalam pohon hayat, bukan berbahagian dalam apa-apa yang lain. Berbahagian dalam pohon hayat bererti menerima Tuhan sebagai satu-satunya sumber kita, sebagai sumber segala-gala kita.

Dosa bererti meninggalkan Tuhan dan melakukan sesuatu melalui diri kita dan untuk diri kita. Inilah prinsip seluruh Bible, dan Yeremia mengulangi prinsip ini berkali-kali agar kita mempunyai tanggapan yang mendalam....Sebagai contoh, pertimbangkan situasi Gedalya. Walaupun dia setia dalam hal menjaga Yeremia, penyabda Tuhan (40:5-6), namun dia tidak menuntut sabda Tuan (ay. 13-14), kerana ini bukan tabiatnya. Dia tidak mengambil Tuhan sebagai sumbernya untuk bersatu dengan-Nya dan tidak menerima segala apa yang keluar daripada-Nya. Jika dia seorang yang bersatu dengan Tuhan, perkara pertama yang seharusnya dilakukannya ialah menerima sabda Tuhan.

Prinsip pohon hayat ialah kebergantungan...Jika kamu mempunyai Tuhan yang hidup sebagai rakan pemandu kamu,…Dia akan menjadi peta kamu yang hidup dan bimbingan kamu yang hidup. Malah, kamu akan berhenti menjadi pemandu dan membiarkan Dia memandu. Kamu boleh duduk di sisi Dia dan menikmati pemanduan-Nya dengan berkata, “…Tuan, Engkau memandu bagi aku.”

Kita boleh menerapkan prinsip ini pada ajaran berkenaan perkahwinan dalam Efesus 5. Semua isteri orang Kristian mengetahui ayat dalam Efesus 5 yang memberitahu mereka supaya tunduk kepada suami mereka sendiri. Semua suami orang Kristian mengetahui ayat yang memberitahu mereka supaya mengasihi isteri mereka. Walau bagaimanapun, isteri dan suami gagal memenuhi tuntutan ayat-ayat ini kerana mereka mengambil Efesus 5 sebagai pohon pengetahuan, bukan sebagai pohon hayat. Suami dan isteri sekalian, kamu tidak harus hidup menurut pohon pengetahuan. Kamu harus hidup melalui pohon hayat. Isteri harus berkata, “Tuan, aku tidak tahu bagaimana tunduk kepada suami aku. Tuan, biarpun aku tahu, aku tidak dapat melakukannya. Tuan, biarkan sahaja. Aku tidak akan menggunakan usaha atau kekuatan aku untuk memenuhi tuntutan ini. Tuan Yesus, aku hanya tinggal dalam hadirat-Mu. Aku mahu tinggal dalam-Mu dan menikmati-Mu dua puluh empat jam sehari.” Jika kamu berbuat demikian, ketundukan akan mengalir keluar dari diri dalaman kamu secara spontan. Inilah kelimpahan daripada kenikmatan kamu terhadap Kristus sebagai hayat dalaman kamu. Inilah kebergantungan kepada pohon hayat. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 6, Hari 3.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (190)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (192)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Esmonde pada 2020-11-05
Amen. Semoga menuntut sabda Tuan menjadi tabiat kita.