Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (168)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (167)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (169)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (168)
2020-10-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 2:13   Kerana umat-Ku telah melakukan dua kejahatan: Mereka telah meninggalkan Aku, sumber air hidup, untuk memahat bagi diri mereka takungan, takungan pecah yang tidak dapat menakung air.

Kel. 17:6   Aku akan berdiri di hadapanmu di situ, di atas batuan di Horeb, dan engkau harus memukul batuan itu, dan air akan keluar darinya supaya umat itu dapat minum. Maka Musa berbuat demikian…

Seluruh Bible, termasuk buku Yeremia, ditulis untuk ekonomi Tuhan. Beban saya dalam kajian-hayat Yeremia ini ialah kamu akan melihat apa yang ditunjukkan oleh Tuan kepada saya daripada Sabda berkenaan ekonomi Tuhan. Jika kamu melihat visi ini, kehidupan kamu akan dipengaruhi, dan pemulihan Tuan akan diperkaya.

Dalam Yeremia 2:13, Tuhan bersabda kepada Israel, umat pilihan Yehova, berkenaan dua kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka.

Hasrat Tuhan dalam ekonomi-Nya ialah menjadi sumber, punca air hidup untuk memuaskan umat pilihan-Nya demi kenikmatan mereka.

Air yang mengalir keluar dari batuan yang dipukul itu mentamsilkan Roh itu (Yoh. 7:37-39). Menerusi inkarnasi, Kristus datang ke bumi sebagai batuan. Di atas salib, Dia dipukul oleh kuasa hukum Tuhan yang adilbenar untuk menyempurnakan penebusan Tuhan. Rusuk-Nya ditikam, dan air hidup mengalir keluar untuk diminum oleh umat Tuhan (Yoh. 19:34 dan nota kaki). Air hidup ini ialah air hayat dalam kebangkitan, iaitu Roh beri-hayat yang almuhit sebagai hasil muktamad bagi Tuhan Tritunggal (1 Kor. 15:45; lihat nota kaki 1 dalam Yoh. 7:39). Sumber bagi air hayat ialah takhta Tuhan dan Anak Domba — Tuhan yang menebus (Wahi 22:1). Oleh itu, air hayat ialah Tuhan Tritunggal yang mengalir keluar menjadi hayat kita. Pengaliran air hidup bermula dari takhta dalam keabadian, berterusan menerusi inkarnasi, kehidupan insani, dan penyaliban Kristus (Yoh. 4:10, 14; 19:34), dan sekarang terus mengalir dalam kebangkitan untuk membekali umat Tuhan dengan segala kekayaan hayat divin (Wahi 22:1-2). Apabila kita menyepadukan diri dengan Kristus yang dipukul, hayat divin sebagai air hidup akan mengalir keluar daripada kita (Yoh. 7:38). Pengaliran air hayat dalam kebangkitan adalah untuk membina Tubuh Kristus (1 Kor. 12:13) dan mempersiapkan pengantin Kristus (Wahi 19:7); kedua-duanya akan berkonsumasi dalam Yerusalem Baru (Wahi 21:9-10; bd. Ef. 5:23, 28-30).

Untuk minum air hayat, pertama sekali kita perlu diletakkan pada kedudukan untuk minum (1 Kor. 12:13), dan kita juga perlu berasa haus (Yoh. 7:37; Wahi 21:6). Kemudian kita perlu datang kepada Tuan (Yoh. 7:37; Wahi 22:17), meminta daripada Tuan (Yoh. 4:10), percaya kepada Tuan (Yoh. 7:38), dan menyeru nama Tuan (Yes. 12:3-4; Kis. 2:21).

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 3, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (167)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (169)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)