Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (178)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (177)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (179)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (178)
2020-10-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 15:16   Sabda-Mu ditemukan dan aku memakannya; dan bagiku sabda-Mu menjadi kegirangan dan keriangan hatiku…

Yoh. 15:11   Hal-hal ini telah Kubicarakan kepada kamu agar keriangan-Ku dapat berada dalam kamu dan keriang­anmu pula dapat dijadikan penuh. 

1 Ptr. 1:8   Meskipun kamu tidak pernah melihat-Nya, namun kamu mengasihi-Nya; meskipun kamu tidak dapat melihat-Nya pada masa sekarang, namun kerana percaya ke dalam-Nya, kamu bersorak riang dengan keriangan yang tidak terkata dan penuh kemuliaan.

Apabila Yeremia menemui sabda Tuhan, dia bukan sahaja mendengarnya, tetapi dia memakannya sebagai makanan [bd. Yer. 15:16]. Selepas dia memakan sabda Tuhan, dia serta-merta dibekali dari dalaman dan berasa girang dan riang. 

Apabila kita makan sabda Tuan, kita disegarkan dari segi rohani. 

Tidak ada satu buku di dunia yang mempunyai keupayaan untuk membekalkan hayat. Hanya Bible mempunyai keupayaan ini kerana sabda dalam Bible menyalurkan Roh itu, dan Tuhan terjasad dalam sabda. Banyak percayawan telah dibekali sabda Tuhan. Sabda Tuhan bukan sahaja mempunyai keupayaan untuk membekali manusia malah dapat mengubah manusia dengan sepenuhnya. Sebagaimana makanan yang kita makan itu menopang hayat kita, menjadikan kita sihat, dan mengubah konstitusi kita, begitu juga sabda bukan sahaja menggirangkan dan memuaskan kita malah mentransform kita menjadi imej Tuan secara beransur-ansur.

Doa dikkak yang memohon kesabaran adalah salah kerana kesabaran ialah subjek doanya. Semua doa yang sejati mempunyai Tuhan sebagai subjek. Kita tidak perlu mengambil berat tentang kesabaran. Kita hanya perlu meluangkan masa setiap hari untuk menghubungi Tuhan dan bersekutu dengan-Nya. Semakin kita menikmati-Nya, semakin kita akan dipenuhi-Nya.…Setiap situasi akan menghasilkan keriangan kerana Tuhan keriangan memenuhi hati kita. Kita dapat bersabar-tahan atas segala-gala dengan riang, dan tidak ada apa-apa akan mengganggu atau menjengkelkan kita. Secara dalaman, kita akan disirami dan dipenuhi keriangan.…Kesabaran datang daripada Tuhan yang kita nikmati. Apabila kita menyerap-Nya dan menikmati-Nya, Dia menjadi kesabaran kita, hayat kita, dan konstituen dalaman kita. Kita akan disirami, dipuaskan, dan digalakkan secara dalaman.…Inilah keajaiban kehidupan orang Kristian. 

Roma 14:17 berkata, “Kingdom Tuhan bukanlah makan dan minum tetapi keadilbenaran, kedamaian, dan keriangan dalam Roh Kudus.” Ayat ini menunjukkan bahawa Roh itu berkaitan dengan keriangan. Apabila kita berada dalam Roh itu, kita berasa riang, begitu riang sehinggakan kita dapat bersorak memuji Tuan. Ada masanya kita mungkin girang sehingga kita lupa diri, dan pujian mengalir keluar secara spontan dari dalam kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 4, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (177)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (179)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)