Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (177)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (176)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (178)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (177)
2020-10-22 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yoh. 6:48-51   Akulah roti hayat.…Inilah roti yang turun dari syurga, supaya sesiapa pun dapat makan daripadanya dan tidak mati. Akulah roti hidup yang turun dari syurga; jika sesiapa makan daripada roti ini, dia akan hidup buat selama-lamanya, dan roti yang akan Kuberi ini ialah daging-Ku yang diberi untuk hayat dunia.

Penghadaman yang terbaik berlaku apabila makanan yang masuk ke dalam perut kita ada laluan bebas untuk masuk ke dalam seluruh sistem kita. Ini memberi kita pengkhasiatan yang terbaik. Sebaliknya, jika makanan tidak ada laluan bebas dalam kita akibat tersumbat, kita akan menghadapi masalah ketakhadaman. 

Doa-baca memang menakjubkan, namun kita juga perlu berdoa, “Tuan, bersihkan jalan dalam aku. O Tuan, dapatkan laluan yang bebas dalamku.” Doa-baca bukan membantu kita memperoleh pengetahuan semata-mata; sebaliknya, doa-baca membawa banyak hal-hal Tuan ke dalam kita. Oleh itu, kita perlu memberi hal-hal Tuan laluan bebas dalam kita. Ini memberi kita penghadaman rohani yang terbaik, mengasimilasikan apa yang telah kita doa-baca. Jangan sekali-kali berkata tidak kepada Tuan; belajarlah berkata Amen selalu. 

Tidak kira sama ada kita memahami apa yang kita doa-bacakan atau tidak, doa-baca selalu membawa sesuatu kepunyaan Tuan ke dalam kita. Apabila hal-hal ini masuk ke dalam kita, hal-hal ini memerlukan laluan yang bebas. Oleh itu, kita harus sentiasa berkata Amen. Tuan, Sabda, dan Roh itu adalah satu. Tuan ialah Sabda, Sabda ialah Roh itu, dan Roh itu ialah Tuan. Apabila kita memperoleh Sabda itu masuk ke dalam kita, kita mempunyai Roh itu dan kita mempunyai Tuan.…Jika kita mendoa-baca selama sepuluh minit, kita mungkin tidak begitu memahaminya, tetapi kita dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang berada dalam kita. Kita boleh mengatakan bahawa itu ialah Sabda, kita boleh mengatakan bahawa itu ialah Roh itu, atau kita boleh mengatakan bahawa itu ialah Tuan. Tidak kira apa jua istilah yang kita gunakan, memang ada sesuatu yang bergerak dalam kita dan membetulkan kita. 

Selepas mendoa-baca, kita mungkin ingin pergi memancing, tetapi sesuatu dalam kita menunjukkan bahawa kita tidak harus pergi. Adakah perasaan itu Sabda, Roh itu, atau Tuan? Hal ini sukar untuk dikatakan. Bahkan perasaan itu bukan “suara yang lembut dan halus” (1 Raj. 19:12). Dalam Kristianiti, banyak orang suka berbicara tentang suara yang lembut dan halus, tetapi itu sesuatu kepunyaan Wasiat Lama. Apa yang ada dalam kita bukan suara atau kata yang jelas seperti “jangan” atau “ya”. Dalam kita terdapat perasaan yang menyatakan bahawa kita tidak harus pergi. Apakah yang harus kita lakukan pada masa itu? Kita harus berkata, “Amen, Tuan. Amen.”    

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 4, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (176)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (178)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
db jhon pada 2020-10-22
puji Tuan,memang betul kita perlu berdoa kpda Tuan agar ketika kita mendoa baca sbda,laluan atau jalan Tuan dlm kita boprasi dngan baik.oh..Tuan Amen,Amen,Amen..dngn ucapan Amen kepada Tuan,Tuan akan memberi kita jwapan.