Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Roh Itu Apakah maksud “Roh itu belum lagi” dalam Yohanes 7:39?
Roh Itu
Apakah maksud “Roh itu belum lagi” dalam Yohanes 7:39?
2017-10-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

“Tetapi kata-Nya ini berkenaan Roh itu yang sudah hendak diterima oleh mereka yang percaya ke dalam-Nya; sebabnya Roh itu belum lagi, kerana Yesus belum lagi dimuliakan.” - Yohanes 7:39

Apakah maksud “Roh itu belum lagi” dalam Yohanes 7:39? Inilah soalan yang ditanya oleh pembaca Bible.

Banyak orang Kristian tidak memahami kata-kata “belum lagi” dalam ayat ini. Bible Versi King James menambah perkataan “diberi” dalam taip huruf condong. Ini menunjukkan bahawa ayat ini menyusahkan penterjemah-penterjemah. Akan tetapi, ayat 39 bukan bermaksud bahawa Roh itu “belum diberi”. Sebaliknya maksudnya ialah Roh itu “belum lagi”. Roh itu belum ada lagi.

Kamu mungkin akan tanya, “Apakah perbezaannya?” Banyak perbezaannya. Ini kerana di sebalik teks yang penuh misteri ini terdapat kebenaran yang amat penting berkenaan “Roh itu”.

Sekarang mari kita lihat misteri “Roh itu belum lagi, kerana Yesus belum lagi dimuliakan” dan membuka maknanya untuk menikmati Kristus.

Roh Tuhan sudah ada dari mulanya (Kej. 1:1-2), tetapi semasa Tuan Yesus membicarakan kata-kata ini, Roh itu sebagai “Roh Kristus” (Roma 8:9), “Roh Yesus Kristus” (Flp. 1:19) belum lagi kerana Dia belum lagi dimuliakan. Yesus dimuliakan ketika Dia dibangkitkan (Luk. 24:26). Selepas kebangkitan-Nya, Roh Tuhan menjadi Roh Yesus Kristus yang telah berinkarnasi, disalibkan, dan dibangkitkan. Kemudian, Roh ini dihembuskan Kristus ke dalam disipal-disipal-Nya pada malam hari kebangkitan-Nya (Yoh. 20:22). Roh itu kini ialah “Pelipur yang lain,…Roh realiti” yang dijanjikan Kristus sebelum kematian-Nya (Yoh. 14:16-17).

Dalam ekonomi Tuhan, Dia telah melalui proses untuk masuk ke dalam kita.

Semasa Roh itu Roh Tuhan, Dia hanya mempunyai elemen divin. Selepas Dia menjadi Roh Yesus Kristus menerusi inkarnasi, penyaliban, dan kebangkitan Kristus, Dia mempunyai elemen divin dan elemen insani, serta segala esens dan realiti inkarnasi, penyaliban, dan kebangkitan Kristus. Oleh itu, Dia kini ialah Roh Yesus Kristus yang almuhit, sebagai air hidup untuk kita terima.

“Roh itu” ialah hasil daripada proses-proses yang dilalui Tuhan.

Kita boleh menggunakan ilustrasi segelas air tulen yang ditambah dengan banyak bahan lain. Mula-mulanya, air tulen itu melewati satu tahap, iaitu susu ditambah. Kemudian, air tulen itu melewati beberapa tahap yang lain, iaitu ditambah madu, teh, dan garam. Akhirnya, air tulen itu menjadi minuman yang serba merangkumi. Sebelum air tulen melewati semua peringkat ini, minuman yang sebegitu menakjubkan “belum lagi” sungguhpun air tulen sudah ada di dalam gelas. Sekarang, di dalam gelas terdapat minuman yang serba merangkumi. Begitu juga, Roh itu yang dijanjikan Tuan Yesus dalam 7:39 dan 14:16-17 bukan sekadar Roh yang mempunyai kedivinan sebagai isi kandungan-Nya, tetapi juga Roh yang mempunyai kedivinan, keinsanan, kematian almuhit, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga. Kini kita bukan hanya mempunyai Roh Tuhan, tetapi kita juga mempunyai Roh Yesus Kristus. Roh almuhit sedemikianlah yang memberi kita aliran sungai-sungai air hayat.

“Roh itu” menjadi minuman untuk kita minum dan nikmati.

Ilustrasi air tulen melewati beberapa tahap di atas ialah gambar yang amat menakjubkan. Kini “Roh itu” yang dijanjikan dalam Yohanes 7:39 ialah Roh yang diperkaya dan terkonsumasi untuk kita minum bagi meleraikan kehausan rohani kita. Roh ini juga membekali hayat divin secara dalaman kepada kita.

“Roh itu”, iaitu minuman yang memberi hayat ini kini tersedia untuk kita terima. Satu Korintus 12:13 mengatakan bahawa kita semua “telah diberi untuk minum satu Roh”. Dengan meminum minuman serba merangkumi dan memberi hayat ini, semua elemen persona dan kerja Kristus dibawa masuk ke dalam kita. Ini membolehkan kita menjalani kehidupan orang Kristian.

Bagaimanakah kita dapat minum?

Kembali kepada ayat 3 dalam 1 Korintus 12: “tidak ada yang dapat berkata, Yesus ialah Tuan! melainkan dalam Roh Kudus”.

Untuk minum, kita hanya perlu seru, “Yesus ialah Tuan! O Tuan Yesus!”

Minumlah Dia dan nikmatilah Dia!

Dan daripada dari diri dalaman kamu akan mengalir sungai-sungai air hidup!

Roh Itu
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)