Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (175)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (174)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (176)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (175)
2020-10-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Mat. 4:4   Tetapi Yesus menjawab dan berkata, Ada tertulis, “Manusia hidup bukan bergantung pada roti sahaja, tetapi pada setiap sabda yang keluar daripada mulut Tuhan.”

Yoh. 6:63   Roh itulah yang memberi hayat; daging tidak bermanfaat apa-apa; kata-kata yang Aku bicarakan kepadamu ialah roh dan ialah hayat.

Sabda Tuhan sebenarnya terdiri daripada tiga elemen — Kristus, kematian-Nya, dan kebangkitan-Nya. Ramuan asas Bible bukanlah cerita atau doktrin tetapi Kristus, kematian-Nya, dan kebangkitan-Nya. Semasa membaca Bible, jika kita hanya melihat cerita atau doktrin dan bukannya Kristus, kematian-Nya, dan kebangkitan-Nya, maka pembacaan Bible kita adalah sia-sia. Tidak kira apa jua bab atau ayat yang kita baca, kita harus sentiasa menerima dan menikmati tiga ramuan asas — Kristus, kematian-Nya yang serba merangkumi, dan kebangkitan-Nya.

Beberapa ayat pertama dalam Injil Yohanes tidak menyebut tentang kematian atau kebangkitan Kristus, tetapi jika kita makan kata-kata sihat dengan mendoa-baca ayat-ayat ini, hasilnya kuman-kuman dalam kita akan dibunuh, dan kelemahan dalam kita akan ditelan. Inilah pembunuhan yang terhasil daripada elemen kematian Kristus yang membunuh, yang ada dalam sabda. Apabila kita terus mendoa-baca, kita akan dibekali hayat dengan sabda yang sama, yang juga mengandungi elemen kebangkitan Kristus yang mengkhasiati. Inilah kehidupan orang Kristian — kehidupan yang menerima pembunuhan dan pengkhasiatan daripada Tuhan kita menerusi Sabda. 

Pembacaan Bible yang wajar selalu mentransmisikan elemen yang membunuh ke dalam kita. Jika kita tidak menerima apa-apa pembunuhan ketika membaca Bible, pembacaan kita adalah sia-sia. Begitu juga, pemakanan fizikal kita membolehkan tubuh kita membunuh kuman-kuman yang ada dalam kita. Jika kita tidak makan dengan wajar setiap hari, dengan cepat kita akan jatuh sakit disebabkan pelbagai kuman. Asalkan kita makan dengan betul dan pada masa yang tetap, kita tidak perlu mengambil antibiotik. Menerusi pemakanan, kita akan ada elemen yang membunuh secara semula jadi. Menurut prinsip yang sama, setiap kali kita membaca Sabda, kita menerima elemen yang membunuh. Sebenarnya, bukan kita sendiri yang dibunuh tetapi hal-hal negatif dalam kita, seperti hayat alamiah dan tubuh daging kita yang dibunuh.  

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 4, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (174)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (176)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)