Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Apakah Perbezaan antara Teguran Roh Kudus dan Tuduhan Syaitan?
Bagaimana Menghadapi Serangan Syaitan
Adakah Hati Manusia Diduduki dan Dipenuhi Tuhan ataupun Kebendaan?
Apakah Perbezaan antara Teguran Roh Kudus dan Tuduhan Syaitan?
2017-08-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pertama, semua teguran Roh Kudus bermula dengan sedikit perasaan dalam kita. Lama-kelamaan perasaan ini menjadi semakin kuat sehingga kita jelas bahawa kita bersalah. Tuduhan Syaitan pula meleter dalam kita dan mencelarukan kita.

Kedua, setiap kali kita patuh kepada teguran Roh Kudus, kita mendapati bahawa kuasa dosa menjadi semakin berkurang dan lemah dalam kita. Akan tetapi, tuduhan Syaitan bukan sebegitu. Setiap kali dia menuduh kita, kuasa dosa adalah sama besar seperti dahulu.

Ketiga, teguran Roh Kudus membawa kita ke hadapan Tuan dan bersandar kepada-Nya, manakala tuduhan Syaitan mengakibatkan kita melihat kepada kelemahan diri kita dan berputus asa.

Keempat, teguran Roh Kudus memberi kita kegirangan atau sekurang-kurangnya damai sejahtera setelah kita mengaku dosa. Namun, tuduhan Syaitan tidak memberi kita kegirangan dan damai sejahtera biarpun kita telah mengaku dosa.

Kelima, teguran Roh Kudus memperingatkan kita tentang darah Tuan. Berkenaan tuduhan Syaitan pula, meskipun kita ingat akan darah, dia akan berkata, “Tiada gunanya. Tuan mungkin tidak akan mengampuni kamu.” Dengan kata lain, teguran Roh Kudus memimpin kita percaya dan bersandar pada darah Tuan, manakala tuduhan Syaitan menyebabkan kita tidak percaya dan tidak bersandar pada darah Tuan.

Keenam, hasil daripada teguran Roh Kudus ialah Tuan menguatkan kita supaya kita dapat bangun berdiri di hadapan Tuhan. Kita tidak lagi yakin akan diri sendiri tetapi lebih bersandar kepada Tuhan. Akan tetapi, tuduhan Syaitan menyebabkan zimah kita lemah dan tidak dapat berdiri di hadapan Tuhan. Jangankan yakin akan diri kita, percaya kepada Tuan pun kita tidak mampu. Akibatnya, kita menjadi orang yang lemah.

Wahi 12:11 berkata, “Mereka (dikbang-dikbang) telah jayeng atasnya kerana darah Anak Domba dan kerana kata kesaksian mereka, dan mereka tidak mengasihi hayat-sukma mereka bahkan sampai mati.” Perkataan “nya” di sini merujuk kepada Syaitan yang menuduh dikbang-dikbang. Bagaimanakah kita dapat jayeng atasnya?

Pertama, kita jayeng kerana darah Anak Domba. Setelah kita berbuat dosa, kita harus mengaku dosa kita di hadapan Tuhan. Kita juga harus berkata kepada Syaitan, “Kamu tidak perlu menuduh aku! Aku datang ke hadapan Tuhan hari ini melalui darah Tuan!” Jika kita ingin jayeng atas tuduhan Syaitan, kita harus menunjukkan kepada Syaitan bahawa kita telah diampuni menerusi darah Anak Domba. Segala dosa kita, baik yang besar atau yang kecil, telah diampunkan menerusi darah Anak Domba. Inilah Sabda Tuhan: “Darah Yesus Anak-Nya membersihkan kita daripada setiap dosa” (1 Yoh. 1:7).

Kedua, kita jayeng kerana kata kesaksian kita. Kata kesaksian ini mengisytiharkan fakta rohani dan kemenangan Tuan. Kita harus berkata kepada Syaitan, “Tidak usah kamu mengganggu aku! Dosa aku telah diampunkan menerusi darah Tuan!” Kita harus melatih iktikad kita untuk mengisytiharkan bahawa Yesus ialah Tuan dan Dia telah jayeng. Kita bukan sahaja percaya dalam hati, malahan kita mengisytiharkannya kepada Syaitan dengan mulut. Inilah kata-kata kesaksian kita.

Ketiga, kita tidak mengasihi hayat-sukma kita bahkan sampai mati. “Darah Anak Domba” dan “kata kesaksian mereka” merupakan dua syarat untuk jayeng atas tuduhan Syaitan. “Tidak mengasihi hayat-sukma mereka bahkan sampai mati” merujuk kepada sikap. Tidak kira apa yang dilakukan Syaitan, sekalipun dia hendak mematikan kita, sikap kita ialah kita tetap bersandar pada darah Anak Domba dan mengisytiharkan kemenangan Tuan. Jika kita terus berdiri teguh dengan sedemikian, tuduhan Syaitan akan lenyap.

Bagaimana Menghadapi Serangan Syaitan
Adakah Hati Manusia Diduduki dan Dipenuhi Tuhan ataupun Kebendaan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)